Setiap daripada kita pasti menyimpan momen indah dan manis ketika zaman kecil kan. Malah, gambar-gambar lama yang ada pasti meninggalkan memori yang sukar dilupakan. Demikian juga dengan pelakon cantik manis, Fasha Sandha.
Dalam satu perkongsian baru-baru ini, dia memuat naik sekeping gambar waktu kecil bersama kakaknya, Farra Sandha.
Dalam perkongsian tersebut, Fasha menyelitkan kehidupannya waktu kanak-kanak yang tidak semewah kawan-kawan yang lain.
Perjalanan kami membesar tidak semewah kanak2 lain, namun kami sangat bahagia.
Selamat hari lahir buat kakak sulung kesayanganku Farra Sandha (gambar belah kanan tu ) i belah kiri tu, sama2 comel kan.. 😇😊
Namun dia tetap bahagia dan bertuah kerana mempunyai kakak yang penyayang biarpun suka membulinya ketika kacil dahulu.
Kak,
Walaupun you Always bully me when i was small, i know you love me kak… Thank You for always showering Your Unconditional love on me sejak kita kecik lagi…
Perkongsian tersebut dibuat sempena hari kelahiran kakaknya yang ke 36 tahun.
Happy 39th kakak Ku, jom dear followers ku semua doakan agar kakakku diberikan kesihatan yang baik dan sukses dunia akhirat.
We love you kak.
Hope to see u and family soon.
Kakak kita takde IG sebab dia tak suka media sosial 😆
Kalau nak dm, boleh dm anak laki dia @dani_raiyan 💓💘
Happy birthday kakak
5th Feb
Namun apa yang mencuri perhatian adalah wajah comel Fasha waktu kecil. Rata-rata mengakui anak perempuannya Putri Raysha Jemaima memang copy paste wajah mommynya. Comel dan manis je kan!
Sumber: fashasandha
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club