Menangis Bukan Lemah, Biar Anak Lihat Kita Sedih. Baru Mereka ‘Aware’ Dengan Keadaan Sekeliling

Share

Marah, geram, sedih, gembira. Semua tu perasaan yang wajib ada pada semua orang. Betul tak? Tapi tak semua perasaan itu mampu diluahkan pada umum, terutamanya perasaan yang dilihat negatif.

Dah jadi lumrah kalau seseorang itu dilihat sedih dan menangis, terus dicopnya ‘cengeng’, lemah terutamanya bagi golongan lelaki yang selalunya dikatakan gagah, berani. Disebabkan stereotaip inilah menjadi penyebab anak-anak jadi seorang yang menahan dan memendam rasa sehingga tidak mampu meluahkan perasaan mereka yang sebenar. Ini akan memberi kesan buruk pada mereka kelak tau!

Apa kata ibu ayah tukar tanggapan tentang emosi ini dengan anak-anak seperti yang dikongsikan oleh puan Wawa Shauqi di laman facebook miliknya ini. Berkongsi rasa, emosi dengan anak-anak. InsyaAllah anak akan menjadi bertimbang rasa dengan orang lain. 

Saya bukan ibu yang jenis sorok kan emosi. Kalau nak nangis, saya nangis je depan anak. Kadang-kadang, sengaja mintak anak pujuk.

Saya bukan jenis yang macam dalam drama Melayu tu. ‘Eh takla. Mama tak nangis, mata masuk habuk je’.

Saya macam dalam hindustan. Kalau gaya sedih sangat, sampai anak pun ikut menangis peluk saya. Kadang-kadang, menangis sebab tengok movie sedih je. 😂

Biarlah apa orang nak kata.

Asalkan saya dah tak payah rasa segan dah kat siapa-siapa kalau menangis tengok movie. 🙈

Yang kedua, sebab saya taknak anak saya anggap yang menangis ini sikap orang lemah. Saya nak anak tau, sedih ni emosi normal seorang manusia. Saya taknak anak lelaki saya mewarisi mindset ‘lelaki mana boleh nangis’.

Saya kesian tengok kawan-kawan lelaki saya dulu. Diam-diam simpan tekanan.
Bertahan sorang-sorang demi nak kekal dilihat kuat.

Sedangkan, mampu menzahirkan emosi adalah sesuatu yang sihat. Yang tak sihat, bila berlarutan tak surut-surut.

Saya nak anak-anak saya juga aware dengan perasaan orang. Tau nak buat apa nak bantu orang yang tengah beremosi.

Macam apa yang diorang selalu buat kat saya. Nampak je saya letih, muka macam sedih, anak datang usap pipi saya dan senyum.

Terutama yang nombor 2 tu. Hilang letih saya bila dia bertanya,
“Nak Aqlan tolong?”

Tak apalah menangis depan anak pun. Nanti, kita balik yang tersenyum bila melihat anak kita tiru cara kita memujuk mereka.

Jangan lupa, children see, children do. It’s OK to show your emotion. Ambil peluang untuk tunjukkan pada mereka, bagaimana kita berkongsi perasaan dan regulate emosi dengan baik.