Mengadu Sakit Perut, Anak 6 Tahun Meninggal Dunia  Dalam Pangkuan Ibu

Share

Mengadu Sakit Perut, Anak 6 Tahun Meninggal Dunia  Dalam Pangkuan Ibu

Luruh perasaannya, ketika anak tersayang meninggal dunia dalam pangkuan. Hati ibu mana yang tidak meruntun jiwa apabila pemergian anak secara mengejut.

Menerusi perkongsian Mr Wan Cai Official berkongsi kisah duka berkenaan. Pasukannya diberi amanah untuk menguruskan jenazah adik Firdaus yang baru berusia enam tahun.

Lebih menyedihkan anak syurga ini meninggal dunia didalam pangkuan ibunya.

Difahamkan hasil dari laporan forensik Hospital Klang, hasil bedah siasat yang dilakukan oleh doktor forensik mendapati punca kematian adik Firdaus adalah disebabkan apendik.

Artikel Berkaitan: 4 Tahun Menanti Zuriat, Setahun Allah Bagi Pinjam, Ibu Kongsi Kronologi Anak Meninggal Dunia Asbab Tidur Meniarap

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Artikel Berkaitan: “Melazimi Solat Berjemaah, Zikir Walaupun Tenat” Dr Zulkifli Kongsi Punca Anak Meninggal Dunia

Artikel Berkaitan: “Mana Pengantin, Kenapa Mak Ambil.” Anak Meninggal Dunia Lepas 18 Hari Kahwin, Ibu Ni Tahan Sebak Tolong Ambil Kad Nikah!

MENINGGAL DUNIA DIPANGKUAN IBU

Hari ini kami diberi amanah menguruskan jenazah kanak² lelaki berusia 6 tahun. Pengurusan keatas jenazah kanak-kanak ini berjalan dengan suasana hiba dan menyentuh hati.

Masing-masing melakukan tugasan tanpa banyak berbicara. Pengurusan tadi antara yang paling mencabar. Masing-masing bermain dengan emosi teringat anak-anak yang berada dirumah. 

ARWAH MENGADU SAKIT PERUT

Jenazah yang kami uruskan ini namanya adik Muhammad Firdaus. 
Meninggal dunia dipangkuan ibunya selepas beberapa jam mengadu sakit perut.

Si ibu beranggapan anak lelakinya itu hanya mengalami sakit² biasa dibahagian perut. Lalu si ibu meletakkan minyak dan mengurut perut anak lelaki kesayangannya itu.

Tetapi keadaan adik Firdaus semakin teruk dan mula muntah-muntah.
Beberapa minit kemudian adik Firdaus diserang sawan pula sebelum jantungnya terhenti.

Si ibu yang panik telah menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Ambulan yang tiba tidak lama kemudian mendapati adik Firdaus sudahpun meninggal dunia.

Jenazah dibawa oleh pihak polis kebilik forensik Hospital Klang untuk dibedah siasat. Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh doktor forensik mendapati punca kematian adik Firdaus adalah disebabkan apendik.

Dikatakan adik Firdaus sememangnya tidak mempunyai sebarang sejarah berkaitan penyakit kronik.

Kematian adik Firdaus secara tiba-tiba pasti membuatkan ibu bapanya terkejut. Anak yang membesar didepan mata tiba² pergi meninggalkan mereka sekeluarga.

Suara dan keletahnya pasti membuat si ibu dan si bapa mengalirkan airmata mengingati. Pengurusan untuk adik Firdaus telah diuruskan seperti anak kami sendiri.

Jenazahnya telah kami kebumikan ditanah perkuburan islam Selat Klang. Bermainlah ditaman syurga wahai adik Firdaus

Sumber: Mr Wan Cai Official

 

 

Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
k

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club