Umumnya kesuburan tanaman bergantung pada 3 perkara asas iaitu jenis baja, cara membaja dan masa pembajaan.
Pun begitu, bagi kita yang baru mempunyai minat menanam tentunya hal membaja tidak begitu pakar.
Jadi untuk pastikan tanamam pasu hidup subur, ayuh kita pelajari teknik asas membaja. Semoga ianya sedikit sebanyak dapat memberi manfaat bersama.
Tips untuk beginner panduan membaja untuk pokok dalam pasu atau bekas.
Perkongsian tips ini adalah umum. Boleh dijadikan rujukan untuk beginner. Masa saya mula-mula dahulu tertanya-tanya jugak.
Macam mana nak baja?
Berapa banyak baja nak guna?
Bila nak baja?
Berapa kerap nak baja?
Pokok boleh baja selepas 2 minggu atau lebih selepas tanam. Kalau semai biji benih boleh mula membaja selepas daun 4 hingga ke 5 helai. Ini adalah panduan umum. Bergantung kepada keadaan pokok.
Langkah 1:
Gemburkan tanah. Tanah akan menjadi padat selepas disiram air. Kita nak longgar tanah bertujuan baja yang ditabur mudah menyerap ke dalam tanah.
Langkah 2:
Ambil baja dalam 1 sudu ke 2 sudu bergantung kepada usia pokok. Kalau pokok muda boleh separuh sudu. Jika tidak mempunyai rujukan pada baja yang dibeli. Kadang-kadang beli baja tak ada label yang loose pack.
Sebaiknya ikut panduan aturan pembajaan yang tertera pada peket baja.
Langkah 3:
Tabur sekeliling pasu jauh dari pangkal pokok untuk elak batang pokok lecur terkena baja. Mengalak akar bercambah.
Langkah 4:
Siram air secukupnya selepas membaja. Tanah media yang baik, airnya tidak bertakung.
Sambil membaja bolehlah berselawat.
Ulang pembajaan 2 minggu sekali. Jika nampak sesuatu tidak kena pada pokok selepas pembajaan boleh kurang kuantiti baja.
Kalau tinja Ayam yang jenis pallet dia jenis baja slow release. Boleh tabur semula selepas baja hancur dan serap ke dalam tanah.
Moga-moga panduan umum untuk beginner ini boleh dijadilan rujukan. Selamat bercucuk tanam.
sumber : Mohd Azrin Roselan