Sudah tentu ada antara kita pernah alami masalah, namun setelah meluahkan perasaan sama ada rasa marah, sedih atau gembira itu kepada yang kita rapat atau percayai tentu akan rasa lega.
Cara ini bukan sahaja untuk orang dewasa tetapi kanak-kanak dan remaja. Mereka juga mempunyai perasaan yang mahu ada yang mendengarnya.
Biarpun kadang kala, luahan atau cerita anak-anak ini biasa-biasa aje tapi ia amat penting untuk jati dirinya.
Sebagaimana kisah ini,bagaimana seorang ibu yang menjadi pendengar setia buat anaknya. Moga kisah ini menjadi iktibar.
______________________________________
JADI PENDENGAR SETIA
~Most of the time, we just want to be heard out~
Ibu sampai rumah tadi, jam dah pukul 6 lebih.Kebiasaannya ibu sampai rumah iman akan greet ibu sejak dari pagar lagi. Paling koman dia akan hai ibu bila ibu buka pintu.
Tapi tadi dia duduk diam masam mencuka dekat sofa. Sikit pun tak pandang ibu. Ibu say hai kat dia, dia diam je. Ibu pandang abi, abi buat isyarat yang iman bad mood.
Ibu pun duduk tepi iman. Ibu big hug dia. Dia tak balas pun. Masih macam tadi. Masam mencuka. Ibu pun memulakan bicara.
Hi sayang, how’s your day? You look sad. Is everything ok? Dia diam. Tiba tiba mata dia bergenang. Ibu gosok gosok belakang dia. It’s ok sayang, tell me. What’s wrong.
LUAHAN ANAK
Dia memulakan bicara, sambil air mata bergenang dan nada suara tersekat-sekat,
“Harini van kita rosak. Kita tunggu lama sangat dalam van. Panas. Dengan pakai mask nya. Nak muntah dah kita rasa!”
Ibu pun buat buat suprise dengar cerita dia. Actually ibu tahu dah van dia rosak. Sebab pukul 2.40 tadi pengasuh dia wasap ibu tanya iman tak pergi taska ke..sebab biasanya pukul 2.15 macam tu iman dah sampai. Long story short, selepas abi berusaha menjejak, rupanya van dia rosak. Pukul 3.15 baru dia sampai rumah pengasuh. Bayangkan, dia balik sekolah pukul 1.30, pukul 3.15 baru dia sampai rumah pengasuh. 🥺
“Laaaa yeke…ya Allah kesiannya anak ibu. Aahkan, dah lah pakai mask, puasa pulak. Bukan boleh minum air. Kalau ibu man, meroyan dah dibuatnya. Kalau ibu tu, mesti ibu dah hentak hentak kepala ke tingkap van!”
Masa ni dia macam dah nak tergelak. Tapi dia tak puas hati lagi meluah.
“Lama gile kita tunggu. Nak pengsan dah kita. Masa tu kita dah terfikir dah nak puasa separuh hari je!”
Masa ni memang muka dia bengang gila. Meleleh leleh air mata dia.
KATA SEMANGAT
“Aah..ibu faham. Mestilah kan. Sebab dah la balik sekolah dah penat, lapar pulak, dahaga, pakai mask, memang rasa macam nak buka puasa. Kalau ibu tu memang dah jadi macam Spongebob kering dah”
Masa ni dia dah gelak gelak sikit.
Ibu sambung, “Iman hebat la, boleh tahan puasa. Kalau ibu memang dah leper dah ibu rasa. Tu lah ibu cakap tadi, kalau ibu, dah hantuk dah kepala ke dinding”.
Tetiba dia balas, “Mana ada dinding bu, kita naik van lah”
“Ha yelah, takde dinding, tingkap. Ha bolehlah!”
“Kita bukan duduk tepi tingkap pun”. Masa ni dah senyum senyum.
“Ha takde tingkap, hantuk kepala kat orang sebelah. Biar sama sama gedegang!” Sambil ibu laga laga kepala dengan kepala dia.
Masa ni dia gelak gelak dah. Lepas tu dia sambung lagi, tapi suara dia kembali tegang,
“Lepas tu, ada van lain datang ambil kita. Masalahnya pakcik van kita tak beritahu alamat taska tu kat pakcik van baru. Dah sesat pulak. Dia tanya macam mana nak pergi taska kita, manalah kita tahu! Kita pun tak tahu masa tu kita dekat mana. Macam mana kita nak cakap!”
Ibu pun dengan dahi berkerut balas,
“Lailahaillallah…aah kan…iman manalah tahu jalan berbelit-belit dalam taman ni. Ibu pun selalu confuse. Ibu kalau nak pergi rumah Kak Sibah tu pun, semedang salah lorong. Kesian anak ibu…”
ANAK BERCERITA LAGI
Dia sambung lagi,
“Lepas tu, harini kita malang gila! Kita main game tu, kita dah penat penat kumpul gems, tetiba je benda yang kita grind tu hilang! Buang masa je kita penat penat grind! Useless je effort kita semua! Habis hilang gems yang kita kumpul!”
Ok, aku pun tak faham sepatah haram apa kejadiannya ni. Tapi just to comfort him out, ibu pun balas,
“La…yeke..kesian iman…apa lah punya game. That game sucks!!” Sambil ibu buat muka paling horrible sekali.
Bulat bulat mata dia mengia kan kata kata ibu. Terjuih juih mulut dia.
“Aah. Betul tu. Buang masa je kita main kumpul gems tu!”
Masa ni dia dah happy happy dah. Terus je dia bercerita itu dan ini sambil bergelak gelak ketawa. Cerita pasal kat sekolah, cerita pasal markah ujian dia, cerita pasal kawan.
BEGITU LAH ANAK, MAHU DIDENGARI LUAHANNYA
Fuh! Begitulah. Kadang, pada kita.. alahai…kecilnya lah ujian kau ni. Itupun kau nak emo. Tapi, masalah yang kecil bagi kita, mungkin besar kepada orang lain.
Tapi itulah, Disaat kita bersedih dan kecewa, tiada apa yang kita mahukan lebih daripada meluahkan masalah dan keluhan kita kepada pendengar yang sudi mendengar. Pada ketika itu, kita tak mahu dengar kritikan, cadangan mahupun nasihat. Not yet. Not at that moment. Pada saat kita sedang meluahkan tekanan perasaan, kita mahu didengari. Itu sahaja. We just want to be heard out, without being judged!
Apabila selesai dia meluah, terus dia happy. Terus tanya ibu nak masak apa hari ni. Terus tanya ibu nak minta dia tolong apa apa tak. Dengan happynya dia tolong ibu di dapur.
Cuba kalau,
Masa dia tengah sedih muka monyok tadi tu, ibu perleceh perleceh dia, cakap alah panas sikit pun merungut, biasalah van rosak, tahan la sikit. Lepas tu tambah lagi dengan kata alahai… pasal game pun kau nak marah marah. Benda game je pun kau nak besar besarkan. Lepas tu leterkan dia pulak rumah pengasuh kau yang dah ulang alik hari hari tu pun kau tak ingat jalan ke? Apa je lah yang kau ingat?
Agak-agak nya, apa perasaan dia?
Next time dia dalam kesedihan, dia nak cerita lagi tak dengan kita?
Next time dia kecewa, dia nak luah lagi tak pada kita?
KATA-KATA NASIHAT
Bila dia dah happy, dia dah tenang, baru ibu slow slow cakap dengan dia..sambil sambil dia carik cendawan tu,
“Hari ni iman good boy sangat, iman kuat” “Kenapa pulak?” “Yelah, sebab Allah uji iman macam macam harini. Iman berpanas, iman dahaga, iman lost iman punya gems..tapi iman sabar…iman tahan puasa sampai habis. Iman kuat lah tu. Banyak pahala iman berpuasa harini”
Dia senyum. Ibu pun senyum bila dia senyum. He might be having a bad day, but in the end, he found peace that he searched for. I hope so. Begitulah. Kita tak minta banyak. Most of the time, Kita hanya mahu didengari. Itu sahaja.
Sumber: Izyan Izdihar Shaarani