Daun kari sememangnya menjadi elemen penting jika menyediakan masakan kari untuk keluarga. Dan alangkah mudahnya jika daun kari tersebut hanya dipetik di laman rumah setiap kali ingin digunakan.
Pun begitu andai anda sekeluarga adalah penggemar masakan kari, tentunya mahukan pokok kari yang ditanam berdaun lebat.
Ada beberapa petua boleh dilakukan tanpa menggunakan modal. Contohnya seperti menyiram tanaman dengan air basuhan beras.Cara ini dikatakan berkesan dan ada lagi satu petua lain juga boleh dipraktikkan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita ini hingga menjadikan pokok kari yang ditanam di dalam pasu berdaun lebat dan hidup subur.
Nak tahu caranya, jom kita baca perkongsian daripada wanita ini.
“Ni cara saya membaja pokok kari saya di dalam pasu. Menggunakan perut ikan. Juga boleh buat pada pokok2 lain juga.”
Ads
Step 1
Ambil perut isi ikan.
Step 2
Korek tanah dalam sedikit dan tanamkan isi perut ikan tadi.
Ads
Step 3
Timbus perut ikan dengan tanah dan pastikan tertutup sempurna. Ini penting untuk elakkan berbau.
Ads
Step 4
Sudah siap. Biarkan sahaja dan siram seperti biasa, dengan sedirinya perut ikan tersebut menjadi baja untuk pokok kari ini.
Buat penggemar aiskrim Baskin Robbin, mesti susah teringin nak makan, nak nak lagi cuaca panas begini. Nak beli agak mahal harganya, apa kata buat je sendiri. Lebih jimat dan anak-anak boleh makan sebanyak yang diingini.
Resipi ini dikongsikan oleh Puan Ameera. Selamat mencuba!
Aiskrim Baskin Robbin ❤️
Ibu share lagi resipi 3 bahan termudah!
Bahan-bahan:
Whipping cream 2 kotak kecil
Milo 4 sudu besar
Susu pekat setengah tin
Cara membuat:
Tidak perlu letak air.
Terus blender semua. Dah blend masuk terus dalam tapawe.
Masuk dalam peti ais bahagian keras beku selama 4 jam.
Dah jadi aiskrim ibu. Baskin robbin buatan sendiri, walahhhhh!Tak percaya? Try la buat. Sumpah sedap.
Gelagat anak Fizo Omar sering mengundang perhatian netizen. Dengan loghatnya yang bersahaja membuatkan ramai terhibur. Terbaru, Fizo Omar memuat naik sepotong video ketika mengambil anaknya meraih perhatian ramai.
Maryam atau nama sebenarnya Wan Maryam bertubi-tubi bertanyakan soalan buat ayahnya.
Lagaknya tak ubah seperti pegawai penyiasat, namun wajahnya teruja tatkala melihat kehadiran ayahnya. Cukup comel dan petah bercakap.
Bila cik yam jumpa daddy! Cer dgr cik yam cakap ape kat daddy.
Gelagat bersahaja dua beranak ini mengundang perhatian warganet.
Untuk rekod, fizo mendirikan rumah tangga bersama Mawar Karim namun jodoh pasangan ini tidak panjang. Mereka mendirikan rumah tangga pada November 2013, sebelum bercerai dengan talak satu pada 10 Julai 2019.
Walaupun sudah berpisah, namun masih tetap berhubung baik demi anak kesayangan mereka ini.
Melegakan batuk selain disarankan doktor perlu makan ubat, tidak salah juga kiranya kita mencuba rawatan alternatif ini dengan mengamalkan makan madu bersama bawang.
Mungkin ada yang belum tahu petua ini, pun begitu menurut perkongsian daripada Mya Ja’amat, petua ini juga telah dishare oleh Dr Rizal Abu Bakar.
Untuk itu, ketahui bagaimana cara penyediaan ramuan untuk merawat batuk secara alami ini.
UBAT BATUK SEMULAJADI DENGAN BAWANG MERAH DAN MADU SAJA.
Hai uolls. Hari ni sis Mya nak share satu petua untuk hilangkan batuk. At least kurangkan batuk dulu la. Slowly kang dia hilang la. Atas izin Allah.
Petua ni selain dari buku yang sis Mya baca, Dr Rizal Abu Bakar pun pernah share. Beliau kata kalau kita makan ubat batuk dari klinik tu salah satu side efek dia akan menggangu perkembangan otak.
“Pengambilan ubat batuk menyebabkan bahagian otak yang menjadi paksi untuk belajar, membuat keputusan, perancangan dan pengurusan emosi menjadi tidak aktif. ” – Dr Rizal
Pendek kata otak jadi lembab.
Adeh seriau plak iolls baca.
Yang sesekali batuk tu takpe la kan. Yang jenis batuk lama tu kene jaga la. Selain petua petua lain yang sis Mya penah share. Serius ye petua yang ni agak cepat jugak keberkesanan dia. Mungkin serasi kot ngan sis Mya kan. Okay nah nak buat dia senang je.
Cara cara dan bahannya :
1- 1 biji bawang merah – kalo ikut dr Rizal bawang bombay atau holland. Tapi bawang merah pun kira ok la kan.
2- Potong 2, guna sebelah je. Dan leraikan bawang tu. Potong potong boleh.
3- Campurkan 1 atau 2 sudu madu asli. ( sis Mya guna 2 sudu madu)
4 – Biarkan selama sejam atau 2 jam, bagi jus bawang tu keluar.
5- Jus bawang tu akan sebati dengan madu. Nampak lah kan madu tu cam cair cair sikit.
6- Boleh la minum macam ubat batuk. Bantu kurangkan kahak dan batuk. In shaa allah otak kita terjaga sama.
Actually sebelum sis Mya share ni sis Mya dah cuba dulu dalam 2 3 hari ni. Ada sekali tu sis Mya batuk sampai muntah muntah. Sedih tau. Abis keluar segala makanan yang makan sebelum tu.
Elok plak malam tu sis Mya ada bukak telegram Dr Rizal terbaca tips ni. So iolls cuba. Tapi masa sis Mya cuba tu tak sempat pun nak tunggu jus bawang keluar. Sis Mya makan je bawang ngan madu tu terus tawakal la minta Allah kurangkan batuk.
Hehe. Sis Mya pemakan ulam so takde masalah takat makan bawang merah ke bawang putih mentah. Tu iolls kunyah je. Lagipun bawang merah ni manis. Campur plak madu ok je la boleh kunyah dan telan tanpa nasi pun.
Pastu pagi tadi terkedek kedek bukak buku rupanya memang ada petua ni. Dalam buku tu siap boleh campur gula. Tapi sis Mya pilih jalan selamat lah. Madu je.