Selepas beberapa hari dijumpai, Ejen jualan kosmetik yang menjadi mangsa penculikan, Rosnazirah Mohd Naim, 36, atau lebih dikenali sebagai Azi akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat menangis sambil memeluk ibunya di rumah mentuanya di Kampung Kelochor pada Isnin.
Azi, diselamatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan bantuan polis Thailand pada Khamis lalu sebelum mangsa diserahkan kepada keluarganya pada jam 2.50 petang Isnin oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.
kredit Astro Awani
Pada 13, September lalu, Azi didakwa dilarikan tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu Kelantan sebelum berjaya diselamatkan dan dibawa pulang ke Malaysia pada Khamis.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata, kejayaan itu adalah hasil bantuan dan kerjasama pihak berkuasa Thailand.
Ads
“Seramai tujuh lelaki warga tempatan ditahan di Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.
“Polis turut merampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Ads
Acryl Sani berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menubuhkan satu pasukan khas merangkumi aspek siasatan dan operasi bagi menyelesaikan kes penculikan itu.
Setiap insan dijadikan berpasang-pasangan antara lelaki dan wanita. Ada yang jodohnya awal, ada pula sebaliknya. Berbeza dengan pasangan pengantin ‘baru’ ini, mereka bertemu jodoh dalam usia yang sudah melebihi separuh abad.
Namun, itulah namanya jodoh. Tak kira mudah mahupun tua, andai Dia sudah menetapkan begitu siapa kita mahu menghalangnya.
Semalam tular kisah pengantin lama yang mengambil keputusan untuk menghabiskan sisa hidup bersama di bawah ikatan perkahwinan. Kisah pasangan ini dimuat naik oleh Nash Nasrul yang bertindak sebagai jurugambar bagi pasangan lelaki yang berusia 74 tahun manakala pengantin perempuan berusia 67 tahun .
Hari ini dalam sejarah.
Pengantin lelaki(D) 74 tahun
Pengantin perempuan(J) 67 tahun
Bile ditanye mengapa nk kawin,
Jawap pengantin lelaki “saya duduk seorang,lama dah…kena ada peneman utk habiskan sisa hidup saya….ceria,bahagiakan saya hingga saya menhembuskan nafas yang terakhir”
Aku nk menitik air mata bile dengar seorang lelaki yg berpangkat atok ckp camtu…kite ni manusia fitrahnye berpasang pasangan…setiap ape yg terjadi ade sbb dan hikmahnye…semoga panjang umor dan jodoh saya doakan kepade pengantin hari ini..amin
Peribahasa ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’ bermaksud jika kita hendak melakukan sesuatu, kita akan menyempurnakannya dengan sedaya upaya kita dan demikian juga sebaliknya.
Begitu juga jika kita minat bercucuk tanam dan ingin memastikan ekonomi keluarga stabil, kita akan ikhtiar untuk menguruskan perbelanjaan rumahtangga dengan lebih baik.
Bayangkan jika bercucuk tanam, kita dapat mengurangkan kos membeli sayur di kedai. Malah, bukan sahaja jimatkan belanja, kita dapat menikmati sayur segar ‘fresh’ ditanam halaman rumah.
Selain, bayam brazil, tomato dan sawi, bahan masakan seperti kentang juga boleh ditanam dengan mudah. Sebagaimana perkongsian ini. Melihat cara tanam boleh kita praktik.
Ikuti perkongsian ini.
Saya saja nak share pengalaman saya tanam kentang tahun lepas…ni hasil selepas 2 bulan saya tanam. Sebaiknya tunggu lagi 2 bulan tapi saa bukan penyabar. Excited nak tengok isinya.
Potong separuh kentang dan rendam bahagian yang dipotong suku tenggelam selama 4 hari. Ia bagi cepat keluar akar. Cucuk dengan lidi supaya tak terendam habis, nanti busuk tak keluar akar. Saya guna 4 biji kentang dibelah dua.Bila dah naik tunas tanamkan dalam pasu, letak tanah 1 inci lepas tu letak kentang.Kemudian tutup dengan tanah sikit, bila pucuk makin tinggi tambah tanah lagi.Saya siram sehari sekali dan saya tak letak baja cuma masa tanam saya ada campurkan tanah sawit.
Lepas ni dah boleh makan kentang segar di halaman rumah. Senang rupanya cara tanam pokok kentang. Jom cuba
Bila hendak menentukan lokasi percutian keluarga, perkara pertama yang terlintas difikiran kita sebagai ibu ayah tentunya memikirkan lokasi yang menyeronokkan anak-anak. Sama ada ke pantai, ke air terjun atau paling tidak mesti ada kolam mandi.
Maklumlah, anak-anak dengan acara mandi mandanya tidak boleh dipisahkan jika bercuti. Itulah tempat yang boleh membuatkan mereka rasa gembira dan seronok!
Jadi tidak hairanlah ibu ayah sudah faham dan sebab itu juga akan pastikan menempah hotel yang ada kolam mandi jika tidak pergi ke taman tema air sekali pun. Itu sudah memadai buat anak-anak berasa puas bercuti.
Pun begitu, sebagai ibu ayah kita perlulah lebih berhati-hati dan biarlah dikatakan cerewet dalam membuat pilihan tempat mandi anak-anak. Kita tidak mahu, lepas anak-anak mandi manda di tempat yang bersesak sesak dengan orang lain ada yang demam, cirit birit atau kegatalan dan macam-macam kejadian yang tidak diingini terjadi.
Untuk itu, ada baiknya anda baca saranan doktor Ahmad Luqman Bukhari sebelum membawa anak-anak mandi kolam agar kejadian-kejadian tersebut dapat dihindari daripada berlaku kepada anak-anak dan keluarga kita.
Mandi Kolam, Boleh Jejaskan Kesihatan Anak
“Daddy, jomlah kita pergi mandi kolam. Lama dah kakak dengan Maryam tak main air kat sana.”
Lemah betul bila budak dua beradik ni dah mula merayu hari tu. Cepat-cepat saya call owner KEKOTAKstay Port Dickson nak set tarikh yang kosong. Tak nak lah duk bersesak dengan orang lain.
Lagi pun saya tahu kat situ kolamnya bersih dan terjaga.
Biarlah cerewet sikit bab nak bagi anak-anak mandi kolam ni. Bukan apa, risau sangat kalau dia orang tiba-tiba demam dan jatuh sakit lepas balik dari mandi di kolam renang.
Takut-takut terkena penyakit Recreational Water Ilness (RWI) yang berpunca dari kuman dan bakteria kat dalam air kolam.
Kuman seperti Cryptosporidium, E. Coli dan Naegleria fowleri, ni antara yang kerap sangat dijumpai dalam air kolam yang tercemar tau.
Kalaulah masa mandi tu, si kecil kita tertelan air kolam yang penuh dengan kuman tadi lalu masuk ke saluran penghadaman, dia mungkin akan mengalami gejala muntah-muntah dan cirit birit.
Sakit tekak, batuk dan selesema pun boleh terjadi sekiranya jangkitan tu berlaku di saluran pernafasan. Jika berjangkit ke telinga dan mata pulak, mulalah mata pun jadi merah menyala dan pedih memanjang.
Nak tak nak, cek lah dulu betul-betul tempat kat mana nak bawak anak-anak mandi kolam atau bermain air ni.
Kena hati-hati sungguh lagi-lagi kalau kolam awam. Memanglah dibubuh klorin. Tapi kalau dah kolam tu penuh dengan air kencing, najis dan kotoran, payah nak hapuskan semua kuman dalam tu.
Sambil-sambil tu pesan jugak pada ahli keluarga kita supaya:
1.Elakkan daripada kencing atau berak kat dalam kolam renang
2.Sebolehnya sebelum masuk ke kolam, bersihkan dulu badan di bawah pancuran air. Lepas selesai mandi kolam pun sama.
3.Jangan minum atau berkumur guna air kolam tu.
4. Mana anak yang tak sihat, demam, muntah atau cirit birit, tolong jangan benarkan mereka mandi dalam kolam.
5. Cek jugak tubuh anak kita tu. Elakkan masuk kolam kalau ada luka pada anggota badan. Bahaya sangat sebab kuman tu semua boleh masuk terus ke pembuluh darah anak kita.
6. Lagi bagus kalau kita pakaikan lampin pakai buang khas untuk berenang bagi si kecil yang masih tak pandai nak control najis.
Sambil tu kita pun kenalah cek pampers tu setiap 30-60 minit dan tukar terus jika ada najis.
Tolong #share info penting ni dengan mak ayah yang lain jugak ye. Sekarang ni memang ramai yang ambil peluang bawak anak ke kolam mandi dan taman tema air. At least kita semua akan lebih berjaga-jaga lepas tahu tentang ilmu ni.
Resipi agar-agar sirap ros selasih, sedap makan sejuk-sejuk. Agar-agar merupakan salah satu sajian pencuci mulut yang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Teksturnya yang kenyal dan lembut serta rasanya yang manis dan menyegarkan menjadikannya pilihan utama, terutamanya apabila disajikan dalam keadaan sejuk.