Menangis ‘Helper’ MUA Bellaz Terima Sebentuk Cincin Sempena ‘Birthday’!

Share

Selain daripada hantar anak ke pengasuh atau tinggalkan di transit sementara ibu ayah keluar bekerja, ramai yang memilih untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaga anak mereka.

Begitu juga buat jurusolek terkenal dan pempengaruh sosial media, MUA Bellaz yang mengambil pembantu rumah untuk menguruskan rumah dan anak-anak.

Baru-baru ini, perkongsian Bellaz di laman Tiktoknya telah menarik perhatian warganet apabila dia menghadiahkan pembantu rumahnya barang kemas bersempena hari ulang tahun kelahiran wanita itu.

Perkongsian yang berbentuk video itu memaparkan Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini sedang memilih sebentuk cincin emas. Menurutnya, ini kali kedua dia menghadiahkan pembantunya itu sebagai tanda penghargaan kerana menjaga anak-anaknya.

“Selamat ulang tahun pembantu Bellaz. Seronoklah dia dapat hadiah yang Bellaz dan Mat Nuat (suami) bagi.

“Ini cincin kedua dia dapat. Dia kata seumur hidup dia inilah hadiah paling besar yang dia pernah dapat.

“Syukur Alhamdulillah, terima kasih tolong jaga anak-anak dan bantu Bellaz.” tulisnya.

Dalam masa yang sama, dia turut memuji sikap pembantunya yang ringan tulang dalam menguruskan rumah tangga.

“Dia jenis tak berkira masa dan tenaganya untuk kita, kita pun seronok nak bagi apa-apa pun dekat dia.

“Kita faham orang perempuan memang suka sangat dengan emas, kita nak bagi dia seronok. Menangis dia bila kami bagi kejutan.” tambahnya.

@muabellazsemalam ulang Tahun helper bellaz …seronoklah diaa dpt Hadiah bellaz & mat nuat bagi …ni cincin kedua dia dapat ..dia kata seumur hidup dia ni hadiah paling besaq dia dapt ..Syukur Alhamdulilahh Terima ksih lah tlong jaga anak3 bellaz bantu bellaz 🤲🏻 dia jenis xberkira masa tenaga dgn kita ..kita pon seronok nk bg apa2 pon dkt dia ….raya haritu bellaz bg dah sebentuk ..ni bagi lagi sebentuk kat diaa ..kita paham org perempuan ni mmg suka sgn dgn Emas ..bg dia sernok happy ..teriak semalam lah bg kejutan kt dia

♬ Can We Kiss Forever? – Kina

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyifatkan Bellaz sebagai seorang majikan yang baik. Malah mereka juga mendoakan kesejahteraannya kerana berkongsi rezeki.

Sumber: TikTok MUA Bellaz