Memang Tak Disangka Ada 10 Kegunaan Lain Ubat Gigi Yang Ibu Patut Tahu.

Share

Ubat gigi umumnya kita gunakan setiap hari untuk memberus gigi dan boleh dikatakan sedari usia 2 atau 3 tahun sudah diajar akan rutin memberus gigi untuk tujuan penjagaan gigi dan memastikan gigi bersih dan putih.

Pun begitu, mungkin ramai belum tahu kegunaan dan manfaat yang boleh kita dapati apabila menggunakan ubat gigi dalam kehidupan harian. Bayangkan dengan ubat gigi juga boleh memberi kesan yang cukup hebat dan ini antara yang boleh dibuat dengan ubat gigi.

AGEN PEMBERSIH

1.Kesan kopi, sabun dan tumpahan air di baju kini boleh dihilangkan dengan ubat gigi.

2.Bersihkan barang kemas dengan cara calitkan ubat gigi dan gosok hingga bersih. Kesannya dapat dilihat barang kemas lebih bersinar.

3.Jika anak terconteng perabot kayu segera ambil ubat gigi dan sentallah sehingga bersih.

4. Jika anak bujang anda suka kasut snikers. Gunakan ubat gigi untuk buang segala kotoran hitam yang melekat di bahagian getah di tepi kasut.

5. Gula-gula getah melekat di rambut anak? Ohh tidak! Tapi jangan risau nak tanggalkannya guna sahaja ubat gigi dan berus gigi saja.

6. Kilatkan hiasan dan barangan perak anda dengan ubat gigi. Bersih berkilat.

7. Ini paling tak disangka-sangka. Skrin iPhone atau smartphone anda bercalar dan kotor boleh hilangkan saja dengan ubat gigi.

8. Buang kesan kotor pada kain langsir jenis nipis dan lace memang sukar. Nak sental kuat-kuat nanti koyak pula kain tu. Kini selesai dengan ubat gigi.

9. Buang kesan air pada meja kayu. Sental saja dengan ubat gigi.

10. Piano kena conteng? Ubat gigi boleh selesaikan.