Solat yang diwajibkan iaitu solat fardu lima kali dalam sehari semalam. Sedangkan solat sunat itu tidak wajib dilakukan, tetapi jika dilakukan akan mendapat pahala serta keutamaan.
Salah satu solat sunat yang sangat dianjurkan untuk ditunaikan umat Muslim iaitu solat tahajud.
Kelebihan solat tahajjud juga ada dinyatakan di dalam ayat-ayat Al-Quran yang membuktikan betapa banyaknya kebaikan solat yang dilakukan di akhir malam ini.
Solat tahajud adalah solat sunat yang ditunaikan pada malam hari iaitu waktu yang utama sepertiga malam dan waktu yang sangat mustajab untuk berdoa.
Pada waktu berkenaan malaikat turun ke bumi. Allah berfirman dalam Surah Al-Muzammil ayat 1-4 yang bermaksud: “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu, ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah al-Quran dengan ‘tartil’.
Solat tahajud dilakukan paling minimum iaitu dua rakaat dan paling maksimum tiada batasannya serta diakhiri dengan solat witir sebagai penutup.
MEMBURU TAHAJJUD
Selalu pasang niat nak bangun solat sunat tahajjud pada sepertiga malam? Tapi tak pernah berjaya? Atau menunda-nunda bunyi alarm sehingga terlepas waktu? Disini saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda cuba. In shaa Allah . Semuanya dengan izin Allah.
1 – Pastikan solat isyak telah dilaksanakan (usahakan untuk solat pada awal waktu).
2 – Selepas solat dan berdoa, sambunglah ibadah dengan membaca Al-quran. (Kalau berniat nak tidur selepas solat isyak seeloknya bacalah terlebih dahulu Surah Al-Mulk).
3 – Sebelum melelapkan mata disunatkan untuk menepuk-nepuk bantal sebanyak 3x dan mengibaskan selimut sebanyak 3x jugak dengan niat untuk mengikut sunnah Nabi Muhammad sebelum tidur.
4 – Baca ayat Qursi, Basmalah 21x, Surah 3Qul, doa tidur dan kalimah syahadah.
Ads
5 – Bagi yang ada simpan bacaan surah-surah dalam handphone boleh dengar guna earphone. Memang boleh lena dan mudah untuk bangun. Jangan lupa set alarm untuk bangun.
6 – Kemudian tidur dan niat untuk bangun tahajjud pukul 5 pagi. Mohonlah pada Allah untuk sedarkan kita dari lena.
7 – Bunyi alarm bangun terus, kalau nak tunda boleh tapi jangan sampai x ckup masa nak solat atau sampai terlepas waktu.
8 – Baca doa tidur dan bangkit untuk mandi atau berwudhu’ dan lakukan solat tahajjud. Usahalah buat hari-hari.
Pasang niat hari-hari. Bila dah dapat buat tu akan rasa nikmat sangat. Rasa nak buat lagi dan lagi. Alhamdulillah
Keluarga akan mengadakan program e-keluargagader : Jom Masak Menu Iftar Kegemaran Keluarga secara virtual pada 2 April ini jam 2.30 petang- 4.30 petang. Jom daftar ramai-ramai, kita belajar buat 2 menu berbuka yang istimewa daripada chef terkenal, Chef Amer. Hanya RM 20, dan anda layak menerima satu tiket Farm In The City secara PERCUMA dan banyak lagi hadiah menarik ditawarkan untuk peserta. Jadi usah tunggu lagi, jika anda berminat, daftar di link ini https://toko.ideaktiv.com/product/jom-masak-menu-iftar-kegemaran-keluarga/ Anda juga boleh whatsapp admin di 016-9647520 untuk info lanjut.
Ads
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
Ads
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tempe merupakan makanan yang diproses daripada kacang soya. Rasanya rangup dimakan dan sedap juga digoreng dan dibuat sambal goreng tempe!
Kalau ikut cara orang Johor, tempe dicicah dengan sambal kicap. Memang padu katanya. Nak tahu caranya jom lihat tips di bawah ini yang merupakan perkongsian oleh Norizam Salina.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Siapa je tak tak impikan untuk memiliki keluarga yang harmoni dan bahagia tanpa sebarang sengketa kan?
Demi untuk mencapai tahap itu, setiap dari ahli keluarga haruslah memainkan peranan masing-masing untuk menerapkan rasa kasih sayang dan cinta antara satu sama lain, terutamanya watak utama dalam keluarga iaitu ibu dan ayah.
Misalnya seperti perkongsian dari Taufiq Razif ini, nak bahagiakan keluarga, beliau lebih memilih untuk bahagiakan isteri. Barulah rasa itu disalurkan pada anak-anak dan membentuk keluarga bahagia. Jom ikuti perkongsiannya.
Ada yang pelik kena saya selalu duk bahagiakan isteri.
Saya tak manjakan isteri tetapi nak taknak saya kena cari juga cara macam mana untuk bahagiakan dia.
Ada masa saya akan biarkan isteri saya berehat dan bersantai santai.
Saya akan jaga anak
Saya akan mop lantai
Saya akan cuci tandas
Saya akan buat semuanya
Asalkan isteri saya boleh melepaskan kepenatannya.
Kenapa? Kerana saya nak dia merasa bahagia.
Kenapa saya nak isteri saya merasa bahagia? Kerana isteri adalah jantung dalam rumah saya.
Bila isteri saya tak bahagia
Anak anak akan ikut tak bahagia
‘Emotional state’ seorang isteri dan ibu boleh berjangkit dan mempengaruhi ’emotional state’ anak anaknya sekali
Emak serabut, anak anak pun jadi serabut
Emak pemarah, anak anak pun jadi mudah marah
Emak gelisah, anak anak pun jadi mudah gelisah
Untuk saya jadi bahagia, saya perlukan anak yang bahagia
Untuk saya bahagia, saya perlukan rumah yang bahagia
Untuk ada anak anak dan rumah yang bahagia tak lain tak bukan saya perlukan seorang isteri yang bahagia
Kenapa?
kerana hanya isteri yang bahagia boleh melahirkan dan membentuk anak anak yang tenang dan bahagia
Itulah kenapa di dalam Islam menjaga ketenangan hati isteri adalah sejenis nafkah juga kerana ianya adalah keperluan sebuah keluarga bahagia
Taufiq Razif
Happy Wife, Happy Life
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Meskipun sudah berpisah sejak 2014, hubungan pelakon era 1980-an, Liza Abdullah dengan bekas suami tetap baik.
Malah kemanisan antara keluarga Liza dan bekas suami jelas terserlah ketika meraikan perkahwinan anak keduanya itu. “Hubungan saya dengan keluarga bekas suami masih macam dulu. Keluarga saya dan bekas suami sama sama nak yang terbaik untuk anak kedua biarpun semuanya berlangsung dalam serba sederhana.
“Ada yang sudi membantu dan menaja. Biarpun anak kedua saya tak bertunang dan hanya diadakan majlis merisik sebelum ini, saya sebagai ibu bersyukur dan berharap jodohnya akan sampai ke jannah.
“InsyaAllah bulan Disember ini, anak lelaki sulung, Zulhaffiz Zariq pula akan berkahwin,” katanya. Menerusi perkahwinannya dengan Zolkefli, Liza dikurniakan empat anak. Tiga daripadanya lelaki termasuk Zulsyahmi Naqib dan Zulsyahmi Afiq
Pelakon yang kini sedang hot dengan drama 7 Hari Mencintaiku 2 menerima menantu sulungnya apabila anak perempuan tunggal kedua, Nurnaffiz Syahiddah Zolkefli, 27, melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya, Syahidan Rosli. Majlis berlangsung di rumah ibu saudara pengantin perempuan di Shah Alam dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Malah di majlis pernikahan itu, pemilik nama penuh Norliza Abdullah itu tidak dapat menyembunyikan perasaan sebak dan bercampur baur. “Perancangan asal memang nak buat majlis di dewan besar. Berangan nak buat majlis serba meriah. Tanpa diduga kita diuji dengan pandemik Covid 19. Jadi agak kucar kacir perancangan yang ingin dibuat.
“Malah dengan keterbatasan dan ujian melanda banyak perkara yang tak dapat dipenuhi. Nak jemput ramai tetamu pun tak boleh. Memang ada yang terasa hati dan ralat tak dapat undangan. Tapi saya harap mereka semua dapat memahami situasi kita kini.
“Namun saya tetap bersyukur majlis berlangsung dengan seadanya. Malah teman rapat seperti Datuk Shah Rezza dan Datuk Ziela Jalil serta kenalan lain ada hadir dan menyokong,” katanya lagi. Dalam pada itu, Liza bersyukur kerana ukhuwahnya dengan teman baik seperti Shah Rezza dan Ziela Jalil bertahan hingga hari ini.
“Usia persahabatan kami sudah mencecah lebih 30 tahun. Merekalah teman saya berkongsi suka duka, bergaduh manja, bertekak sampai baik balik. Dari zaman saya solo, berkahwin, berpisah hingga ke mahkamah, Shah Rezza dan Zielalah yang setia menemani.
“Shah Rezza sendiri antara teman yang selalu buat majlis atau acara untuk menyatukan kami dengan kawan lain,” kata.
Liza hingga kini juga terus aktif berlakon dan diberikan watak. Malah katanya, jadual berlakonnya sampai bulan November depan sudah penuh. Beliau juga mempunyai kelab peminat di bawah akaun Instagram @lizzaabdullah_fc
Liza juga memaklumkan dia dan Ziela akan memasarkan produk susu kambing mereka di bawah jenama Lala (gabungan nama mereka, Ziela (La) dan akronim Liza Abdullah (La) tak lama lagi.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...