Apabila menjelang hujung minggu, pastinya ibu-ibu mencari resepi untuk menyediakan membuka selera buat ahli keluarga. Apa kata mencuba membuat Puding Karamel. Mudah sangat.
Boleh cuba cara perkongsian puan ini di laman sosialnya نور شفيقه محمد روسلي . Resepinya yang mudah ini, memberikan hasil yang mengkagumkan dengan puding karamel yang gebu.
Jom cuba!
Cubaan Pertama Kali Kita Buat Puding Karamel OMG Sedap Weh !!
Sesuai Sangat Buat Untuk Anak2 Cuti Sekolah Ni . Mini Size Macamni Senang Nak Makan Takde Berebut ,Takde Basi Cepat Sebab Usik2 .. Wajib Cuba
RESEPI PUDING KARAMEL MINI
Ads
UNTUK 20+ CUP YE
BAHAN BLEND / KACAU
6 BIJI TELUR 1 SUDU TEPUNG CUSTARD 1 TSP ESEN VANILA 1 TIN SUSU CAIR 1/3 TIN SUSU PEKAT (NAK MANIS BOLEH TAMBAH) 1 TIN AIR (SUKATAN TIN SUSU)
Ads
GULA HANGUS
20 SUDU GULA PUTIH 3/4 CAWAN AIR
CAIRKAN GULA HINGGA HANGUS , LAGI GELAP LAGI CANTIK TP JANGAN LAMA NANTI PAHIT. API KECIL2. DAH BERTUKAR WARNA , MASUKKAN AIR . THEN LETAK PADA SETIAP BEKAS TADI
Ads
SATUKAN SEMUA BAHAN BASAH . TERPULANG , NAK KACAU DALAM PERIUK ATAU BLEND YE . KALAU BLEND JANGAN LAMA NANTI BERBUIH SANGAT. THEN TUANGKAN DALAM BEKAS YANG DAH DI ISI GULA HANGUS TADI .. KUKUS 20MINIT . SEJUKKAN DALAM PETI AIS.
Cara penyediaan
Tuang Gula Hangus Dalam 1 1/2 Sudu Untuk Setiap Bekas. Kalau Korang Hantu Gula Boleh Tambah Sukatan . Kut2 Nanti Potong Kaki Aku Datang Melawat Lah. Then Sejukkan Sebentar / Letak Tepi . Room Temperature Pun Oke . *Tips – Lapik Bekas Dalam Dulang Berisi Air @ Ais Ketul Supaya Tak Berlubang Bila Isi Air Gula Panas . Bahan Kacau / Blend Tadi Korang Tuang Kemas2 , Yelaa Kita Ni Baka2 Gadis Melayu Terakhir Kena Sopan Sikit . Sikit Pun Oke Dari Takde . Aku Tutup Dulu Sebab Nak Kukus Nanti Take Turn Kan , Kang Masuk Lalat , Langau, Bangau Ke Binatang Buas Tak Ke Kuciwaa .
Air Kukus Dah Menggelegak , Susun Elok2 . Because Of Size Puding Aku Cute2 , Aku Pakai Periuk Nasi Jer Sebab Umah Aku Takde Pengukus . Be Kreatif Sikit Jangan Nak Menyusahkan Laki Korang Mintak Macam2 Pastu Sekali Guna Dah Susun Dalam Gerobok Sampai Next Year Berhabuk Ni Aku Kukus Dalam 15 – 20 Minit Sahaja . Lepastu Sejukkan Dalam Peti Ais . *Tips Nak Jaga Air Kukus Dari Menitis , Korang Ikat Penutup Periuk Dengan Kain Tuala Eh .
Tadaaaaaaaa !! Hasilnya Lepas Sejukkan Dalam Peti Ais Cantik dan gebu.
SEDIA DIHIDANG
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa yang tak rindu, bila adik kesayangan dan yang paling bongsu pergi buat selama-lamanya. Hanya barang-barang tinggalan arwah yang jadi peneman, pengubat kerinduan.
Pasti anda ingat lagi kisah Allahyarham Prebet Iman yang meninggal dunia akibat stok haba dan kegagalan fungsi organ selepas dilaporkan rebah ketika menjalani latihan ketenteraan iaitu kursus orientasi asas komando pada 19 September tahun lalu.
Setelah lima bulan, kakak kepada Allahyarham Prebet Iman telah menemui satu nota yang penuh dengan tanda tanya. Ianya ditulis sendiri oleh Allahyarham di dalam diarinya.
Menurut kakak kepada Allahyarham Prebet Iman, Noorzihansafira Arbain, dek kerana peresaan rindu yang menebal terhadap adiknya itu, dia kuatkan diri untuk menyelak helaian demi helaian bagi membaca catatan diari adiknya, Muhamad Iman walaupun sebenarnya diari itu telah lama ditemui.
Pembacaannya terhenti pada satu nota ini yang sangat menimbulkan tanda tanya lebih-lebih lagi, Allahyarham Prebet Iman tidak pernah bercerita apa-apa mengenainya.
Ia benar-benar mengejutkan si kakak sementelah kematian mengejut adiknya sebelum ini memberi pelbagai tanda tanya.
‘Baru-baru ini aku ketuk pintu bilik jurulatih. Ketuk, hentak kaki dan bagi salam. Selesai semua, aku buka pintu. (Jurulatih) kata aku kurang ajar ketuk pintu tak bagi salam, dan terus buka.’
Begitulah luahan Allahyarham Prebet Iman menerusi catatan diari itu.
‘Aku kena hukum, kepala aku dihayun oleh jurulatih banyak kali sampai pintu pecah. Dahi aku pun luka, ujian buat diriku,” tulisnya lagi.
Namun kata Zihan, coretan tulisan tangan itu tidak dinyatakan tarikh dan masa kejadian itu berlaku.
“Sebelum ini, saya buka macam tu je, tak tengok secara terperinci. Baru-baru ini baru tergerak hati nak tengok sebab rindu sangat kat dia.
“Saya buka dan baca satu demi satu muka surat, kebanyakannya yang ditulis ialah tentang rutin arwah iaitu apa aktiviti yang dia buat. Bagaimanapun saya benar-benar terkejut apabila saya terbaca satu luahannya pada bahagian tengah,” katanya
Wanita berusia 31 tahun itu berkata, kejadian tersebut mungkin didakwa berlaku pada 2021 ketika arwah menjalani latihan sebelum bergelar prebet.
Sebagai kakak, dia tidak dapat menyembunyikan kesedihannya ketika membaca luahan adiknya.
“Saya terbayangkan situasi yang berlaku, terbayangkan dia memang tak akan melawan… sebab apabila ayah marah pun, dia tak akan melawan.
“Terutamanya part dia tulis ‘ujian untuk aku’, bermakna dia reda. Saya berlinang air mata kerana rasa sedih dan sakit hati,” ujarnya yang turut menegaskan bahawa luahan di dalam diari tersebut tiada kaitan dengan kematian adiknya lima bulan lalu itu.
Antara lain kandungan diari Allahyarham Prebet Iman yang memperuntukan gaji bulanan untuk mengembirakan ahli keluarga.
Menurut Zihan lagi, dia menegaskan bahawa perkongsian mengenai diari adiknya sekadar untuk memberi kesedaran kepada semua pihak.
“Kesedaran apabila seseorang jurulatih itu diberikan tanggungjawab, dia seharusnya memikul amanah itu sebaik-baiknya.
Dalam diari tu dia juga sebut tentang impian setelah tamat latihan… tapi tak kesampaian.
“Setiap latihan kena telus. Kita tak mahu budaya ragging berlaku dalam mana-mana badan beruniform mahupun asrama.
“Jangan gunakan pangkat untuk menunjukkan diri ada kuasa, menindas orang yang berada di bawah. Jangan melakukan sesuatu yang melampaui batas,” katanya dengan nada sebak.
Dalam pada itu, Zihan memberitahu dia tidak menyangka kekuatannya untuk membaca diari arwah adiknya turut menemukan luahan lain yang menyentuh hati.
“Dalam diari tu dia juga sebut tentang impian dia setelah tamat latihan. Tapi tak kesampaian seperti nak hias dan ubah suai biliknya sendiri.
“Ini termasuklah kiraan bajet dia nak bagi duit kat ayah, adik-beradik dan anak-anak saudara.
“Tapi syukur ada juga pencennya yang ditinggalkan untuk ayah,” katanya yang merancang untuk menyambung hasrat arwah adiknya dengan mengubah suai bilik tidur di rumah bapa mereka di Rawang, Selangor.
Kediaman yang selesa idaman semua orang. Lantaran itu ramai yang sanggup memperuntukkan bajet untuk memastikan ruang kediaman sedap mata memandang.
Namun menghias rumah bukan bahagian dalam sahaja tetapi diluar rumah seperti anjung rumah.
Ia boleh dijadikan ruang kedua untuk meraikan tetamu yang datang serta memberi privasi untuk bersantai.
Sebagaimana perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif ini sungguh inspirasi! Ruang Anjung yang tampil cantik, kemas dan elegant!
Cita citanya nak buat ruang tamu kat luar rumah aje .
Jadi bila ada member datang sembang raya boleh sembang kat luar aje dengan selesa.
Anak-anak kecil yang datang boleh la bermain disekitarnya dengan lebih bebas. Adab orang lama ..yang melayan anak-anak tu pun anak-anak tuan rumah juga.
Macam rumah orang lama ..ada anjung tempat terima tetamu. So kita kena modified ikut perubahan zaman pada rumah teres.
Jadi boleh lah mengekalkan privasi rumah sendiri dalam kerangka budaya tempatan.
Selalunya yang tetamu wanita mungkin akan dilayan didalam ruang tamu dalam rumah.
Bukan apa terkenang budaya lama yang lebih sopan dan menjaga tatasusila pergaulan.
Jadi segalanya terjaga … selamat sikit dunia dan akhirat.
Enam tahun melayari bahtera rumah tangga, pelakon kacak Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin atau nama sebenarnya , Nurinafilah Waharudin tidak pernah berhenti berdoa yang suatu hari nanti bakal menyusul tangisan bayi dalam kehidupan mereka berdua.
Akui Izzue atau pemilik nama sebenar, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 29, mereka suami isteri tak pernah tertekan apabila sering diajukan soalan mengenai anak.
“Memang lumrah, setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan cahaya mata. Kata orang anak adalah pengikat kasih sayang suami isteri. Begitu juga dengan kami berdua. Tapi soal nak dapatkan anak, itu semua kita hanya boleh rancang yang menentukan adalah Tuhan. Memang saya akui kesibukan antara punca kami sukar untuk mendapatkan anak.
“Walaupun sebelum ini saya ada katakan tahun 2019 kami cuba untuk merancang dapat anak. Tetapi sehingga kini, saya belum ada masa lagi untuk berjumpa doktor bagi membuat pemeriksaan dan lihat apa masalah kami.
“Tapi saya bersyukur Tuhan tak bagi rezeki anak buat masa sekarang tapi dia bagi saya rezeki kerja. Kalau saya tolak, ibarat saya tolak rezeki. Jadi saya ambik positif dan kerja macam biasa. Kalau ada rezeki datang saya terima seadanya dan bersyukur dengan rezeki yang ada.
Dalam masa yang sama, akui Izzue dan dan Awin tidak berputus ada untuk terus berusaha. Dalam reda menerima ketentuan Tuhan dan percaya soal rezeki dari Allah, kedua-duanya yakin rezeki untuk menimang cahaya mata pasti akan tiba jua.
“Cuma kekangan masa yang membatasi kami ke arah itu. Memang ramai yang bagi cadangan buat itu ini, jumpa pakar, bidan sebagainya. Malah ada yang DM di twitter , instagram dan facebook. Mereka bagi tip, cadangkan tempat mana yang okey dan tak kurang juga yang suruh ambil produk itu ini yang kononnya boleh membantu kami.
“Tapi bila disuruh macam tu kita tak berapa nak yakin dan dalam masa yang sama tak sempat. Mungkin apa yang dicadangkan itu betul tetapi kita tak yakin takut kena tipu dan sebagainya,” jelas Izzue lagi.
Beliau ditemui dalam satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan selebriti anjuran Watie Collection baru-baru ini.
Ditanya sebagai suami cara dia menasihati isteri bila menyebut soal zuriat, jelas Izzue mereka sama-sama saling menasihati.
“Memang tak dinafikan, kalau bab anak isteri lebih tertekan berbanding lelaki. Namun, kami suami isteri lebih bersikap positif. Enam tahun kami berkahwin, macam-macam orang cakap tentang kami. Izue itu ini, Awin begitu begini, tapi kami anggap ini adalah rezeki. Mungkin belum rezeki kami untuk menimang cahaya mata.
“Kami positif dan walaupun orang cakap macam-macam kami okey sahaja. Yang penting, kami buat kerja sendiri dan tak peduli dengan kata-kata negatif dari netizen. Kami lebih suka dengar orang bagi pandangan dan nasihat. Daripada ambil port dan layan benda-benda tak berfaedah.
“Lagipun, kami sama-sama faham dengan kesibukan kerja dan tahu masa kami berdua begitu terhad. Jadi,sebolehnya kami akan ‘curi masa’ untuk berdua. Selain itu, kami juga menjaga bab pemakanan dan sebagainya. Malah, keluarga selalu nasihat kena jaga bab-bab makan dan jangan kerja terlalu berat.
Soal sambut raya rasanya tahun ini tak lama cuti. Awalnya nak seminggu cuti tapi nampak macam bakal dipendekkan, mungkin hanya 3-4 hari sahaja memandangkan sudah ada tawaran kerja.
“seperti yang saya katakan tadi, memang rezeki yang datang tu kita tak boleh nak tolak. Sementara orang nak bagi, kita ambil. Famili kami faham akan situasi kerja jadi tak ada sebarang masalah tentang itu,” ungkap Izzue lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...