
Melihatkan persembahan Tomok sewaktu final Da’i memang nampak penuh penghayatan. Menurut penyanyi ini, usai tamat persembahan, dia mendapat kiriman mesej dari ibunya yang turut menonton.
Di dalam kiriman whattsapp tersebut, ibunya memberitahu ayah kepada penyanyi tersebut menangis apabila menonton persembahan penyanyi itu menyanyikan lagu berentak ketuhanan.
Menurut Tomok, ayahnya kini kurang sihat dan tidak sangka persembahan nyanyiannya meninggalkan kesan sehingga membuatkan ayahnya menitiskan air mata.
“Cepat sembuh ayah..cepat baik macam dulu-dulu,”tulis Tomok di dalam kapsyennya.
View this post on Instagramcepat sembuh ayah..cepat baik macam dulu-dulu ?
A post shared by Tomok (@tomokofficial) on
Tidak sangka perkongsian penyanyi Meraung ini membuatkan netizen sebak dan terharu. Malah ada yang menitipkan doa supaya ayah Tomok segera sembuh.
zalinarazali83Semoga cepat sembuh n kami peminat tomok d psir puteh kelantan mndoakn moga allah mudahkan segala urusan
mfma_92Syafakaallah buat ayahanda @tomokofficial ..
Semoga beliau diberikan kesembuhan dengan cepat dan baik seperti biasa..
Moga2 ayahanda @tomokofficial sentiasa dalam lindunganNya ..
InshaAllah..
Amin allahumma amin
syfqah96_Semoga diberi kesihatan yg baik dan diberikan kesembuhan utk ayah tomok
nia.olshop_landasanulinAamiin.. Semoga Ayah @tomokofficial cepat sembut dan sehat kembali Aamiin ya Allah…
tehfatihah.myAllahuakbar. mmh feel sht dgr tomok nyanyi smalam ?
as_adel.siregarAssalamualaikum @tomokofficial… Saya adel dari Indonesia, saya doakan ayah tomok cepat sembuh.. Smoga Allah swt selalu melindungi ayah dan ibu tomok…
Sumber: IG tomokofficial
Andai Suami Tidak Lagi Bekerja! Wanita Ni Kongsikan Tip Elak Terbeban Saat Lalui Detik Tu.

Hidup ini penuh dengan perkara yang berlaku secara ‘tiba-tiba’. Jika tiba-tiba terjadi sesuatu yang menggembirakan pasti hati kita rasa bahagia. Namun bila perkara sedih menimpa, pastinya hal tersebut akan menguji kesabaran dan ketabahan diri dalam mengharunginya.
Namun persoalannya, adakah kita sebagai isteri telah mempersiapkan diri untuk menempuh saat-saat tidak terduga? Sebagai contohnya, andai suami tidak lagi bekerja.
Melalui perkongsian daripada Puan Nurul Ilyani ini diharap dapat menyalurkan motivasi dan inspirasi kepada wanita bergelar isteri. Jom semak perkongsian penuh daripadanya untuk manfaat bersama.
9 tip melalui situasi andai suamimu tidak lagi bekerja..
Wanita bersuami perlu bersedia, suami diberhentikan kerja, berhenti sukarela atau berhenti dengan persetujuan bersama. Isteri perlu bersedia hilangnya tempat bergantung saat suami kembali kepada Tuhannya.
Beberapa hari lepas, suami saya membawa berita yang tidak berapa baik. Namun, kami sudah bersedia. Dari dulu sentiasa bersedia. Tiada yang kekal di tangan kita.
Firman Allah azza wa jalla
“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?”
Al An’am ayat 32
10 tahun lepas, apabila kami mendirikan rumah tangga, kami sudah merancang kehidupan bagaimana yang kami mahukan. Ia bukan yang indah-indah.
❌Tiada percutian mewah.
❌Tiada rumah mewah-mewah. Malah rumah pertama kami beli, kondominium berharga RM142k pada tahun 2010. Ia bersesuaian dengan kemampuan kami.
❌Tiada kereta mewah. Di saat rakan-rakan seperjuangan saya di satu syarikat kewangan dulu memprovokasi saya membeli Toyota Camry untuk impress pelanggan (sangat normal jika kerja begini, mereka suka impress pelanggan, tapi bukan saya), kami memilih Toyota Avanza yang sekarang masih ada sehingga kini.
❌Tiada 2 kereta. Kebanyakan orang yang bekerja akan perlukan 2 kereta terutamanya yang tempat kerja tiada pengangkutan awam yang baik. Kami masih bertahan dengan satu kereta, dan suami hanya naik motorsikal yang dibeli cash pada tahun 2015.
❌Tiada barangan branded. Ini memang tagline kami. Pilih yang paling murah dengan kualiti. Biasanya suami akan tukar kemeja dan seluar bundle setahun sekali dengan yang lebih baik. Kos tukar semua paling tinggi pun RM50 dapat hampir 10 pasang baju dan seluar, ikut harga.
❌Tiada baju branded juga buat anak-anak.
❌Tiada juga kasut dan hand bag branded. Apa yang ada pakai.
Tapi, jangan salah faham. Bukan kedekut. Bukan tidak mampu. Inilah namanya hidup 50% di bawah garis kemampuan.
Contoh, sekiranya anda mampu membayar kereta dengan installment RM1200, maka pilih kereta dengan installment RM600.
Habis. Itu strategi ikat perut. Jadi kemana duit jika asyik ikat perut?
1) Pendidikan anak-anak. Kami sentiasa memastikan kualiti. Bayar mahal tak apa, janji sesuai, bagus dan demi kebaikan anak-anak
2) Ibubapa
3) Simpanan
4) Pelaburan semula-Bisnes, hartanah, emas
Cukup dulu.
Kenapa saya cerita di atas, ini untuk kita betulkan mind setting. Hidup seadanya supaya berlaku sesuatu kita tidak terduduk lesu.
Tip ini, jika sudah diamalkan boleh teruskan, jika belum, mulakan untuk tahun-tahun seterusnya.
Tip 1
Kereta
Beli kereta berharga setahun gaji. Jadi kalau anda baru bekerja, kira. Gaji 3000×12=36,000. Beli kereta harga 36,000.
Kalau kahwin, tiba-tiba ada dua kereta, fikir apa nak buat dengan salah satu. Kereta ini bebanan. Bukan aset.
Tip 2
Rumah
Beli rumah 3 kali gaji tahunan. Kalau gaji 40000 setahun x 3= 120,000. Kalau bajet cukup beli rumah flat, beli sajalah. Ukur baju di badan sendiri.
Tip 3
Urus wang
Urus wang suami isteri, kena urus sama-sama. Bukan akaun awak, akaun awak, akaun saya, akaun saya.
Pastikan suami bayar semua kewajipan dan tanggungjawab dia sampai habis duit gaji dia (minta maaf, ini mesti suami ramai kecam), baru isteri masuk tolong. Top up mana yang tidak cukup. Ini supaya suami tidak salah faham dan lepaskan tanggungjawabnya kepada isteri. Kes begini saya biasa jumpa semasa saya jadi perunding kewangan. Suami culas.
Isteri pula jangan kedekut tahi hidung masin dengan suami. Kalau suami tidak cukup, bantulah. Begitulah saya buat. Dulu pendapatan saya 2 kali ganda suami. Saya bayar majoriti, tapi saya masuk lepas suami habis bahagikan duit untuk pembayaran tanggungannya. Bukan saya masuk dulu.
Dari situ suami saya sentiasa berazam mahu naik gaji, naik pangkat dan mahu memikul tanggungjawab kewangan. Sehingga saya boleh duduk di rumah dan buat bisnes. Suami masih jadi investor bisnes saya.
Tip 4
Tahu anda di didik dengan parenting bagaimana dan bagaimana anda parenting anak anda?
Sekiranya anda dari keluarga kelas pertengahan atau atasan yang banyak ibubapa manjakan, hati-hati anda mungkin tidak mampu survive tanpa anda meningkatkan survivaliti anda.
Ibubapa saya dari kelas B40, ibubapa susah. Saya susah dari kecil. Saya sudah bisnes dari kecil. Setiap sen sangat bernilai, jadi lebih mudah adjust dengan kegawatan dan kesusahan.
Jadi, biasakan anak-anak hidup susah. Bukan serba kekurangan makan sihat, pendidikan, tempat tinggal, tapi susahkan dari segi proses untuk mereka mendapatkan sesuatu. Perlu kerja, perlu berjualan, perlu bisnes supaya mereka faham susahnya cari duit.
Tip 5
Mulakan dari sekarang turunkan gaya hidup.
Sedikit-sedikit buang lifestyle, ambil yang perlu saja. Apakah lifestyle? Hobi mahal yang perlu kos, entertainment, percutian dan sebagainya sehingga anda dapat mengumpul satu amount kecemasan sebanyak 3 bulan gaji dana kecemasan.
Kemudian, tambah lagi kepada 6 bulan. Kemudian hiduplah macam biasa dan tidak berlebih-lebihan.
Tip 6
Mula tambah pendapatan dengan bisnes. Tiada cara lain memang perlu bisnes. Juallah apa saja dengan modal kurang dari RM2000. Lagi kecil lagi baik. Untuk orang yang tidak pernah bisnes, jika salah langkah terbakar duit. Cari pengalaman.
Tip 7
Belajarlah. Menuntutlah. Membacalah. Itu saja membezakan orang yang tahu dan tidak tahu.
Tip 8
Hentikan alasan. Itu tidak boleh. Ini tidak boleh. Dia bolehlah. Aku ni macam mana?
Semua kata-kata negatif, hentikan. Bertindak dengan satu langkah pertama.
Tip 9
Doa. Allah azza wa jalla seperti sangkaan hambaNya. Kita sangka baik, inshaAllah. Yang teruk, yang buruk, yang sengsara pun boleh diharungi.
Ya, saya mengingatkan diri saya. Dunia tidak pernah tidak memenatkan. Kita semua penat. Jadi ambillah seadanya. Jangan sampai lupa akhirat.
Wallahu’alam.
sumber :Nurul Ilyani
Wanita Ni Kongsikan Cara Buat Jus Rambutan. Rasa Masam, Manis & Segar. Syok Layan Waktu Cuaca Panas!

Musim buah sekarang ini, seronok kan layan. Macam-macam resipi yang keluar di media sosial baik bauh durian, cempedak mahupun rambutan. Terbaru, buah rambutan dijadikan jus. Nampak menarik kan. Minum pula waktu cuaca panas, memang layan sangat kan. Jom cuba buat!
Resipi Jus Rambutan ini dikongsikan oleh Azizah Ibrahim menerusi grup Masak Apa Hari Ini
Rambutan banyak. X tau nak buat ape, jadilah yang ni.. minum sejuk2 dikala tengahari.. Nyaman🥰
Bahan-bahan:
– Isi rambutan
– Air perahan limau nipis( nak sedap pakai limau kasturi sebab lagi wangi )
– Gula secukup rasa
– Daun pudina( optinal )
– Ais
– Air kosong
Cara-cara:
Air perahan limau nipis dibancuh dgn gula dan air.
Letakkan isi rambutan dan daun pudina.. masukkan ke dalam peti sejuk sekejap utk kasi dia mesra2 gittu. X letak pun x pe.
Setelah itu, masukkan bancuhan tadi ke dalam gelas, masukkan ais dan hidang.
Rasa dia masam manis dan segar. Selamat mencuba ye❤️❤️❤️
Nota:
Nak letak asam boi dan biji selasih sikit pun x pe.. sedap juga.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster
“Isteri Merangkak Minta Tolong, Paha Berlumuran Darah.” Rice Cooker’ Disambar Petir, Suri Rumah Parah Terkena Serpihan Jubin Meletup

Malang tidak berbau, dalam satu kejadian baru-baru ini, seorang suri rumah mengalami kecederaan parah pada bahagian paha kiri, lengan serta kaki kanan selepas terkena serpihan jubin yang meletup akibat disambar petir. Kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Kampung Kuala Rimau, Mukim Air Putih.
Dalam kejadian pukul 9.15 malam itu, mangsa, Maznah Awang Pa, 47, sedang memasak di bahagian dapur rumahnya untuk bersahur keesokan hari (hari ini).
Menurut suami mangsa, Azizan Mad Desa, 52, ketika isterinya berada berhampiran kabinet jubin, tiba-tiba berlaku panahan petir di bahagian belakang rumahnya lalu menyambar periuk nasi elektrik di atas kabinet jubin dan menyebabkan jubin itu meletup sehingga serpihannya mengenai isterinya.
“Ketika panahan petir itu, bekalan elektrik terputus, periuk nasi elektrik meletup dan keadaan tiba-tiba menjadi panik apabila terdengar suara isteri meminta tolong… selepas mencapai lampu suluh saya melihat dia sedang merangkak meminta tolong dan paha kirinya berlumuran darah.
Foto Kredit: Insurance Information Institute
Azizan berkata, kejadian ini menyebabkan dia kerugian hampir RM10,000 apabila peti sejuk dan televisyen yang baru dibeli bulan lepas serta beberapa perkakasan elektrik lain untuk menyambut perayaan Aidilfitri rosak.
Namun beliau bersyukur kerana dia dan empat lagi anggota keluarganya yang turut berada di dalam rumah termasuk seorang cucu berusia tujuh tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.
Isteri Azizan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Pendang, Leftenan (PA) Muhd Fairus Rosdi mengesahkan menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada 9.46 malam tadi sebelum tiga anggotanya bergegas ke lokasi.
“Anggota yang tiba mendapati mangsa yang cedera berada di dalam rumah sebelum membawanya terus ke HSB untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.
Beliau turut menasihat orang ramai agar berwaspada ketika mengguna peralatan elektrik terutama ketika cuaca hujan dan ribut serta sentiasa menanggalkan palam dari soket elektrik bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Sumber: BERNAMA & Siraplimau