Melihat pokok buah-buahan berbuah lebat memang teruja dibuatnya dan apatah lagi jika telah masak ranum buah-buahnya. Mahu sahaja dipetik dan tentunya sedap dimakan. Sebab itu juga tidak hairanlah akan membuatkan sesiapa pun ingin untuk mencuba menanam pokok buah-buahan untuk dapat dinikmati hasilnya bersama keluarga tersayang.
Pun begitu, buat anda yang pertama kali ingin bercucuk tanam bolehlah membaca perkongsian ilmu bab tanamam oleh Mohd Ikhwan yang sebelum ini menanam cempedak dan dapat dilihat hasilnya memang cukup ‘meriah’. Nak tahu apa rahsianya, ikuti tip dan cara yang dikongsikan ini.
Semoga bermanfaat.
Alhamdulillah pokok cempedak yang saya tanam 6 tahun lepas dah masuk 3 musim berbuah.
Hari ni kita tanam pokok belimbing buluh dan pokok pokok lemon.
Tip tanam pokok buah.
1. Lubang kena korek sebesar yang boleh dan sedalam yang boleh. Ikut kemampuan. Kalau tanah keras sangat tu memang takleh nak tolong. Walaupun size polibeg tu kecik je, takpe. Sebelum letakkan anak pokok, kambus balik sedikit lubang yang kita buat tadi. Kalau ada tanah hitam, boleh masukkan dalam lubang. Ni penting supaya akar baru dapat membesar dengan subur
2. Selepas pokok dah di tanam, boleh tutup pangkal pokok dengan gunakan daun kelapa atau apa2 yang sesuai. Saya guna sabut kelapa (cocopeat). Penting supaya air dan lembapan tak mudah hilang nanti kalau panas terik.
3. Selepas tanam pokok. Kena siram dengan air secukupnya. Tanam sebelah petang. Biar pokok ada masa yang panjang dengan cuaca sejuk. Haba yang kurang. Kalau tanam waktu pagi, pokok akan terkejut dengan bahang tanah dan panas cahaya matahari.
Selamat mencuba. Insyallah kalau diizinkan Allah, pokok akan hidup dengan cantik.
Sumber : Mohd Ikhwan Hussin