Bagi rumah teres kebiasaannya akan ada ruang tanah 3 kaki atau 5 kaki di dalam pagar, dan kebiasaanya akan dijadikan ruang untuk bercucuk tanam seperti serai, kunyit dan sebagainya.
Pun begitu ada juga yang lebih selesa untuk simen sahaja bahagian tersebut agar lebih kemas dan tidak terbiar begitu sahaja dengan ditumbuhi rumput atau pun lalang.
Memandangkan ruang pun tidak luas mana, ada juga antara kita akan melakukan DIY menyimen sendiri agar dapat berjimat.
Untuk anda yang pertama kali melakukan kerja tersebut, bolehlah jadikan panduan daripada perkongsian daripada Ahmad Saif ini. Menurutnya dengan kaedah yang dikongsikan berkenaan cara untuk membancuh simen akan menjadi kerja-kerja menyimen lebih mudah dilakukan.
Nak tahu detail, ini perkongsiannya.
DIY: Tips melapis lantai konkrit batu mudah (tanpa besi).
Saja nak berkongsi tips konkrit simen mudah, tak sakit pinggang, ringan. Saya buat dengan anak saudara (budak darjah 6 je), dia yang gaul simen dan ratakan, selamber je.
Ratio konkrit:
1 beg simen
2½ kereta sorong pasir
1 kerata sorong batu
Langkah 1 : Letak simen atas bukit pasir
Langkah 2 : Pecahkan beg simen
Langkah 3 : Cedok pindah ke sebelah..cedok bahagian bawah agar mudah simen dan pasir cepat bercampur.
Ads
Langkah 4 : Pindah sekali lagi, cedok bawah
Langkah 5 : Dah sekata pun, buat lah kawah
Ads
Langkah 6 : Tabur batu di tebing kawah
Langkah 7 : Isi air sampai hampir limpah kawah dan biarkan 10 min untuk resapan.
Langkah 8 : Anda akan rasa tebing tu sangat lembut..sangat mudah dan ringan..tarik dan ratakan je..sambil tarik akan rata dengan sendiri
Langkah 9 : Ratakan lah dengan senduk /trowel simen. pastikan air tak bertakung. Done
Ads
Ini adalah layer konkrit kasar yer..licin tak DIy lagi.
Menyimpan duit untuk membeli emas, bunyinya cukup mudah tapi kalau tak disiplin dan konsisten memang ‘ke laut’ la impian tu kan. Sebenarnya bukan susah pun nak buat, yang penting kena berdisiplin.
Bagi yang nak cuba boleh ikut kaedah yang dikongsikan oleh saudara Akhtar Syamir menerusi laman n facebooknya. Setiap bulan anda konsisten, pasti akan berjaya.
Selamat mencuba! Dah lama nak simpan duit untuk beli emas kan? Cuma selalu tak disiplin dalam menyimpan atau selalu terlupa. Apabila dah beberapa kali terlupa, motivasi pun hilang. Masa itulah ada keperluan lain dan sebagainya. Untuk elakkan benda sebegitu terjadi, di sini saya tunjukkan salah satu cara untuk menyimpan secara automatik menggunakan maybank2u. Sasaran kita ialah RM550, lebih kurang 2 gram emas. Tempoh masa simpanan ialah selama 6 bulan.
Amaun, tempoh masa dan simpanan bulanan boleh anda ubah ikut sasaran dan kemampuan. Saya set untuk 2 gram emas supaya kita boleh nampak dengan jelas arah tuju kita. Goal boleh mula pada bila-bila masa dan boleh ditamatkan pada bila-bila masa. Duit yang disimpan itu hanya diasingkan sahaja dan akan terus dikembalikan ke dalam akaun utama apabila sasaran sudah dicapai atau goal ditamatkan.
Jim kita mula sekarang. Biar maybank2u yang simpankan duit untuk emas kita atau isteri kita. Ikut sahaja langkah yang saya paparkan di bawah. Kongsikan cara ini supaya lebih ramai orang dapat menyimpan untuk membeli emas.
Cara ini juga boleh digunakan untuk beli benda lain, tak semestinya emas. Simpan untuk beli telefon ke, sports rim ke, balik raya ke, duit perbelanjaan sekolah bukak ke dan macam-macam lagi. Bagus kan? Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa. Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi. ️http://t.me/broohsemfans️ BroOhsem
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Apabila seorang lelaki yang bertanggungjawab berkahwin. Keutamaan dirinya telah jauh ditolak ke belakang. Apa yang ada pada dirinya menjadi kurang penting. Lebih-lebih lagi apabila insan tersayang bernama isteri menderita sakit.
Pengorbanan seorang suami yang sanggup melakukan apa saja demi isterinya benar-benar meyentuh hati. Inilah yang ditunjukkan oleh seorang lelaki yang beraksi seperti seorang ‘Spiderman’.
Dia dilihat menolak kerusi roda wanita berstatus orang kurang upaya (OKU) di sekitar Georgetown, menarik perhatian orang ramai terutama kanak-kanak. Ada minta mahu bergambar dan tidak kurang menghulurkan sumbangan ikhlas kepada penghibur jalanan itu. Spiderman terbabit, Ahmad Shakirin Mohd Zain, 50, yang juga pelukis jalanan, berkata dia sudah lebih setahun menjadikan kerjaya itu sebagai pekerjaan sambilan meraih pendapatan dan mencari dana bagi merawat isteri, Nur Aznita Mohd Ismail, 37. Sebelum ini, Ahmad Shakirin bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni, Kuala Lumpur manakala isterinya adalah tukang masak di restoran terkenal di ibu kota. “Isteri saya pernah terjatuh di bilik air menyebabkan dia mengalami serangan angin ahmar dan kerana menghidap kencing manis, kaki kanannya terpaksa dipotong daripada lutut ke bawah. “Selepas itu, kami berpindah ke Pulau Pinang dan mencuba nasib mencari rezeki di sini dengan cara ini,” katanya yang menjadikan bilik tumpangan dengan kadar sewa RM55 sehari di tengah bandar raya sebagai tempat berteduh. Ahmad Shakirin berkata, sebelum ini pendapatannya bergantung kepada hasil upah melukis dan menjual lukisan di beberapa lokasi tumpuan pengunjung sekitar ibu kota. Katanya, melihatkan ramai kenalannya mampu meraih wang dengan berpakaian adiwira, dia membeli sut pakaian itu menerusi dalam talian dengan harga RM180. “Sebenarnya kami suka kanak-kanak namun belum mempunyai rezeki cahaya mata dan dengan cara ini dapatlah kami menghiburkan kanak-kanak itu. “Selain sebagai terapi diri, kami berasa gembira apabila dapat berdamping dengan kanak-kanak dan berharap orang ramai mendoakan kesejahteraan saya serta isteri,” katanya. Ahmad Shakirin berkata, bukanlah maksudnya untuk meminta-minta, tetapi mereka pernah menerima sumbangan sebanyak 20 sen selepas diminta beraksi Spiderman dan bergambar dan dia tetap menerima sumbangan itu kerana paling penting ialah keikhlasan si pemberi. Katanya, mujurlah pemilik bilik tumpangan disewa mereka memahami keadaan suami isteri berkenaan. “Selepas isteri sembuh nanti, dia bercadang mahu menjana pendapatan dengan menjual makanan berikutan kepakarannya dalam menyediakan pelbagai jenis masakan,” katanya.
Kredit: Harian Metro via: Penang Kini
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebelum ini tular video yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang gigih menabung selama setahun demi untuk melangsungkan perkahwinan bersama kekasih hati.
Apa yang lebih mengujakan sepanjang tempoh setahun itu, pemuda tersebut akhirnya berjaya mengumpulkan RM19,000 untuk belanja kahwin.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Shafiq Shaifullah, dia telah berkongsi kenangannya menabung selama setahun bermula dari Januari 2020 sehingga awal tahun 2021 di aplikasi Tik Tok.
Sehubungan dengan itu, ramai yang bertanya tip bagaimana dia dapat lakukannya dan berasa sangat kagum dengan semangat dan disiplin yang ditunjukkan oleh pemuda tersebut.
Turut terpanggil untuk berkongsi kisah kejayaan Shafiq untuk mengumpul duit sebanyak itu dalam tempuh setahun, Dr Azizul Azli berkongsi kisahnya di akaun facebooknya.
Ini perkongsiannya semoga bermanfaat.
NEKAD PEMUDA INI DAPAT RM19K
Pemuda kacak ini, Shafiq Shaifullah buat tabung nekad nak kahwin. Dia guna formula SIMPAN = LEBIH BARU BELANJA .
Gaji bulanan cuma RM1500 sahaja, dia nekad buat simpanan RM1500 setiap bulan bermula 07 Jan 2020.
Duit belanja hidup dia pulun OT dan buat kerja lain. Pendapatan utama dia simpan.
Semangat giler bagus lelaki ini. Memang patut dibuat suami.
Lebih bijak, dia gunakan dan buka Tabung Kawen lepas majlis kahwin.
Maka,
Mereka keluarga baru ada simpanan yang baik untuk memulakan kehidupan lepas kahwin. Kehidupan lepas kahwin lebih utama dari majlis kahwin kawan kawan.
Tahniah bro,
Moga jadi inspirasi buat semua yang lain juga. Jika nak seribu daya akan usaha .
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Lagi video menarik berkenaan pilihan peralatan dapur yang memudahkan kerja kita di dapur. Sila tonton.
Tukar duit raya guna khidmat 'runner', UAI kongsi cara nak elak riba. Meskipun menukar not kertas untuk duit raya menjadi amalan biasa, terdapat situasi tertentu yang boleh membawa kepada riba jika tidak dilakukan dengan betul.