Eh, memang sedap pun mengorek tahi telinga dengan putik kapas. Malah ada yang lagi advance menggunakan pengorek besi.
Dua-dua alat ini dikatakan memberi ‘kesedapan’ bila melakukan begitu.
Namun cara ini tanpa kita sedar sebenarnya mengundang bahaya. Deria pendengaran menjadi kurang jelas apabila salurang di dalamnya mengalami jangkitan atau luka.
Nak tahu bagaimana ia bahaya, ikuti nasihat Dr Ezairy M.Sallih, Pakar Telinga, Hidung & Tekak yang sering memberikan maklumat berkaitan dengan kesihatan dan info telinga.
Hmmm.. sedapnyaaa!
Masa mula-mula, masa tengah gatal, memang nikmat. Memang sedap rasanya.
Tetapi, bila dah lama-lama, apabila dah selalu buat… ia akan jadi sakit sangat.
Masa ni, nak rawat memang susah.
Masalah ini kita panggil sebagai ‘Acute otitis externa’.
Salur telinga dah membengkak. Nak pegang cuping telinga pun dah menjerit. Inikan pula nak dicuci dan diletak ubat dalam letak!
Tetapi ia mesti dibuat juga. Maka perlu tahanlah sakit-sesakitnya.
Ini yang berlaku kepada pesakit saya.
Kawan-kawan, sebelum jadi begini, kalian boleh hentikan tabiat ni.
Berikut antara pengalaman netizen melalui kesakitan akibat pengunaan alatan berkenaan. Ada juga yang telah insaf tidak mahu lagi berbuat demikian.
Pengorek telinga besi besi pun bahaya!
Jadi selepas ni, dapatkan nasihat pegawai perubatan dulu sebelum boleh menjejaskan pendengaran telinga.
Dr Ezairy M.Sallih
Kesihatan dan Info Telinga
Pakar Telinga, Hidung & Tekak