Memey Suhaiza Sebak & Syukur Anak Sulung Raih Anugerah Pelajar Terbaik! ” Ini Bukan Kali Pertama..”

Share

Ibu mana yang tak bangga kan bila anak peroleh kecemerlangan dalam pelajaran. Baru-baru ini, pelakon Memey Suhaiza menitipkan syukur kepada ALLAH SWT selepas anak sulung, meraih Pelajar Terbaik Year Keseluruhan 4.

Muhammad Darwisz Hakim, 10, yang baharu menghabiskan pengajian di Year 4 mencatat keputusan cemerlang dalam enam mata pelajaran.

Isteri kepada Norman Hakim itu kelihatan sebak menyaksikan anak mereka menerima pengiktirafan pada majlis Ihtifal 2023 Abedeen Academy dan menurut Memey, ini bukan kali pertama Muhammad Darwisz Hakim yang mesra dipanggil Awishz ‘naik pentas’ menerima anugerah akademik.

“Alhamdulillah syukur. Terima kasih Awishz. Mummy ingat lagi semasa ihtifal tahun lepas, Awishz menerima award untuk subjek Sains.

“Mummy cakap terima kasih Awishz. Mummy sangat gembira dan berdoa tahun hadapan (maksudnya tahun ini) Awishz akan meraih banyak lagi.

“Ketika itu, Awishz jawab ‘Ok mummy. Mummy suka ke Awishz naik atas stage?’. Mummy jawab, mummy dan papa sangat happy.

“Alhamdulillah tahun ini Awishz buktikan. bukan sekadar menjadi pelajar terbaik dalam beberapa mata pelajaran tetapi best year 4 international student overall best performance.

“Terima kasih sayang, mummy papa happy dan sangat bersyukur,” titip Memey.

Dalam video yang dikongsi, Memey menitiskan air mata tersentuh ketika meneliti kepingan sijil diperolehi putera sulungnya.

Tidak lupa, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengucapkan terima kasih kepada barisan guru warganet yang mendoakan anaknya.

“Terima kasih juga buat semua yang mendoakan anak mummy dan papa dalam hantaran sebelum ini.

“Awishz sangat gembira dan dia membaca satu persatu komen kalian. Mummy belum ada kesempatan untuk membalas tetapi mummy hargainya.

“Terima kasih para guru yang mengajar anak-anak kami. Halalkan segala ilmu dan doakan semoga Awishz terus membesar jadi anak yang baik, berjaya di dunia dan akhirat,” titip Memey.

Harapan Memey, anak keduanya, Muhammad Dikhriz Hakim mencontohi dan mengikut jejak langkah si abang.

Warganet yang terharu menyaksikan catatan kejayaan Awishz mendoakan agar anak-anak Memey dan Norman terus cemerlang.

Memey, 35, dan Norman Hakim, 47, mendirikan rumah tangga pada 24 September 2011.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 10, Muhammad Dikhriz Hakim, 8, dan Mikayla Delisha Hakim, 5.

Sumber : Instagram Memey Suhaiza