Tidak dinafikan sekarang ini ramai tercari-cari untuk mendapatkan set Happy Meal hanya kerana mahu memiliki permainan set masak-masak terutamanya yang mencuri tumpuan adalah berupa topi seperti pekerja McDonald’s yang boleh dipakai.
Namun, tidak semua bertuah untuk mendapatkannya kerana jumlahnya yang terhad. Maka ramailah yang kecewa kerana tidak berjaya memiliki permainan istimewa daripada pembelian set Happy Meal tersebut.
Pun begitu mungkin sekarang anda sudah boleh tersenyum.
Menerusi akaun TikTok @ggatoart, telah berkongsi satu filter yang menyerupai permainan Happy Meal yang dibuat sendiri olehnya atas permintaan pengikutnya dek kerana gagal mendapatkan permainan tersebut kerana telah kehabisan stok.
Dengan ilmu dan kemahiran menghasilkan 3D, wanita tersebut telah berjaya menghasilkan filter topi McDonald’s yang begitu kemas hasil kerjanya bahkan interaktif apabila digunakan.
Ads
Dapat dilihat di dalam perkongsian video tersebut, wanita ini menggunakan beberapa perisian berkaitan 3D dengan langkah bermula dari rendering sehinggalah ia boleh digunakan dengan lancar apabila filter ini diaktifkan.
Apa yang pasti, hasil filter yang dibuat olehnya telah membuatkan ramai gembira kerana berjaya merialisasikan permintaan warganet dan sekali gus ramai memuji dan kagum dengan skil dan kemahiran yang dimiliki olehnya.
Malah, mereka juga berterima kasih kerana telah memberi peluang untuk menggunakan topi maya itu tanpa perlu membeli set Happy Meal lagi. Hal ini kerana topi McDonald’s ini dilihat mendapat permintaan ramai hingga kehabisan stok.
Ads
Bagi anda yang ingin mencuba filter Topi McDonalads bolehlah ikut apa yang dijelaskan olehnya.
“Kalau xjumpa; tekan share/more, use this effect. Kalau takde jgk sila tgk dkt tab filter profile sy. Kalau xde jgk, blh start nangis”
Sebut sahaja nama Asif dan Yoe Parey, pasti ramai yang teringat akan gelagat mereka yang cukup bersahaja dan lucu menerusi ‘Drama Spontan’ dari Youtuber Syahmi Sazli. Walaupun lakonan mereka bersahaja, namun berjaya menghiburkan para penontonnya.
Bukan sahaja Asif mempunyai peminatnya sendiri, malah Yoe Parey yang sinonim dengan watak inspektor Cheras Bukit Aman, juga sering mendapat perhatian dek kerana gayanya yang bersahaja.
Terbaru, dia dilihat bertemu dengan Bella Astilah dalam satu majlis. Gelagat lucu Yoe ketika bertemu dengan bekas isteri penyanyi Aliff Aziz ini dirakam oleh Syahmi dan dimujat naik menerusi laman instagramnya.
Di dalam video tersebut, mereka berdua berseloroh antara satu sama lain, tetapi apabila Bella memuji kecomelan Yoe, reaksi pemuda istimewa cukup lucu.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata memuji akan kelucuan yang ada pada diri Yoe. Malah menyifatkan pemuda istimewa ini seorang yang menjaga adab.
magicskincarehq yoe ni lurus orgnya.. tapi dia bijak. masa sy nak amik pic dia ngan ank ank sy , terlebih dahulu dia mintak izin dgn syahmi. pandai dia bwk diri.. good2..
ejamtatsuya93 Aku suka giler tengok yoe ni. Dia sentiasa ceria. Semoga Allah memberi kan kesihatan yg berpanjangan buat yoe…utk yoe menghiburkan kitorang lagi.
nadiamni yoe ni walaupun dia istimewa tp nampak dia ni jenis seorang yg beradab
Tak kurang yang memberi komen lucu kononnya hati Bella sudah dicuri Yoe
keyrell7 Sori aliff aziz..hati bella dah dicuri oleh polis cheras bukit aman (inspektor yoe) polis pertama didunia tembak tanpa reload…
sy4n1z4m Habis lah Lepas ni menangis lah alif aziz 🤣
Sedia maklum setiap kali sebelum mula filem yang hendak ditonton, akan keluar iklan tentang larangan ketika berada di dalam panggung wayang, iaitu tidak dibenarkan membuat sebarang rakaman ketika wayang ditayangkan.
Baru-baru ini tular iklan di dalam panggung wayang, tetapi bukan iklan tentang rakaman tersebut tetapi pesanan yang dibuat Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu oleh seorang pengguna Tiktok Sabri Mamat dengan kapsyen “This is Terengganu. Sebelum menonton wayang. Tonton dulu pesanan berkelakuan sopan,”.
Iklan itu merupakan pesanan khidmat masyarakat kepada penonton supaya berkelakuan sopan di dalam panggung wayang yang sememangnya merupakan tempat tumpuan awam yang dipenuhi dengan pelbagai lapisan umur.
“Seksyen 34: Perbuatan tidak sopan di tempat awam seperti berpelukan, bercium ataupun seumpamanya adalah satu kesalahan yang boleh didenda RM1000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
“Seksyen 35: Mendedahkan mana-mana tubuhnya yang menimbulkan ghairah di tempat awam adalah satu kesalahan yang boleh didenda tidak melebihi RM1000 atau tidak melebihi 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.
“Semoga peringatan ini memberi manfaat kepada anda semua,” pesanan ikhlas daripada Bahagian Penguatkuasaan Syariah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.
Perkongsian individu tersebut menarik perhatian orang ramai yang bukan dari negeri Terengganu dengan memuji dan berpendapat sebaiknya amaran ini dipaparkan di seluruh pawagam di Malaysia. Malah, bagi penduduk di negeri tersebut pula, mereka menyangka iklan tersebut sememangnya ada di pawagam di seluruh negara.
Suasana yang gelap dan orang ramai hanya fokus pada filem yang ditayangkan membuat sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan membuat perkara tidak senonoh di dalam panggung wayang. Walaupun lampu dalam wayang dimalapkan demi keselesaan fokus pada cerita, tetapi jangan lupa setiap panggung wayang dilengkapi oleh kamera CCTV night vision yang boleh lihat dengan jelas apa yang berlaku ketika itu.
Memulakan sebuah perniagaan bukan sahaja untuk membantu diri sendiri. Malah apa yang lebih mengujakan bagi seorang usahawan bilamana rezeki yang dianugerahkan dalam membina empayar perniagaan turut dapat dikongsi bersama orang lain.
Ini selari dengan aspirasi syarikat dalam mengembangkan lagi perniagaan pasca pandemik, NOIR komited dalam melahirkan lebih ramai lagi usahawan wanita yang berjaya mengubah status dan taraf hidup mereka.
Noir Circle Meeting (NCM) 2022 yang diadakan di The Ritz Carlton Hotel Kuala Lumpur pada 28hb & 29hb Jun 2022 merupakan langkah strategik NOIR bagi memastikan kumpulan usahawan Apprentice NOIR terus komited dan faham dengan hala tuju perniagaan NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd.
NOIR Circle Meeting merupakan sesi pembentangan dan perbincangan yang dikendalikan oleh Madammu dan juga En. Azri Che Noh sebagai teraju utama NCM 2022 dalam memacu dan membawa para usahawan NOIR ke arah hala tuju perniagaan yang lebih jelas. NOIR komited untuk mencapai angka 1,000,000 pelanggan, 200,000 ahli NOIR yang aktif dan 100 usahawan jutawan menjelang 2025.
Dalam NCM 2022 kali ini, Madammu turut berkongsi nilai-nilai yang diperjuangkan oleh setiap usahawan NOIR dengan berpegang kepada nilai BEAUTE iaitu Brave (Berani), Energetic (Bertenaga), Authentic (Asli), Unshakeable (Tidak Mudah Tergugat), Transformation (Transformasi) dan Empower (Memperkasa). Nilai-nilai ini telah memberikan objektif jelas yang membantu para usahawan NOIR untuk kekal fokus dan komited.
Selain sesi pembentangan hala tuju perniagaan, NCM kali ini juga turut dimeriahkan dengan majlis apresiasi pencapaian para usahawan wanita NOIR. NOIR amat berbangga dengan pencapaian para usahawannya yang berjaya mengecapi impian, mengubah hidup dan memberikan keselesaan kepada keluarga mereka dengan mampu membeli kereta baru, rumah yang lebih selesa, pendapatan yang lumayan, dan sebagainya.
Untuk pengetahuan, NOIR Circle Meeting (NCM) merupakan program yang diadakan pada setiap 6 bulan setiap tahun oleh pihak syarikat NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd. khas untuk para leader NOIR dan dibimbing secara terus oleh pengasasnya, Eriyca Baiduri atau lebih dikenali sebagai Madammu, selain kursus keusahawanan atas talian yang dijalankan secara konsisten.
Madammu komited untuk membantu para wanita yang mungkin berada di dalam kesempitan mahupun kesusahan dengan menyediakan satu platform keusahawanan yang telah terbukti berjaya. Sehingga ke hari ini, NOIR berjaya melahirkan 30,000 wanita yang memilih untuk memulakan perniagaan bersama NOIR sebagai perniagaan pertama mereka. Ada ramai lagi perintis yang Madammu sedang gilap untuk menjadi usahawan wanita luar biasa sama seperti para usahawan yang hadir pada hari ini.
Berkongsi Kecantikan
Diinspirasikan daripada keinginan untuk berkongsi rahsia kecantikan kulit sihat berseri dengan menggunakan bahan-bahan premium halal, selamat dan semula jadi, NOIR melestarikan unsur alam ini melalui rangkaian produknya. Hasilnya, syarikat itu berjaya merangkul anugerah “Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik” dalam Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019.
Turut disenaraikan sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020, NOIR telah membuktikan bahawa gandingan kerjasama berpasukan yang berterusan pasti membuahkan hasil. Madammu telah diiktiraf sebagai antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka di negara kita dan dipaparkan dalam majalah Nona terbitan Januari 2020.
Seiring dengan kualiti produk premium yang dihasilkan, jenama produk NOIR turut menerima Anugerah Superbrands Malaysia 2020 dalam “Kategori Kesihatan & Kecantikan” satu pengiktirafan yang sangat berprestij bagi syarikat tempatan dalam menghasilkan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan kesihatan yang diyakini serta bermutu tinggi.
Menyedari kepentingan untuk melestarikan jenama NOIR di pasaran tempatan dan antarabangsa, NOIR telah dianugerahkan The BrandLaureate – The World’s BestBrands e-Branding Awards dalam kategori “Cosmetic and Skin Care Solution” pada Oktober 2020.
Pada Mac 2022, NOIR sekali lagi telah menggemparkan negara apabila menjadi syarikat kecil dan sederhana pertama dalam bidang kecantikan dan kosmetik yang menaja acara hiburan No. 1 di Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke-36 yang telah menyaksikan konsep persembahan, tatarias pentas dan busana yang sangat menarik.
NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd., syarikat tempatan yang telah berjaya mengetengahkan produk berasaskan bahan-bahan premium halal, selamat dan semula jadi secara meluas ke seluruh negara. Ia turut melangkaui jenama tempatan lain yang telah bertapak lebih lama dalam pasaran dan berjaya menembusi industri kecantikan hingga luar negara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Australia dan juga Dubai. Sehingga ke hari ini, NOIR terus meningkatkan kekuatan jenamanya dalam mempromosikan produk kecantikan halal dan premium ke seluruh dunia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.