Sebagai ibu ayah pastinya kita mahukan yang terbaik buat anak-anak, khususnya apabila menyentuh soal masa depan bagi jaminan pendidikan mereka. Kalau boleh biarlah anak-anak ini dapat belajar hingga ke peringkat tertinggi.
Realitinya, menyimpan wang penting untuk mendapatkan standard hidup lebih baik.
Justeru, tidak hairanlah ibu ayah sudah mula merancang dan melakukan tabungan sejak anak kecil lagi.
Pelbagai pilihan institusi perbankan ada ditawarkan, namun jika memilih menyimpan di SSPN itu adalah pilihan paling bijak.
Ini kerana skim yang diperkenalkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ini menawarkan lebih banyak ganjaran kepada mereka yang mahu menyimpan wang demi jaminan masa depan pendidikan anak-anak.
Ini seiring dengan objektif SSPN adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.
Ads
Apa yang pasti, banyak kelebihan menabung di SSPN ini. Bukan sahaja sebagai usaha ibu ayah untuk menyimpan wang dengan cara lebih selamat, malah ini antara kelebihan lain yang perlu ibu ayah tahu :-
1. Ibu ayah layak pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000
2. Perlindungan Takaful dan Khairat Kematian
3. Dividen yang kompetitif
Ads
4. Simpanan dijamin kerajaan
5. Simpanan patuh syariah
6. Simpanan serendah RM20
Nyata begitu banyak keistimewaan dan kelebihan menyimpan di SSPN.
Ads
Apa yang tinggal lagi adalah usaha dan kemampuan ibu ayah untuk merancang kewangan agar dapat membuat tabungan.
Gagal merancang, itu bermakna kita merancang untuk gagal!
Ini memandangkan elemen perancangan kewangan sangat menekankan aspek disiplin dan komitmen yang tinggi. Tanpa disiplin dan tiada keazaman, pastinya sukar untuk mencapai matlamat untuk menabung.
Memantapkan lagi ilmu ibu ayah tentang tabungan, jom ikuti perkongsian Keluarga Talk yang dibawakan oleh SSPN dengan kupasan tajuk: Nak Menabung Asyik Tak Jadi Apa Punca & Kaedah Terbaik Buat Simpanan.
Jangan lupa temujanji kita pada 26 Disember 2020 ini di fb keluargamagazine dan boleh juga ditonton di fb Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kematian yang dicemburui, perginya Siti Sarah menghidupkan hati ramai wanita bergelar isteri. Banyak kebaikan yang dilakukan olehnya, dan salah satu adalah berkenaan ketaatan kepada suami. Mudah-mudahan menyedarkan jiwa bagi yang sedang terleka menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang perlu taat kepada suami.
Taat. Benar bukan mudah untuk dilakukan. Namun disitulah ‘gelanggang’ isteri mendapatkan pahala dan taat itu sebenarnya adalah jihad seorang isteri.
Bersamalah berusaha untuk perbaiki diri masing-masing untuk menjadi lebih baik. Selagi masih ada masa, ia tidak terlambat. Semoga apabila kita taat kepada suami, darjat kita diangkat di sisi Allah, InsyaAllah.
Ini sebagaimana perkongsian daripada Puan Adlil Rajiah, antara yang aktif menulis di media sosial berkongsi ilmu dan pandangan serta pengalaman peribadi dalam hal berkaitan kekeluargaan. Ini perkongsiannya semoga bermanfaat dan dapat dimanfaatkan untuk mendidik diri menjadi lebih baik sebagai seorang isteri.
Siapa je yang tak cemburu dengan allahyarhamah siti sarah kan?
Gugur dosa selepas melahirkan,
syahid dalam wabak,
pergi dalam keadaan suami redha,
didoakan jutaan penduduk bumi,
dan tak mustahil namanya disebut-disebut penghuni langit.
Subhanallah. Benar-benar kematian yang dicemburui.
Taat Suami
Dan antara kebaikan arwah yang banyak disebut-disebut adalah ketaatan beliau kepada suaminya. Macam simple je, tapi kita para isteri tahu—BUKAN MUDAH. Kan?
Tapi hakikatnya itu lah “gelanggang” kita. Itu lah jihad kita sebagai isteri sebenarnya.
Berangan nak jadi ketua bidadari kat syurga, tapi dengan suami bukan main gangster.
Ingat Kebaikan
Saya teringat ada satu malam, i had a fight with my husband. A typical husband-wife fight.
Cuma kali ni lebih intense. Bila keadaan kembali tenang, suami ajak sit down berdua untuk re-audit and re-align our relationship.
Ye lah kan. Dah 11 tahun kawen, banyak benda berubah. Cinta dah tak semekar dulu.
Eceh geli pulak cakap pasal cinta cinta ni hahah. But apparently, semua yang dirasakan best masa awal-awal kawen dulu, semakin hambar.
Sebelum sit down dan berbincang, we listed down semua benda yang kitorang tak puas hati with each other dan semua benda yang kitorang harap pasangan dapat improve lepas ni.
Aku ni dah la pantang dibagi assignment tulis-tulis ni. Tangan jadi machine gun terus. Nak-nak pulak bila disuruh senaraikan kesalahan dan kekurangan suami. Mana cukup satu kertas hahah astaghfirullahalazim pompuan.
Settle senaraikan semuanya, tiba lah masa untuk duduk berbincang hati ke hati.
He sat beside me calmly and asked me to read everything I wrote. I read it point by point.
Page by page. He gave 100% attention and didn’t say a word.
Habis je aku baca semua, suami cakap— “Papa minta maaf. InsyaAllah papa akan cuba perbaiki semuanya.”
Dan dia diam semula.
“Cepat lah, giliran papa pulak untuk luahkan apa yang papa tak puas hati dengan mama selama ni. Apa yang papa nak mama perbaiki?” I urged him to read his list.
Dia senyum je. Sambil geleng, dia cakap-“Takde apa yang papa tak puas hati dengan mama. Semua ok je.”
Aku terus menyirap—”Tipu lah. Takkan takde apa-apa. Tak payah la nak ambik hati. Cakap je.”
He smiled and replied,”11 tahun papa hidup dengan mama. Of course papa tahu semua kekurangan dan keburukan mama. Of course papa boleh sebut satu-satu kalau papa nak. Tapi papa taknak.”
“Kenapa taknak?”
“Sebab papa masih ingat setiap kebaikan mama. Mama lahirkan anak kita, mama susukan dia, mama jaga dia dengan baik, mama uruskan rumah, mama utamakan keluarga, mama tolong papa cari rezeki. Kalaupun papa tahu 1000 keburukan mama, papa tak sanggup nak senaraikan. Sebab papa masih ingat semua kebaikan mama.”
Saya menangis, dan terus peluk suami.
Ada 5 perkara yang saya belajar:
1. As a wife, kita selalu fikir kita lah yang PALING banyak berkorban dalam perkahwinan. Mungkin betul. Tapi itu tak melayakkan kita untuk HANYA mengungkit kebaikan dan pengorbanan diri sendiri, dan melupakan kebaikan suami.
2. Makin lama kahwin, makin banyak lah kekurangan masing-masing terbongkar, dan makin banyak lah tak puas hati dalam perhubungan. Dan kita mula lupa, pasangan adalah cerminan kita. Aib dan keburukan kita yang terbuka di mata pasangan, sama je banyaknya.
3. Dikurniakan pasangan yang bukan sahaja sayangkan kita, malah sanggup tutup aib kita walaupun di hadapan mata kita sendiri—adalah nikmat Allah yang jarang sekali kita syukuri.
4. Kadang-kadang kita sibuk fikir salah pasangan dan tunggu pasangan minta maaf, sedangkan yang perlu minta maaf dan memaafkan adalah dengan diri kita sendiri.
5. Ada banyak benda yang we can never grow alone. Even our own growth needs someone to respond— someone yang nampak hodoh kita, tapi masih mahukan kita. Marriage is not just love, it’s also a friendship.
Jadi wahai bini-bini sekalian, udah-udah la tu mengungkit. Bukan boleh menang shopee coin pun. 😆
Cuba renungkan hadis Rasulullah ni— “Jika aku boleh memerintahkan seseorang itu untuk sujud kepada seseorang yang lain, maka aku akan perintahkan seorang isteri untuk sujud pada suaminya.” [Riwayat al-Tirmizi (1159)]
Memang tak mudah. Tapi ingat—itu lah jihad kita. Itu lah jalan kita untuk capai syurga.
Semoga darjat kita diangkat di sisi Allah asbab ketaatan kita kepada suami. InsyaAllah.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Siapa sahaja yang senang duduk bila melihat semut terlalu banyak di dalam rumah. Lagi-lagi jika di dapur, pantang makanan yang manis bergula terletak di atas meja, habis dihurung semut.
Memanglah kalau boleh ingin juga dicari cara yang terpantas dan terbaik untuk mengelakkan atau menghindarkan kejadian tersebut terus berlaku.
Meskipun begitu, ada juga yang mengambil jalan cepat dan mudah dengan menggunakan racun serangga. Namun begitu perlu beringat agar jangan sesekali terbeli atau menggunakan racun semut jenis Shang Jia Ant Clean kerana bahaya untuk tubuh badan dan juga persekitaran.
Racun semut jenis Shang Jia Ant Clean ini dijual secara berleluasa di pasar malam dan jualan online. Ramai yang gunakannya tanpa mengetahui bahaya produk ini kepada tubuh dan persekitaran.
Menurut perkongsian fakta di akaun facebook Public Health Malaysia, racun jenis ini sangat merbahaya untuk digunakan. Bahkan kesan racun ini akan berpanjangan pada tubuh badan hingga bertahun tahun lamanya.
Jangan main main, racun ini mengandungi bahan beracun Mirex yang sangat lama boleh berada dalam tubuh dan bersekitaran. Ia tidak mudah terurai dan masih ada kesan racun walaupun sudah bertahun lamanya.
Sebab itu bahan beracun Mirex tidak dibenarkan digunakan di Malaysia. Ada kes keracunan yang dikesan, racun masih dapat di kesan dalam tubuh selepas bertahun tahun lamanya.
Ya, yang nak dibunuh semut, tapi yang akan kena kesan racun anak anak. Elakkan menggunakan racun jenis ini untuk keselamatan bersama
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Suatu ketika dahulu, kisah dan namanya mejadi bualan ramai. Ibarat cerita fairytale, mendapat jodoh dengan anak raja, namun kisahnya bukan dongengan sebaliknya realiti.
Bertemu jodoh dengan Yang Amat Mulia, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah membawa beliau ke dunia yang alam rumah tangga yang bahagia.
Bekas pramugari di salah sebuah syarikat penerbangan di Singapura ini cukup manis orangnya. Perwatakannya yang sopan santun sesuai dengan raut wajahnya yang cukup anggun dan lembut.
Membuatkan ramai terpikat memandangnya. Itulah personaliti yang ada pada Cik Puan Julita Aishah yang cukup disayangi ramai.
Begitupun kehidupannya lebih tertumpu kepada keluarga dan lama tidak muncul dikhalayak.
Namun, dalam satu perkongsian di laman instagram baru-baru ini, ssuuk tubuh Cik Puan Julita tetap manis dan anggun seperti dulu.
Penampilan berhijab dengan mengenakan busana baju kurung memperlihatkan sisi sopannya tidak pernah berubah. Apatah lagi wajahnya, tetap awet muda dulu dan kini.
Perkongsian terkini wajah Cik Puan Julita nyata mendapat reaksi ramai. rata-rata memuji wajahnya tetap sama seperti dulu. Lembut, tenang dan cantik.
Jadi perhatian rakyat Malaysia
tengkuzaiini Cik Puan Muda Dato Sri Julita Aishah masih lagi jelita masih ayu masih lemah lembut jer tutur bicara dia tak sombong suka penampilan dia dari dulu sampai sekarang sopan jer…….
i_amkedahanCik Puan cantik… Tutur kata lemah lembut.. Ingat lg dulu masa Cik Puan Mula2 kahwin dgn Tengku Muda tahun 2002.. Cik puan jadi perhatian rakyat Malaysia.