
Rahsia setiap tanaman yang ditanam hidup subur, ianya tidak sekadar disiram setiap hari malah perlu dibaja.
Jadi bagaimanakah caranya dan apakah pilihan baja yang paling mudah dan bagus untuk tanaman nanas?
Andai ragu dan tidak jelas dengan hal ini, apa kata kita dengar penjelasan daripada perkongsian ini.
Assalam ….Helloo …Allamak tuan malam-malam pulak saya nak tunjuk cara-cara membaja … ( membaja cara saya lah ..)
Baja kopi tu semanggkok Soya bean … boh dalam Baldi sampah merah or hitam tu …boh air sikit rendam dulu sampai hancur jadi air …
Masuk dalam botol …tebuk lah penutup dia ..pancut le panggkal pokok …
2 or 3 minggu sekali ….panjut keliling pokok ..jangan le sampai habeh pulak sebotol …agak-agak le …
Selamat membaja cara saya …dan selamat Berkebun D Rumah ..
sumber : Halim Waghih via Berkebun D Rumah
Boleh Bertutur Dalam 7 Bahasa, Pemuda Ini Sebar Ilmu Dengan Cover Lagu, Tak Sangka Penyanyi Asal Ajak Kolaborasi

Bermula dengan suka-suka, akhirnya siapa sangka membawa tuah pada pemuda bernama Azrey Hendery ini.
Dia yang selalu memuat naik video kemahirannya bertutur dalam tujuh bahasa di laman sosial tidak menyangka telah mencuri perhatian ramai.
Kata Azrey, selain sekadar suka-suka, dia juga mahu mengajak orang ramai untuk mempelajari bahasa asing selain ingin menggunakan kemahirannya itu untuk disebarkan kepada masyarakat.
Bermula daripada pertuturan biasa, Azrey telah mencuba kaedah baharu untuk menarik minat orang ramai dalam mempelajari bahasa asing menerusi ‘cover’ lagu.
“Saya start cover lagu dengan bahasa asing sejak tahun lepas sebab ada yang request. Jadi saya cuba lagu Better Me dendangan penyanyi dari Kanada, Lexnour.
“Tak sangka, video itu dapat capai satu juta jumlah tontonan dekat TikTok. Kemudian ada ramai tag beliau dan beliau perasan. Penyanyi itu repost lagu saya dan apa yang mengejutkan, dia DM saya untuk ajak buat kolaborasi.
[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian
[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar
“Saya juga sempat menemubual beliau sendiri… ia satu pengalaman yang sangat berharga.
“Tak sangka, suka-suka cover lagu buat sebagai hiburan saja. Sebab ada antara kita kalau membaca, kurang faham sebaliknya lebih suka dengar lagu untuk senang ‘tangkap’.
Jadi melalui lagu, orang lagi berminat untuk belajar bahasa asing.
“Setakat ini saya dah cover lima lagu dalam bahasa asing dan meraih jumlah tontonan 2.4 juta di TikTok. Sampai sekarang pun saya dapat banyak request untuk cover lagu tapi terpaksa ‘slow’ sedikit kerana kekangan masa memandangkan saya perlu tumpukan kepada kuliah,” ujarnya yang kini berada di tahun akhir jurusan penyiaran.
Sepanjang berkecimpung sebagai ‘language creator’ di media sosial, Azrey yang berkemahiran menguasai bahasa termasuk Jepun, Rusia, Sepanyol, Mandarin dan Inggeris berkata dia tidak sangka kemahirannya itu membawanya ke tahap yang sangat tidak disangka-sangka.
“Saya tidak pernah mengikuti kelas bahasa asing secara formal… semuanya belajar sendiri menerusi filem dan program di televisyen.
“Justeru apabila content saya mendapat perhatian, saya sangat bersyukur. Apa yang boleh saya kongsikan, kemahiran ini membuatkan saya mendapat jemputan daripada pelbagai pihak termasuk stesen radio dan universiti swasta untuk membuat perkongsian. Ada yang terpaksa ditolak kerana kekangan waktu.
“Paling terharu dan gembira, ada parents yang DM cakap anak mereka suka bahasa asing lepas tengok TikTok saya.
“Selain itu, ramai sangat DM sanggup bayar jadi guru mereka serta request buat kelas. Namun saya tak dapat penuhi dek kekangan waktu, sumber dan tenaga. InsyaAllah, mana tahu satu hari nanti kalau ada rezeki, mengapa tidak?
“Apapun saya bangga kerana secara tak langsung, content saya boleh bantu anak muda. Terharu juga sebab ramai yang appreciate. Ia juga menjadikan saya lebih bersemangat,” ujarnya yang kini mahu menguasai bahasa Korea dan Itali.
Mahasiswa berusia 21 tahun ini dalam pada itu sempat menitipkan pesanan buat anak muda, khususnya mereka yang mahu berkecimpung sebagai pencipta kandungan (content creator) di media sosial.
“Dunia media sangat luas, apa yang nak paparkan pastikan ia sesuatu yang berguna dan menghiburkan. Boleh jadi viewer kita pelbagai lapisan umur.
Azrey turut berpesan agar sesiapa yang ingin melakukan sesuatu agar jangan malu untuk memulakan, tapi malulah jika tidak memulakan.
[TIP KEWANGAN]
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Anak Malaysia Cemerlang, Tercalon Dalam Sigma Xi Untuk Duduk Sebaris Dengan Albert Einstein!

Tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini selagi ada usaha, kerja keras dan doa yang berterusan untuk mencapai kejayaan di dalam apa sekali bidang.
Ini dibuktikan sendiri oleh Ainil Asyikin binti Norazman atas kecemerlangan mengukir nama di peringkat antarabangsa apabila namanya telah dicalonkan untuk berada dalam Sigma Xi, salah sebuah pertubuhan professional antarabangsa yang terlibat dalam pelbagai displin kajian sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Apa yang pasti bukan calang-calang orang boleh tercalon untuk berada dalam pertubuhan tersebut, dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa ini telah membuktikannya. Pastinya seluruh ahli keluarganya berasa bangga atas pencapaian tersebut malah rakyat Malaysia juga tumpang merasainya.
Mencipta Kecemerlangan
Menerusi info yang dikongsikan, Ainil merupakan pelajar cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat keputusan 9A+.
Kemduian meneruskan mencipta kecemerlangan dalam pembelajaran, Ainil mengikuti pengajian hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal bermula Ogos 2017 di Princeton University, New Jersey yang merupakan salah sebuah Universiti dalam Ivy League.
Kecemerlangan Ainil tidak bermula di sini sahaja, malah anak muda ini merupakan bekas pelajar MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan (Sesi 2014) dan penerima Anugerah Biasiswa Perdana yang melayakkan Ainil membuat persediaan ke luar negara di bawah United World College bertempat di IB World School, Las Vegas, New Mexico.
Menang USD$2,000.00
Seiring dengan penganugerahan yang diterima atas kecemerlangan tempat pertama dan melayakkan beliau menerima “The Donald Janssen Dike Award for Excellence in Undergraduate Research” serta wang tunai berjumlah USD$2,000.00 atas kajian beliau bertajuk “Automated Defect Detection: An end-to-end pipeline from data to deployment”.
Dalam satu siaran yang dimuatnaik di laman Facebook MARA USA, terdapat lebih 200 penerima anugerah Nobel dunia merupakan ahli kepada Sigma Xi seperti Albert Einstein (Theory of Relativity), Enrico Fermi (Creator 1st Nuclear Reactor), Linus Pualing (American Biochemist), Francis Crick (DNA molecular biologist), James Watson (Geneticist) dan John Goodenough (Scientist).
Harapan & Doa Ayah
Manakala meninjau di Facebook milik Norazman Mahamood iaitu merupakan ayah kepada Ainil, terdapat satu hantaran terlihat cukup menarik perhatian mengenai status yang dimuatnaik olehnya.

Sumber : MARA USA & Facebook Norazman Mahamood
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Wanita Kongsi DIY Loteng Rumah Jadi Bilik & Ruang Belajar. Simple Deko Tapi Cantik, Kemas & Praktikal!

Ada antara rumah yang direka dengn siling meninggi untuk nampak lebih luas. Ruang tersebut dijadikan loteng bagi menyimpan barang mahupun tempat istirehat atau maianan untuk anak-anak.
Bagi puan Atam Ayu menerusi page #kemasrumahwithhani berkongsi hasil mengubahsuai dan mendeko ruangan loteng untuk dijadikan bilik dan ruang belajar.
Menarik hasilnya, nampak kemas serta cukup luas. Praktikal untuk keselesaan anak-anak belajar dan tidur.


Alhamdullilah diberi sedikit rezki untuk buat loteng di bilik kedua
Seperti semua perumahan zaman sekarang.. rumah teres tengah kebanyakan bilik tinggi² silingnya
Rumah maktam 2 buah bilik patern sama..jadi 2-2 bilik maktam buat loteng
Maktam share bilik pertama dulu
Walau belum siap sepenuhnya lagi… Tapak tangga belum di pasang
Nak juga mengemas sebab dah 2 minggu duduk dalam rumah tak terurus 😂
So bilik ni bahagian atas buat tempat tido+ mainanBawah buat bilik belajar
Kos bilik ni : 2800
#atamshouse
#loteng
#lotengrumahteres
#lotengbajet
#dekoloteng
ARTIKEL MENARIK: Rupanya Ada Tempat Letak Pewangi Dengan Betul, Barulah Satu Kereta Berbau Harum. Ini Caranya!
ARTIKEL POPULAR: “Kemas, Cantik & Kreatif.” Suami Siapkan ‘Kitchen Island’ Guna C Channel, Buat isteri Tersenyum Lebar Impian Dah Tercapai!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club