Anak-anak adalah amanah yang perlu dijaga dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab. Pun begitu, sebagai ibu ayah kita juga faham, setiap anak punya ragam dan perangainya yang tersendiri yang perlu kita fahami dalam mendidik mereka.
Berdepan dengan pelbagai situasi dalam membesarkan anak-anak, pernah juga kita dengar cerita ada ibu bapa suka membanding-bandingkan anak kepada umum hingga membuka aib anak tanpa sedar atau sengaja. Hal ini tentunya boleh membuatkan anak jauh hati dengan ibu dan bapa mereka sendiri.
Menyedarkan hal ini adalah tidak wajar dilakukan oleh ibu ayah, Ahmad Saifuddin Yusof, penulis buku tafsir yang sering berkongsi ilmu di media sosial berkongsi pandangannya dan menyifatkan ibu ayah yang suka mengumpat anak sendiri seumpama ‘makan daging’ anak sendiri.
Ini perkongsiannya dan bersama kita ambil pengajarannya.
‘Makan Daging’ Anak Sendiri
Ada satu perangai ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sudah dewasa ialah mengumpat anak-anak sendiri.
Mengumpat anak sendiri?
Ya, sama ada menceritakan perihal buruk anak kepada orang luar atau kepada anak-anak yang lain.
Paling buruk kesannya apabila mengumpat anak dengan anak yang lain.
Contohnya, katakanlah Angah berjaya dalam karier sehingga ada pendapatan yang baik. Manakala Along kurang berjaya sehingga terpaksa meminta bantuan kita sebagai ibu ayah dengan berhutang dan sebagainya.
Ada perangai ibu ayah sekarang yang suka bercerita perihal Along itu kepada adik-adik. Kesan buruknya, hilang rasa hormat adik-adik kepada Along. Ditokok tambah macam-macam. Sedangkan keadaan Along itu yang terdesak menyebabkan terpaksa berhutang dengan ibu ayah.
Mengapa berlaku begitu?
Perangai kita ibu bapa yang suka mengumpat membawang orang lain dengan kawan-kawan. Jadi perangai itu terbawa-bawa apabila bercerita hal ehwal anak sendiri. Dia tidak sedar yang diumpatnya itu anak sendiri dengan orang lain atau anak sendiri.
Solusinya, hentikan perangai suka mengumpat dan membawang orang lain macam Mami Jarum. Memang seronok rasa bila membuka aib. Seronok itu datang dari syaitan.
Ads
Apabila dua orang lelaki telah mengumpat satu kumpulan orang yang banyak makan sehingga mereka berdua ketawa.
Rasulullah Sollahu ‘Alayhi wa Sallam yang mendengar perbualan dua orang itu. Wajah Nabi berubah, lalu Nabi berkata, “Sesungguhnya saya ternampak daging saudara tuan-tuan itu melekat di celah gigi tuan berdua.” – Sahih al-Bukhari
Daripada ucapan itu ia membawa maksud;
+ Daging saudara seagama sendiri telah masuk ke dalam mulut.
+ Daging itu telah digigit, dimamah, dikunyah.
+ Daging itu telah ditelan sehingga tertinggal cebisan di celah gigi.
Kita berhenti mengumpat sekarang, supaya tidak terumpat anak sendiri.
Tetapi, ada pengecualiannya.
Ibu terpaksa berkongsi perihal anak-anak sesama anak yang lain untuk sama-sama membantu.
Contohnya kes Along berhutang dengan ibu itu dalam jumlah yang banyak. Maka ibu terpaksa minta pandangan adik-adik Along itu untuk sama-sama membantu dan tidak diperincikan jumlah hutang dan sebagainya. Cukuplah untuk menimbulkan kerisauan adik-adiknya.
Bagi seorang ibu yang baik, mereka sangat faham garis halus antara mengumpat anak atau mahu membantu anak. Sangat berbeza caranya.
Selepas berkongsi momen indah keluarga bila mana anak perempuannya telah ‘melangkah ke alam dewasa’ beberapa hari lalu, terbaru penampilan Dzakira Talita Zahra, anak Shuib dipuji ramai.
Mana tidaknya, Talita yang hadir berhijab pada majlis berbuka puasa bersama keluarga dilihat cukup cantik dan ayu.
Terharu dengan penampilan anaknya itu, Shuib meluahkan rasa bangga dan terharu.
“Talita, daddy bangga la tengok awak. Cantiknya,” luah Shuib terharu.
Shuib berkongsi momen bermakna bagi dirinya itu menerusi Insta Storynya.
Menerusi perkongsian video berkenaan, Shuib berbuka puasa bersama keluarga sebelum memperlihatkan Talita yang tampil memakai jubah berwarna merah hati yang dipadankan dengan tudung rona kelabu. Cantik sekali.
Malah penampilan anak kecil itu dipuji wargamaya yang rata-rata berbangga dan memuji penampilan terbaru Talita yang ayu dan cantik.
Terdahulu, Dzakira Talita Zahra merupakan anak kedua Shuib bersama allahyarhamah Siti Sarah. Shuib dan arwah turut dikurniakan tiga orang cahaya mata lelaki.
Bila sebut sahaja berdiet, apa yang sering dibayangkan adalah sekatan untuk makan itu dan ini. Kalau tidak dipatuhi, habis ‘ke laut’ lah usaha untuk berdiet.
Memikirkan kesukar untuk mendisiplinkan diri, ada yang patah semangat untuk berdiet. Pun begitu, tahukah anda sebenarnya untuk turunkan berat badan tidaklah sampai perlu stress.
Ini dijelaskan lagi di dalam perkongsian Arif Sukri, Coach Fitness. Semoga bermanfaat dan terus termotivasi untuk meneruskan diet.
Kawan-kawan. Diet kita belum sepenuhnya kelaut jika,
1. Dalam satu hari ada 1 waktu sahaja kita makan terlebih daripada keperluan.
2. Minum 1 cawan teh tarik sehari sekali sahaja. Dan selebihnya banyak minum air kosong.
3. “Terambil” nasi lebih masa tengahari pun belum boleh hukum sepenuhnya kelaut.
4. Teringin nak makan kek, lalu anda nikmati sepotong kecil bukan juga maksud diet dah kelaut.
5. Nasi Briyani Kambing ada orang belanja makan pun bukan maksud dah kelaut.
6. Nikmati Aiskrim Mekdi di Drive Thru 3 hari sekali, belum juga kelaut.
7. Sehari tak bersenam tapi 2-3 hari lepas dah sempat buat senaman atau gantian aktiviti lain, itu pun belum tentu diet kelaut.
Kadang-kadang dalam hidup ini kita tidak boleh terlalu cepat menghukum yang diet kita sedang kalaut, tak jadi, dan gagal.
Hidup ini ada naik turunnya. Mungkin pagi kita dah terlebih makan, tengahari kita boleh baiki semula.
Boleh jadi juga waktu pagi dan tengahari diet kita dah baik. Tapi malam tu ada sikit kekangan lalu kita makan lebih sikit dari perancangan. Itu pun tetap belum kelaut.
Selagi keperluan kita tidak melebihi. Dan masih ada ruang untuk diperbaiki, diet itu masih boleh terus dibuat. Tanpa anggap kita dah kelaut dalam progres.
Begitulah. Yang penting selagi kita sedar kita dah jauh dari perancangan dan cepat-cept move on. Itu adalah pilihan yang baik.
Arif Sukri
Diet Tanpa Stres
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menerima hadiah kejutan di hari istimewa pastinya meninggalkan memori yang cukup manis dalam hidup.
Demikian juga dengan wanita ini apabila suaminya yang menghadiahkan seutas rantai emas dengan cara yang cukup berbeza dan tidak disangka-sangka.
Perkongsian ini dimuatnaik wanita berkenaan menerusi satu video di akaun TikTok @aien_suraya.
Rupa-rupanya sang suami telah menghabiskan seutas rantai emas yang ‘disorok’ di dalam kek hari lahirnya.
Malangnya hadiah tersebut hanya diketahui selepas tiga hari.
”Tarikh 3/2/22 potong kek, 6/2/22 jumpa hadiah dalam kek. Nasib baik terdetik nak makan, betul-betul surprise,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, dia juga hampir-hampir memberikan kek itu kepada jiran. Namun mujur anaknya menemui rantai emas berkenan ketika makan di bahagian tengah kek.
”Kebetulan masa potong kek hari tu separuh je makan, lepas tu simpan dalam peti ais selama tiga hari.
“Ni pun sebab anak dah korek makan kat tengah. Kalau tak, memang tak tahu ada emas”, ujarnya lagi.
Video berdurasi 12 saat itu telah meraih lebih 2.1 juta tontonan dan 52.2k tanda suka hanya dalam tempoh 48 jam dimuat naik.
Menjengah ke ruangan komen, warganet turut melahirkan rasa gembira dan menitipkan ucapan tahniah kepada wanita berkenaan.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.