Menanggung Batuk Yang Teruk & Lama, Wanita Ni Akhirnya Amal Minum Air Kelapa Untuk Redakannya!

Share

Menikmati air kelapa muda sambil duduk santai bersama keluarga tentu menjadi detik yang menenangkan. Bahkan air kelapa muda ini jika diminum bukan sahaja menghilangkan dahaga, malah sejak dahulu lagi terkenal sebagai air penawar untuk pelbagai penyakit.

Memberi fokus kepada manfaat air kelapa, Ana Mahabu berkongsi infonya di media sosial untuk dijadikan panduan bagi meredakan pelbagai penyakit seperti batuk berpanjangan dan sebagainya dengan minum air kelapa kepada umum.

Pun begitu, menurutnya minum air kelapa bukan sekadar minum namun ada cara dan teknik yang boleh dipraktikkan untuk memastikan ianya berkesan dalam meredakan kesakitan yang dirasai.

Ini perkongsiannya.

MANFAAT AIR KELAPA MUDA

1) Air kelapa muda sedap diminum begitu sahaja tanpa gula kerana airnya mempunyai rasa manis air kelapa semulajadi. Bagi penyakit batuk setahun. Kekadang orang sebut batuk 3 bulan, atau batuk 6 bulan. Apa yang berlaku di sini batuk tu tak hilang berbulan-bulan, walaupun dah makan macam-macam ubat batuk. Ubat yang sesuai ialah air kelapa muda.

Caranya kelapa tu dipanggang dulu sebelum dikeluarkan airnya. Agak-agak dah panas baru belah dan ambik airnya. Lepas tu minum 3 hari berturut-turut. Maknanya 3 biji kelapa ya.

Rasa kelapa akan berubah. Insya-Allah inilah ubatnya.

2) Air kelapa muda jika ditambah dengan perahan air limau nipis boleh menghilangkan keletihan. Amalkan minun air kelapa muda dengan perahan sebiji limau nipis untuk penyakit darah tingginya.

3) Air kelapa muda yang di tambah dengan sedikit jus asam limau nipis dan satu sudu minyak zaitun turut mampu mengubati jangkitan cacing pada anak-anak. Amalkan minum campuran ini 3 kali sehari.

4) Terdapat juga dakwaan air kelapa muda yang dicampur dengan beberapa bahan lain mampu mengubati penyakit batu karang.

5) Amalkan minum air kelapa muda tanpa gula + tanpa ais seminggu sekali untuk detoks badan, bantu buang toksin dalam badan.

7) Air Kelapa Muda Limau Bermadu Untuk Batuk Berkahak. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah batuk berkahak yang agak merimaskan dan mengganggu rutin harian.

Rawat batuk mujarab. Air Kelapa Muda Limau Bermadu

Bahan-bahan yang diperlukan:

Segelas air kelapa muda dan isinya

1/2 biji limau nipis

1 sudu makan madu lebah

Dikacau bersama sebati.

Minumlah 3 kali sehari dan ulangi hari berikutnya sehingga batuk reda. Inilah amalan saya lakukan ketika dilanda batuk yang teruk selepas makan ubat pun tidak berkesan. Ubatan tradisional dan asli hasil dari buah buahan dan madu.

Sumber : Ana Mahabu 

Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.

 

Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara

Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.

ARTIKEL MENARIK : Berminggu-minggu Batuk Tak Hilang, Rupanya Petua Dari Aunty Cina Ni Yang Serasi Bantu Anak Pulih!

Baca Ini Juga :Tiba-tiba Tiada Elektrik, Ambilkan Saja Cotton Bud & Buat DIY Untuk Jadikan Lilin. Boleh Tahan Berhari-hari!

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club