Setiap hari makan lauk ayam atau ikan. Sesekali mesti nak cuba makanan laut kan? Menu sotong sumbat bersama sambal belacan mangga ni paling sesuailah untuk makan lagi-lagi waktu sahur. Hidangan yang mudah ini bukan sekadar sedap sahaja tetapi ia juga menjimatkan masa.
Resipi sotong bakar yang disumbat dengan telur ini pun sememangnya sesuai untuk disaji kepada anak-anak. Tapi, ada yang lebih menarik iaitu sambal belacan yang menggunakan mangga sebagai bahan tambahan yang pastinya membangkitkan lagi selera. Jadi, anda boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
Sotong Bakar Sumbat Bersama Sambal Belacan Mangga
Bahan-bahan:
- 7 ekor sotong saiz sederhana
- Dicuci bersih
Bahan inti/sumbat:
- 4 biji telur
- 1/2 serbuk lada sulah
- Sedikit garam dan secukup rasa
- 1 sudu besar penuh butter
Sambal Belacan Mangga:
- 1 biji buah mangga lemak pilih yg betul2 keras buang kulitnya dan cincang halus
- 15 biji cili padi merah jika suka pedas boleh lebihkan
- 6 biji lada besar merah/hijau
- 2 inci belacan bakar kena banyak baru sedap
- 1 biji limau nipis perah ambil airnya
- Garam, gula, aji no moto secukup rasa
Cara Penyediaan:
Sotong Sumbat:
– Cairkan butter, goreng telur seperti buat telur hancur dan perasakan dgn sedikit cukup rasa maggi dan serbuk lada sulah.
– Masukkan telur hancur yang telah siap dimasak kedalam perut sotong dan kepilkan dengan lidi supaya telur di dalam tidak terkeluar.
– Salut sotong dengan sedikit garam kunyit dan bakar. Zie bakar menggunakan instant pot duo crisp Instant Pot pilih menu “airfryer”.
– Bakar selama 10minit pada suhu 180c atau sehingga masak.
Sambal Belacan Mangga:
– Masukkan sedikit air masak dan kisar semua bahan diatas sehingga lumat atau mengikut kasar disukai.
– Setelah siap gaul lah bersama mangga yang telah dicincang nipis ,siap.
Sumber: Aisyah Humaira