Mendidik anak-anak agar menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat, diakui bukanlah tanggungjawab yang mudah untuk dilaksanakan. Tentu ada cabaran dan rintangannya.
Pun begitu walau apa juga yang dihadapi oleh seorang ayah mahu pun ibu, teruslah bersabar dan tabah. Ini kerana ganjaran pahalanya cukup besar.
Memahami tentang ganjaran mendidik anak-anak, ayuh kita baca perkongsian ilmu daripada Dr Ahmad Sanusi ini untuk dijadikan inspirasi buat ibu ayah agar istiqomah mendidik anak-anak.
Pahala Ibubapa Mendidik Anak
1. Barangkali musim PKP ini adalah situasi yang benar-benar memberikan tekanan buat ibubapa yang mendidik anak-anak mereka di rumah. Bukan mudah mengendalikan sesi pengajian di rumah dengan pelbagai tekanan yang mendatang.
2. Pada hakikatnya, pendidikan bermula dari rumah dan ganjaran mendidik adalah sesuatu yang sangat besar di sisi Allah. Dalam al-Quran Allah memuji Nabi Ismail dan Luqman al-Hakim kerana sifat mereka mendidik keluarganya. Firman Allah:
“Dan (Nabi Ismail itu) menyuruh keluarganya mengerjakan solat dan memberi zakat, dan ia pula adalah seorang yang diredhai di sisi Tuhannya!” (Surah Maryam: 55)
3. Malah pahala mendidik anak ini adalah satu ganjaran yang tidak mungkin terputus sekalipun kita telah meninggal dunia nanti. Ibubapa yang mendidik anak dengan perkara kebaikan dan anak tersebut mengamalkan ilmu tersebut, maka mereka akan mendapat ganjaran pahala yang mengalir selagimana anak tersebut beramal dengan didikan tersebut. Sabda Rasulullah:
“Jika meninggal seorang insan itu, maka terputuslah seluruh amalannya melainkan tiga perkara iaitu: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya. “ (HR Muslim).
Ads
4. Manakala ibubapa yang mendidik anak dengan ilmu al-Quran pula, maka Allah akan menganugerahkan buat ibubapa tersebut satu perhiasan yang tidak boleh dihitung nilainya dengan isi dunia. Sabda Rasulullah:
“Dan dipakaikan kedua ibubapanya dengan perhiasan yang tidak boleh dinilai dengan isi dunia. Lalu kedua ibubapanya bertanya: Wahai Tuhan, mengapa kami diberikan nikmat ini? Lalu dijawab kepada mereka: Kerana engkau mengajar anakmu al-Quran.” (HR al-Tabrani)
Ads
5. Manakala ibubapa yang membesarkan anak perempuan dengan baik, maka anak-anak tersebut berupaya menjadi penghalang buat mereka daripada ancaman api neraka kelak. Sabda Rasulullah:
“Barangsiapa yang diuji dengan anak perempuan, lalu dia membesarkannya dengan baik (menjaga hak-haknya), maka anak-anak tersebut akan menjadi perisai buatnya dari api neraka.” (HR Ahmad)
6. Semoga ibubapa terus cekal mendidik anak dalam musim PKP ini dan dikurniakan setinggi-tinggi ganjaran di sisi Allah.
Semoga Allah membimbing kita.
Sumber : Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Biasa kan makan nasi lemak yang mana pelapiknya menggunakan daun pisang. Bukan sahaja selamat digunakan, malah memberi aura bau wangi selain rasa yang menyelerakan.
Bagi yang tinggal di kampung tak hadapi masalah untuk mendapatkan daun pisang dibandingkan dengan yang tinggal di bandar. Jadi, nak tak nak kenalah tahu cara menyimpan daun pisang supaya tahan lama. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian oleh Ellyin Tan ini.
Dapat daun pisang ni banyak dari kampung. Petua atau cara nak simpan daun pisang ni supaya tahan lama.
Ikat getah daun pisang setiap 4,5 helai. Rendam dlm air selama 30 minit. Kemudian toskan atau sejat air sekejap.
Masukkan dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan sampai 2 bulan daun ni. Kekal hijau dan segar.
Anak anugerah terindah dari Dia buat pasangan suami isteri. Namun, ada antara suami isteri jodohnya tak panjang, namun ikatan anak dengan ibu bapa tidka terputus.
Demikian juga dengan Rizal Ashram bekas suami kepada pelakon Fasha Sandha. Selepas dikurniakan sepasang anak, pasangan ini bercerai kerana tiada persefahaman. Biarpun ‘ribut’ melanda di awal penceraian, namun demi anak mereka berbaik semula sebagai kawan demi anak-anak.
Terbaru, Fasha Sanda mengadakan sambutan hari jadi anak perempuannya, Putri Raysha Jemyma yang ke-4 tahun. Rizal yang turut hadir di majlis berkenaan ada memuat naik gambar sekitar majlis itu.
Istimewanya, setiap kali menjelang hari jadi anak-anaknya, Rizal pasti akan memuat naik bingkisan istimewa berupa ucapan khas. Luahan dari hati seorang bapa kepada anaknya benar-benar membuatkan sesiapa yang membaca terasa sebak dan terharu.
Tengok gambar di telefon lepas rindu
Antara yang menyentuh hati bila mana Rizal akan melihat gambar anak-anaknya di telefon bila rindu.
“My darling Jemyma, You are the only girl i love in this world(apart from Tah). I fell in love with you the moment i saw you. And i know that i am your first love. I just know. How can it be four years since I held you for the first time? How, just how, is all that happening so fast? Time really flies.
“You turned my dreams of having a daughter into a reality and introduced me to myself in ways I had not known before. I sometimes sit and look back on all those pictures in my phone from the day you were born. You and your brothers showed me the meaning of unconditional love and for that, I will forever be grateful to all of you.
” Sayang, I will do everything to make you feel as secure as possible, and to nourish your self-esteem as best I can to prepare you for the world. Customary nasihat daddy selalu bagi every year on your birthday.
“Selalu ingat kepada Allah, hormati kedua dua ibubapa, atok, tah dan seluruh kaum keluarga. Berjasa kepada agama bangsa dan negara. Semoga membesar menjadi orang yang berguna. Sayang, It will be a while from now when u will be able to read this letter. Read this letter as a reminder that i love you. I may have given you life(with the blessings of Allah), but you gave me 888 tonnes of reasons to live.
Menghayati pemandangan sunset atau matahari terbenam di sofa sambil menikmati hidangan ringan pasti menimbulkan aura romantik buat pasangan suami isteri.
Lebih-lebih lagi yang sedang dalam mood berbulan madu. Jadi, tak lengkap andai percutian anda tidak berkunjung ke aVi Lounge ini.
Itu antara keistimewaan yang anda bakal peroleh jika bercuti di Avilion Port Dickson. Angin sepoi-sepoi serta suasana sunyi membuatkan anda lebih tenang dan hilang seketika segala kekusutan minda dek bebanan kerja.
Selain itu, di sini juga menempatkan spa yang boleh anda kunjungi untuk mendapatkan rawatan urutan mahupun facial dengan harga yang cukup menarik.
Avillion Port Dickson menghadap Selat Melaka menawarkan chalet mewah yang direka seperti sebuah kampung nelayan Melayu tradisional. Ia menempatkan ruang menjamu selera dan kolam renang luaran yang besar.
Tidak sekadar itu sahaja, tetamu juga dapat menikmati WiFi percuma yang disediakan di seluruh resort. Kemudahan parking disediakan secara percuma.
Menariknya, suasana di chalet-chalet yang luas pasti membuatkan pengunjung rasa selesa dan ruang bilik yang dilengkapi perabot kayu dan penghawa dingin. Unit-unit tertentu menawarkan pemandangan taman. Beberapa unit pula menawarkan pemandangan laut dan sunset.
Terdapat sebuah katil sofa dan bar mini. Bilik mandi bersambung dilengkapi dengan tab mandi dan pancuran mandian hujan.
Manakala di bahagian balkoni luar menempatkan 2 kerusi santai untuk anda mengambil angin sambil menikmati pemandangan.
Bagi anda yang membawa ahli keluarga terutama anak-anak kecil, boleh mencuba pelbagai aktiviti. Salah satunya adalah Pet Farm di mana anak-anak boleh menyaksikan burung, ayam dan pelbagai haiwan lain yang cukup jinak.
Bagi yang gemar mandi-manda, terdapat kolam untuk kanak-kanak serta kolam renang yang khusus untuk orang dewasa sahaja.
Dibuka pada tahun 1997, Avillion hotel mempunyai lima cawangan di Malaysia dan juga Indonesia. Terdapat 250 bilik tersedia di pusat percutian ini yang sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu mahupun bercuti bersama ahli keluarga.
Sumber gambar: Instagram Elyana & Avillion PD ( Facebook)
Mendidik anak dengan cara yang baik dan terpuji sememangnya dituntut namun siapa menduga anak boleh berubah perangainya bila di belakang mak ayah. Itu perkara biasa.