Bagi rumah teres kebiasaannya akan ada ruang tanah 3 kaki atau 5 kaki di dalam pagar, dan kebiasaanya akan dijadikan ruang untuk bercucuk tanam seperti serai, kunyit dan sebagainya.
Pun begitu ada juga yang lebih selesa untuk simen sahaja bahagian tersebut agar lebih kemas dan tidak terbiar begitu sahaja dengan ditumbuhi rumput atau pun lalang.
Memandangkan ruang pun tidak luas mana, ada juga antara kita akan melakukan DIY menyimen sendiri agar dapat berjimat.
Untuk anda yang pertama kali melakukan kerja tersebut, bolehlah jadikan panduan daripada perkongsian daripada Ahmad Saif ini. Menurutnya dengan kaedah yang dikongsikan berkenaan cara untuk membancuh simen akan menjadi kerja-kerja menyimen lebih mudah dilakukan.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
DIY: Tips melapis lantai konkrit batu mudah (tanpa besi).
Saja nak berkongsi tips konkrit simen mudah, tak sakit pinggang, ringan. Saya buat dengan anak saudara (budak darjah 6 je), dia yang gaul simen dan ratakan, selamber je.
Ratio konkrit:
1 beg simen
2½ kereta sorong pasir
1 kerata sorong batu
Langkah 1 : Letak simen atas bukit pasir
Langkah 2 : Pecahkan beg simen
Langkah 3 : Cedok pindah ke sebelah..cedok bahagian bawah agar mudah simen dan pasir cepat bercampur.
Langkah 4 : Pindah sekali lagi, cedok bawah
Langkah 5 : Dah sekata pun, buat lah kawah
Langkah 6 : Tabur batu di tebing kawah
Langkah 7 : Isi air sampai hampir limpah kawah dan biarkan 10 min untuk resapan.
Langkah 8 : Anda akan rasa tebing tu sangat lembut..sangat mudah dan ringan..tarik dan ratakan je..sambil tarik akan rata dengan sendiri
Langkah 9 : Ratakan lah dengan senduk /trowel simen. pastikan air tak bertakung. Done
Ini adalah layer konkrit kasar yer..licin tak DIy lagi.
Sumber : Ahmad Saif
ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club