Benar apa yang kita makan hari ini mencerminkan diri dan kesihatan diri kita. Begitu juga dengan anak-anak. Maka berusahalah untuk memberikan makanan yang bersih, sihat dan segar untuk anak-anak.
Bagi menjaga daya ingatan yang kuat dan tajam serta perkembangan otak yang baik untuk anak, Pakar Otak, Dr Rizal Abu Bakar berkongsi tip mudah untuk diamalkan anak-anak.
Ini tip ringkas yang dikongsikan oleh beliau.
Kita adalah apa yang kita makan. Begitu juga anak-anak kita. Apa yang disemai itulah yang dituai.
“Anak aku kena makan apa?” itu soalan yang terpacul dari mulut Razif.
“Tak ada. You selalu cerita dalam FB pasal otak. Pasal makan. Pasal senaman. I nak tahu makanan untuk anak-anak. Sama ke tak?” soal Razif.
Begini . Boleh galakkan anak-anak ambil makanan B.I.T:”
⚡Buah Berries
Contohnya blueberries, cherry, blackberries dan strawberries.
* Beri kuasa besar pada hippocampus anak-anak. Memori jadi power.
⚡Ikan
Ikan kembung contohnya ada omega 3 yang tinggi. Bagus untuk otak. Ini makanan wajib untuk anak-anak. Tuna dan salmon pun bagus.
⚡Telur
Ada Choline. Penting untuk perkembangan memori anak-anak.
Beri yang ini pun dah bagus. Ada yang lain lagi. Nanti-nanti sembang lain.
Makanan mempengaruhi sikap anak. Beri kesan kepada tingkah laku. Tinggalkan impak kepada prestasi otak. Boleh amal?
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club