Bulan puasa ni boleh dikatakan kegunaan dapur ditahap maksimum. Setiap hari, petang dan waktu sahur, ibu-ibu akan menggunakan dapur ini dengan hebatnya. Jika membeli di dapur sekalipun, lauk masih tetap di panaskan dan dapur masih tetap digunakan.
Dengan kegunaan ibu-ibu yang semacam ini, wajarlah ada dapur tambahan atau paling tidak sebuah rak kecil yang berfungsi sepenuhnya. Dapur mudah alih seperti yang dikongsikan ini antara yang wajar kita cuba.
Ia dihasilkan oleh Jeffry Jefisz di facebooknya. Buatannya nampak kukuh dan cukup berkualiti. Paling menarik bukan hanya tahan lasak tetapi juga boleh digerakkan dan mudah alih. Kalau hendak memasak, tarik sahaja rak comel ini dan memasaklah dengan penuh yakin.
Bagaimana Nak Hasilkannya?
Enam langkah mudah untuk buat rak dapur mudah alih pelbagai guna dari kayu pallet, mengikut cara saya. Terpulang kepada idea masing-masing.
1. Dapatkan kayu pallet ( saya guna pine wood).
2. Potong mengikut bentuk kotak-kotak dan paku.
3. Gosok dengan kertas pasir atau mesin ke atas permukaan kayu serta varnis jika mahu.
4. Buatkan tiang kiri dan kanan secara vertical.
5. Screw atau paku kotak pada tiang kiri kanan.
6. Potong dan alaskan rumput tiruan (pilihan).
Sedia untuk digunakan. Selamat mencuba.
Kredit: Jeffry Jefisz