Mengadu Tak Sedap Badan & Rasa Bisa Sana Sini, Dr Ni Saran Baiki Usus Dulu. Nak Tahu Cara, Ni Resipinya Kena Buat!

Share

Bila badan terasa lesu, lemah dan sengal-sengal mulalah kita rasa tidak sedap badan. Nak buat apa kerja pun jadi tidak selesa dan secara umumnya pasti kita ingin segera mencari ‘penawar’ untuk dapat mengembalikan kecergasan tubuh badan.

Salah satu daripadanya apa kata anda amalkan seperti yang disarankan oleh Dr Rizal Abu Bakar ini, menurutnya untuk dapatkan tubuh badan yang sihat pertama sekali kena baiki usus!

Bagaimana caranya ini turut dikongsikan di dalam postingnya dan bolehlah diamalkan untuk penjagaan kesihatan seisi keluarga. Ini perkongsiannya;

Banyak orang komplen tak sedap badan. Sakit badan. Bisa sana bisa sini. Tapi tak tahu punca. Macam mana settle? Ada rahsianya! Rahsia salah satunya ialah baiki usus dulu. Usus ni juga disebut sebagai otak kedua manusia. Jadi kena jaga betul betul.

Cara nak jaga ialah bagi makanan dalam kategori prebiotik dan probiotik.

Untuk mudah ialah sediakan minuman aloe vera ni. Tujuan untuk sihatkan usus. Bagi usus atau otak kedua ni mantap dulu. Orang selalu sebut bagi sejuk badan.

Resepinya mudah saja. Hanya perlu 4 bahan.

1. Aloe Vera
2. Air
3. Lemon
4. Madu

Caranya pun tak susah mana. Boleh 6 langkah kat bawah:

1. Potong dan asing isi aloe vera. Pastikan saiz sebesar pangkal ibu jari sahaja. Senang nak makan nanti. Masa potong tu biarkan getah kuning aloe vera keluar. Biar kering getah tu baharu potong kecil-kecil. Potong dalam satu cawan.

2. Masukkan dalam periuk isi aloe vera. Masukkan air dua cawan.

3. Masukkan air perahan setengah biji lemon. Kalau lemon kecil boleh pakai sebiji. Boleh masukkan 5-6 biji red dates sekiranya mahu. Ni optional.

4. Masak dalam air perlahan sampai mendidih. Lepas mendidih matikan api. Biarkan sejuk sedikit.

5. Lepas sejuk boleh masukkan madu 2-3 sudu.

6. Hidangkan. Isi aloe vera tu boleh dimakan sekali.

Rasanya nyaman rasa usus. Rasa sejuk badan. Resepi simple untuk nikmat sihat.

“Doc, hari tu Doc ada sebut ada makanan bahaya untuk otak. Bahaya untuk badan. Macam mana tu?”

Ya.

Apa yang saya share di atas adalah satu tips dari banyak tips untuk jaga otak. Bila jaga otak, usus sihat, badan pun sihat. Ada 5 jenis makanan yang orang kita sukaaaa sangat makan. Tapi makanan inilah yang rosakkan otak kita. Saya panggil 5 makanan ini 5P. Pendedahan 5P ini ada saya buat dalam video khusus. Video ini ada dalam topik makanan dalam Neurohealth.

Sumber :DrRizal Abu Bakar

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club