Memberus Gigi Masih Tak Putih-putih, Sila Tambah Dengan Cara Alami Pula. Memang Satu Keluarga Boleh Cuba!

Share

Meskipun aktiviti memberus gigi dilakukan setiap hari, namun gigi masih kelihatan kekuningan. Salah satu sebab mengapa gigi kuning adalah kerana cara menggosok gigi yang salah. Gigi yang diberus dengan cara yang betul dan teratur sebanyak dua kali setiap hari akan menyerlahkan kecantikan gigi.

Pun begitu jika masih juga tidak berpuas hati boleh gunakan petua orang dulu-dulu dengan menggunakan bahan-bahan alami. Siapa sangka bukan satu bahan sahaja yang berfungsi untuk memutihkan gigi malah ada 10 kesemuanya. Jom semak!


  1. Daun Sirih

Rendam beberapa helai daun sirih di dalam air dan didihkan, atau masukkan daun sirih ke dalam air yang mendidih. Biar selama 30 minit. Biarkan sejuk sebelum berkumur-kumur dengan air sirih tadi. Kumur selama dua minit beberapa kali ulangan. Akhir sekali, gosok daun sirih tadi pada gigi. Kumur sekali lagi dengan air bersih.

  1. Biji Pinang

Bakar biji pinang sehingga hangus dan tumbuk untuk mendapatkan serbuk yang halus. Gosok serbuk tadi pada gigi menggunakan kain kapas yang bersih. Amalkan dua minggu sekali sahaja. Serbuk pinang ini selain membantu membersihkan plak pada gigi, ia juga boleh membantu menguatkan gigi.

  1. Kulit Limau

Ambil kulit limau dan gosok bahagian dalam yang berwarna putih pada gigi. Amalkan sebanyak dua atau tiga kali sehari. Untuk gigi sensitif, amalkan dua kali sehari sahaja.

  1. Daun Salam

Gunakan daun salam dan kulit limau. Caranya, keringkan daun salam dan tumbuh halus. Sementara itu, cincang halus kulit limau sehingga menjadi serbuk. Campurkan kedua-duanya dengan sedikit air dan gosok pada gigi.

  1. Lobak merah, saderi, epal dan strawberi

Keempat-empat jenis buah dan sayuran ini boleh membantu memutihkan gigi. Hanya perlu amalkan selalu makan makanan ini. Bagi buah strawberi, anda boleh potong kecil dan gosok perlahan pada gigi.

6. Susu dan Yogurt

Amalkan minum susu dan yogurt untuk mengembalikan warna gigi putih dan berseri. Selain itu, susu dan yogurt tinggi kalsium dan ia dapat membantu menguatkan dan menyihatkan gigi.

  1. Serbuk Penaik (Baking Soda)

Sapu serbuk penaik dengan rata pada gigi dan biarkan selama lima minit sebelum memberus gigi. Amalkan sebanyak 2 kali sahaja dalam sebulan. Penggunaan yang kerap boleh menipis dan merosakkan enamel gigi anda dan memberi kesan terhadap jaringan saraf gigi.

  1. Cuka Putih atau Cuka Epal

Kumur-kumur menggunakan cuka putih ataupun cuka epal sebanyak 1 – 2 kali sebulan. Elakkan menggunakan cara ini terlalu kerap kerana ia boleh menyebabkan gigi rapuh dan rosak.

  1. Lemon dan Garam

Perah lemon dan tambahkan sedikit garam. Sapu pada gigi dengan rata. Biarkan selama 2 – 3 minit sebelum memberus gigi. Elakkan menggunakan cara ini dengan kerap. Bimbang ia akan merapuhkan dan merosakkan gigi.

  1. Arang

Cara tradisional yang telah digunakan sejak zaman nenek moyang kita dahulu. Gunakan cara ini seminggu sekali sahaja. Sebaiknya hancurkan dahulu arang menjadi serbuk agar mudah untuk digosokkan pada gigi.