Membaja Tumbuhan Menjalar Di Pagar, Ada Caranya. Begini Dr Ni Buat, Barulah Nampak Hijau & Segar!

Share

Mengilhamkan sebuah landskap kediaman yang hijau dan segar mata memandang, tentu menjadi antara perkara yang ingin direalisasikan oleh ramai antara kita.

Selain dengan perletakkan pokok-pokok bunga di dalam pasu mahupun ditanam terus di atas tanah, tidak kurang juga ada antara kita akan menanam pokok menjalar di bahagian dinding pagar untuk kesan yang lebih ketara.

Untuk yang baru ingin mencuba menanam pokok jenis ini, ada baiknya kita baca perkongsian daripada Dr. Kamarul Ariffin, yang mana telah pun menanam pokok menjalar di bahagian pagaran rumahnya sejak 3 tahun yang lalu.

Hasilnya, landskap lamannya terlihat cukup indah, cantik dan sekali gus bolehlah menjadi terapi mata yang cukup menyegarkan.

Jom baca perkongsian ini.


Membaja tumbuhan menjalar di pagar rumah. Tumbuhan ni buat rumah nampak segar dan damai.

Tumbuhan ni jenis ficus pumila (fig), boleh dibeli di kedai semaian(nursery).

Harga sekitar RM5-10 satu pokok. Saya tanam jarak 2-3 kaki antara satu sama lain. 3 tahun baru penuh menjalar memenuhi pagar.

 

Tip penjagaan pokok fig

Tak susah jaga. Siram 2 hari sekali, trim setiap minggu dan saya gunakan hampas kopi untuk baja.

Tak tahulah bagus ke tak bagus. Hampas kopi ni terkumpul dari kopi yang kami minum harian.

 

Ini anak saya sedang letak baja di akar pokok. Batang pokok ni sebesar ibu jari.

 

Ekstra tip :

Jika tidak trim(pangkas), sulur dia akan menjulur keluar. Jadi macam dalam gambar ni, tak kemas.

Kena trim dia hanya di permukaan tembok pagar.

Trim guna pruner(pemangkas) yang
macam gunting tu je. Sulur dia tak
keras sangat.

Pandangan penuh tembok pagar yang dilitupi ficus pumila. Pokok ni ada buah. Buah dia sama macam buah fig.

Saya tak pernah lagi makan buah dia
walaupun ada tumbuh. Tak tahu boleh makan ke tak.

Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan