Selalu orang kata tanam serai ini mudah, cucuk begitu sahaja pun boleh hidup. Tapi tidak dinafikan ada orang berkali-kali cuba menanam serai namun asyik tidak hidup sahaja. Jika hidup pun serai yang ditanam tidak subur, nampak kurus sahaja. Memang tidak puas hati jadinya.
Jadi apa kata anda ikut langkah dan tips yang dikongsikan oleh Puan Siti Rokiah Che Hat di group Belajar berkebun dirumah (untuk beginner) untuk menanam serai di dalam pasu agar hidup subur dengan cara yang lebih mudah.
Diharapkan perkongsian ini dapat dimanfaatkan, selamat mencuba!
Cara Tanam Serai yang betul
– Perkongsian ini akan mengajarkan anda cara yang betul untuk menanam serai dirumah dengan mudah.
1. Pengenalan.
– Tanaman serai tidak terlalu terkenal kepada suri rumah terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai kawasan yang luas untuk menanam serai. Namun pada hakikatnya, serai juga boleh ditanam di dalam pasu ataupun polibeg dengan kaedah yang betul.
2. Penyediaan Tapak.
– Tapak atau kawasan tanaman perlu disediakan sebelum anak benih disemai. Bagi tanaman serai, tanah yang sesuai digunakan ialah tanah gambut, tanah merah dan tanah berpasir. Bagi mereka yang tidak mengenali jenis tanah, disarankan untuk menggunakan campuran beberapa jenis tanah agar tanah yang digunakan adalah sesuai iaitu tidak terlalu padat dan tidak terlalu berpasir.
– Perkara penting mengenai tanah ialah keupayaan tanah tersebut untuk menyimpan nutrien dan juga merangsang pertumbuhan akar. Jika tanah terlalu padat, akar akan mempunyai kesukaran untuk bergerak, manakala tanah yang terlalu berpasir sukar untuk memegang nutrien dan pokok akan kekurangan nutrien sekiranya tanah tidak dapat menyimpan kandungan nutrien yang ada.
– Bagi tanaman serai di dalam pasu dan polibeg, adalah disarankan supaya saiz pasu dan polibeg adalah besar kerana saiz pokok serai yang besar dan mempunyai banyak batang apabila matang. Penggunakan pasu atau polibeg yang kecil akan menyebabkan akar terbantut dan pokok akan mengalami kekurangan nutrien. Kekurangan nutrien pula menyebabkan pokok tidak subur.
2. Penyediaan Anak Benih.
Ads
– Anak benih boleh didapati di kedai ataupun dari pokok serai sedia ada. Jika dari pokok, ambil bersama akar dan potong bahagian atas dahan. Benih yang mempunyai akar boleh terus ditanam di tanah.
– Benih yang dibeli dari kedai pula perlu direndam dahulu beberapa hari sehingga ada akar yang keluar. Ada juga cara dimana serai dipotong sehingga berukuran 1 atau 2 inci dan direndam sehingga akar mula keluar. Anda Boleh mencuba mana-mana cara yang terbaik.
3. Cara Tanam Benih Serai dengan Betul
– Perkara yang perlu dititikberatkan juga ialah cara menanam benih serai. Kaedah yang salah akan menyebabkan anak benih mati. Cara yang boleh digunakan ialah menanam anak benih hanya sedalam 1 inci di mana hanya menanam bahagian yang berdekatan akar sahaja. Adalah tidak digalakkan untuk menanam keseluruan batang kerana cara ini akan menyebabkan anak benih sukar untuk keluar tunas di benih serai.
4. Penanaman Pokok Serai.
– Pokok serai boleh ditanam setelah anak benih telah bertunas ataupun melalui benih yang telah mempunyai akar. Benih serai ditanam sebanyak tiga batang setiap lubang dalam barisan dengan jarak 2 kaki x 3 kaki ataupun setiap 3 batang di dalam pasu dan polybag. Jarak ini sesuai bagi memudahkan kerja-kerja menuai. Anak pokok serai mula membiak setelah 2 minggu ditanam.
5. Pembajaan Pokok Serai
– Pembajaan pokok serai boleh dilakukan beberapa minggu setelah ditanam dengan menabur baja organik. Setelah itu, boleh dibaja dengan baja NPK Hijau iaitu baja 15:15:15 ataupun baja 16:16:16 pada peringkat umur 1, 2 , 3 dan 4 bulan. Cara membaja ialah dengan menabur sedikit baja di sekeliling pokok.
Ads
6. Tempoh Matang.
– Serai matang setelah berumur 7 hingga 8 bulan dengan purata pertumbuhan sebanyak 70-80 batang serai dalam satu rumpun. Untuk mengutip hasil, serai dipotong menggunakan pisau. Kemudian serai dibersihkan dengan menggunakan parang atau pisau untuk memotong akar dan daun serai.
– Penanaman serai tidaklah terlalu merumitkan kerana tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Maka, amat disarankan bagi surirumah untuk menanam serai di kawasan rumah supaya mudah di ambil dan untuk kegunaan dalam masakan dirumah.
Menghadapi saat orang tersayang pergi buat selamanya tentunya waktu itu bukan mudah uintuk dilalui. Hati terasa sedih, pilu dan merintih hiba. Namun ujian yang berat ini harus dilalui dengan tabah walau apa cara sekali pun.
Apa yang pasti, masa akan terus berlalu namun kenangan bersama insan tersayang akan kekal menjadi ingatan yang indah untuk dikenang.
Seperti perkongsian daripada seorang ibu kepada tiga cahaya mata ini. Mengabadikan kenangan bersama keluarga bersempena sambutan Aidilfitri, mereka ada cara mereka sendiri sebagai menzahirkan rasa kasih, sayang dan rindu kepada insan yang telah lama pergi menghadap Ilahi.
Sebagaimana kelaziman yang ramai lakukan, akan bergambar raya bersama anak beranak di Hari Aidilfitri. Begitu juga keluarga kecil ini.
Menerusi perkongsian dua video di laman TikTok oleh UmiLyssa tetap juga bergambar kenang-kenangan dengan membawa foto arwah suaminya dan pakaian uniform arwah suami semasa sesi bergambar tersebut.
Menurutnya, suaminya telah meninggal tiga tahun lalu. Walau pahit untuk melalui ujian hidup, namun keluarga ini terus tabah dan masih terus mampu tersenyum dan nampak bahagia sepanjang sesi photoshoot tersebut dibuat.
Meninjau di ruangan komen, netizen tidak putus-putus menitipkan doa agar arwah ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman. Malah ramai juga yang berasa sebak dan sayu melihat dua video yang dikongsikan oleh UmiLyssa.
Sebut sahaja nama Datin Paduka Eina Azman, pasti ramai yang membayangkan keenakan air tangan isteri kesayangan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden ini.
Setiap kali memuat naik video atau gambar masakan, apsti ramai yang memuji tak kurang yang minta berkongsi resipi. Bukan itu sahaja, Datin Paduka Eina juga seorang wanita yang cukup mementingkan penampilan diri.
Namun begitu, beliau tidak mengabaikan tanggung jawabnya sebagai isteri dan ibu kepada sepasang kembar comel, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berumur 3 tahun.
Keletah anak kembarnya itu sering di muat naik di laman instagramnya. Baru-baru ini, Datin Paduka berkongsi sebuah video yang memaparkan anak perempuannya itu menghafal surah 3 Qul sehingga mengundang rasa kagum di kalangan netizen.
Malah ada yang mengatakan suka melihat cara Eina azman mendidik anak-anaknya. Walaupun nampak moden tapi agama masih menjadi keutamaan.
zalia_azmi Alhamdulillah.. Pndai mommy didik both of u.
eznisyazira Alhamdulillah..what a beautiful family u have dear?
norlizayani Alhamdulillah..kamu beruntung dpt mama yg bijak mengajar kamu sayang
nanasr05_ SUBHANALLAH.. Semoga anakanda Aubrey & Karl menjadi anak2 yg soleh & solehah, menjadi penyejuk hati ibubapa, berjaya dunia akhirat & diberkati. Aamiiin ya Rabbal Alamin.
ctzalina8383 Bijak.. Semoga mjadi anak yg soleh dan soleha..aamiin
zakiahniswanniayanaika Kiut.. Siok pula tengok video c kecil 2 orang ni… X puas.. Eina upload video dorng 2 ni.. Huhuhu
tg.raisha Ya Allah, comel nye diorang baca ayat suci al Quran n paling bagus akak dh ajar diorang baca al Quran
fazilamdkhalid ? bijak ny anak2 comel ni… mudahan besar mjdi sepasang anak kembar y solleh dan sollehah
“Hari ini, hati ku diuji lagi. Saya bukan mahu membuka aib orang ini namun semoga hati kita terbuka untuk membantu sesama manusia. ”
Itulah mesej yang ingin disampaikan oleh pemilik akun Tiktok @rinie1181 ini berkenaan suatu peristiwa yang berlaku di kedainya baru-baru ini.
Menurut perkongsiannya, “Pada suatu hari tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda sambil membawa tong gas. Tingkah laku pemuda tersebut membuatkan saya berasa pelik dan buat-buat tidak tahu dengan situasi yang terjadi.”
Pun begitu menurut pemilik akaun tik tok ini lagi, “Pada mulanya saya tak mau tahu, namun pertama sekali kata yang dia ucapkan, dia minta maaf dan segan untuk bagi tahu akan masalahnya. Dan bila lihat raut wajahnya yang penuh kesedihan dan dari matanya dia memang betul-betul dalam kesusahan.”
Terpaksa Jual Tong Gas Elak Kebulur
“Dia bertanya kalau boleh saya beli tong gasnya kerana mahu menyara orang tuanya. Dia terpaksa menjual kerana takut orang tuanya kebuluran, sejak covid ini dia terpaksa tak berkerja kerana tempatnya bekerja terpaksa ditutup kerana PKP dan asyik bersambung”
Ujarnya lagi, “Selepas saya membayar, saya lihat dari di hujung matanya dia menahan airmata daripada jatuh. Hati saya bagai dirobek dan teringat orang tua di kampung bagaimana kalau ini terjadi pada diri saya.”
“Dalam masa yang sama saya menyuruh staf sediakan keperluan asas untuk disedekahkan kepadanya walaupun tak seberapa namun sekurang-kurangnya dapat meringankan bebannya.
“Bila gugurnya airmata seorang anak demi mahu meneruskan hidup untuk orgtuanya. Saya doakan semoga rezekimu melimpah ruah ..”
Meninjau di ruangan komen, ramai meluahkan rasa bangga dengan tindakan wanita ini dan merasakan betapa mulianya hati dan tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar lelaki tersebut sabar dan akan dimurahkan rezeki.
Elyana titip ucapan istimewa sempena ulang tahun perkahwinan, “Tepat 14 tahun kita hidup bersama." Ulang tahun perkahwinan menjadi kenangan manis dalam perjalanan cinta pasangan suami isteri.