Lain orang lain cara dalam membahagiakan yang tersayang, terutamanya ibu yang melahirkan. Mungkin bagi yang berkemampuan, pemberian dari sudut kebendaan menjadi pilihan.
Namun, sebenarnya bukan kekayaan menjadi ukuran, ianya tidak boleh diukur dengan pengorbanan mereka menjaga kita sedari kecil. Malah, orang tua kita juga tidak mengharapkan semua itu, yang nyata hanya doa yang diharapkan untuk menjadi bekalan mereka di akhirat kelak.
Baru-baru ini, pelakon jelita, Anzalna Nasir telah memberi kejutan kepada ibu tercinta dengan menghadiahkan seutas rantai leher yang bernilai RM120,000. Perkara ini dikongsikan sendiri oleh Anzalna di laman Tiktok miliknya di mana ketika itu dia bersama keluarganya hadir di sebuah kedai emas terkemuka dan meluahkan hasrat mahu membeli rantai tersebut untuk ibu tersayang.
Malah, di penghujung perkongsian tersebut jelas kelihatan ibu Anzalna mengenakan rantai tersebut sehingga mengeluarkan air mata gembira kerana gagal menahan sebak.
Rantai yang dibeli oleh Anzalna atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir itu difahamkan mempunyai campuran emas sebanyak lebih 50 gram dan set berlian lebih 12 karat.
@anzalnanasir @HABIB Jewels #FYP ♬ Syurga Di Telapak Kaki Ibu – Aishah
Meninjau di ruangan komen, kejutan yang dibuat oleh Anzalna buat ibu tersayang itu telah membuat orang ramai sebak kerana sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang banyak demi membahagiakan hati insan tersayang.
Ada juga di antara mereka mendoakan yang terbaik buat Anzalna dan menyatakan hasrat mereka supaya suatu hari nanti mereka juga berpeluang untuk membuat perkara yang sama buat bonda mereka sebagai tanda membalas jasa.
Sumber: TikTok @anzalnanasir