Sebagai ibu ayah pastinya kita mahukan yang terbaik buat anak-anak, khususnya apabila menyentuh soal masa depan bagi jaminan pendidikan mereka. Kalau boleh biarlah anak-anak ini dapat belajar hingga ke peringkat tertinggi.
Realitinya, menyimpan wang penting untuk mendapatkan standard hidup lebih baik.
Justeru, tidak hairanlah ibu ayah sudah mula merancang dan melakukan tabungan sejak anak kecil lagi.
Pelbagai pilihan institusi perbankan ada ditawarkan, namun jika memilih menyimpan di SSPN itu adalah pilihan paling bijak.
Ini kerana skim yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini menawarkan lebih banyak ganjaran kepada mereka yang mahu menyimpan wang demi jaminan masa depan pendidikan anak-anak.
Ini seiring dengan objektif SSPN adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.
Apa yang pasti, banyak kelebihan menabung di SSPN ini. Bukan sahaja sebagai usaha ibu ayah untuk menyimpan wang dengan cara lebih selamat, malah ini antara kelebihan lain yang perlu ibu ayah tahu :-
1. Ibu ayah layak pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000
2. Perlindungan Takaful dan Khairat Kematian
3. Dividen yang kompetitif
4. Simpanan dijamin kerajaan
5. Simpanan patuh syariah
6. Simpanan serendah RM20
Nyata begitu banyak keistimewaan dan kelebihan menyimpan di SSPN.
Apa yang tinggal lagi adalah usaha dan kemampuan ibu ayah untuk merancang kewangan agar dapat membuat tabungan.
Gagal merancang, itu bermakna kita merancang untuk gagal!
Ini memandangkan elemen perancangan kewangan sangat menekankan aspek disiplin dan komitmen yang tinggi. Tanpa disiplin dan tiada keazaman, pastinya sukar untuk mencapai matlamat untuk menabung.
Memantapkan lagi ilmu ibu ayah tentang tabungan, jom ikuti perkongsian Keluarga Talk yang dibawakan oleh SSPN dengan kupasan tajuk: Nak Menabung Asyik Tak Jadi Apa Punca & Kaedah Terbaik Buat Simpanan.
Jangan lupa temujanji kita pada 26 Disember 2020 ini di fb keluargamagazine dan boleh juga ditonton di fb Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.