Menanam Tepi Rumah Pun Kena Suburkan Tanah Dulu. Ni Tipsnya!

Share

Subur atau tidak tanah akan mempengaruhi kualiti tanaman yang ditanam.  Bila mana tanah yang kita ada dilaman rumah tidak subur, pasti akan membantutkan minat untuk bercucuk tanam secara tidak langsung.

Apatah lagi jika setiap kali menanam, belum pun sempat pokok tersebut mengeluarkan hasil didapati tanaman tersebut mati.

Jadi ada baiknya, sebelum memulakan minat bercucuk tanam, perlu lihat dahulu kualiti tanah yang ada.

Digalakkan juga ikuti saranan ini agar tanah yang digunakan berada ditahap kualiti yang sempurna. Jom semak.


Salam 29 Januari 2020. Sambil-sambil tunggu anak depan sekolah ni,meh akak nak cerita sikit cara akak jaga dan rawat tanah akak. Sebab sebelum ni ramai berbunyi kata..alah..tanah sis memang sedia subur. Sebab tu pokok-pokok sis semua menjadi.

Takde maknanya..ada jugak yang kembali kerahmatullah sebelum berhasil..

Ni cara akak suburkan semula tanah sebelum akak tanam pokok-pokok ye..

Campuran tanah yang akak gunakan semuanya agak-agak.Tanah kompos + tanah bakar + tinja haiwan process(bukan yang fresh ye.Nanti pokok korang kiok,korang cakap akak ajar pulak.Kena simpan dulu sebulan 2 baru boleh guna) + cocopeat sikit (sabut kelapa yang halus tu)+ kapur pertanian(bukan kapur masak or kapur kasut tu ye.Boleh beli di kedai pertanian or nusery).

Kalau ada kulit telor yang dah di tumbuk halus pun boleh je campur sekali.Tapi ni jarang akak campur sebab kena tunggu kulit telor banyak baru buat.

Ok..lepas tu gaul rata.Biarkan dalam seminggu dua.Kalau nampak ada pokok-pokok rumput dah mula tumbuh tu,bermakna dah boleh guna dah.Dah lepas alih tu,lepas seminggu dah boleh baja macam biasa.

Tanah ni pun macam manusia jugak.Kena bagi makan.Manusia pun asalnya pun dari tanah jugak kan.Sama dengan je..✌
Paham-paham sendirilah ye..

Selamat mencuba dan selamat berkebun.

sumber : Aimah Raiyan via Berkebun D Rumah