Penjagaan kesihatan amat penting untuk kita agar dapat menjalani kehidupan dengan sempurna. Namun, sebaliknya ia akan mengundang pelbagai masalah kesihatan.
Sebagaimana perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad yang terkenal dengan perkongsian kesihatannya di laman facebook miliknya, telah menyenarai masalah kesihatan apabila tidak pemakanan dengan betul.
Beliau mengupas tajuk apabila makanan segera dimakan bersama minuman air bersoda.
Ikuti perkongsiannya.
JANGAN GABUNGKAN MINUM AIR BERSODA DENGAN MAKANAN SEGERA
Ramai yang tidak perasan bahawa minuman yang biasa dijual di restoran makanan segera adalah minuman bersoda. Saya sudah lama tidak membeli di restoran segera. Mungkin lima tahun lepas. Seingat saya pernah minta air mineral tetapi tidak dijual. Saya tidak faham mengapa makanan segera seperti burger harus diambil bersama air bersoda.
.
Kita mungkin tidak mengetahui bahawa menggabungkan makanan segera seperti burger dengan air bersoda adalah sesuatu yang bahaya.
.
Pakar nutrisi mengatakan ia memberikan kesan yang negatif dalam jangka masa yang panjang. Ini kerana kandungan gula dan kalori yang sangat tinggi di dalam kedua-dua makanan ini. Begitu juga dengan kentang goreng yang disediakan. Ia juga memberatkan fungsi hati, ginjal, pankreas dan jantung.
.
Jika diambil sesekali, mungkin kesan negatif itu tidak kelihatan dengan jelas, namun jika diambil setiap hari atau beberapa kali sehari seperti mana amalan di kebanyakan individu di Amerika Syarikat, ia memberikan impak negatif dengan cepat.
.
Gabungan makanan seperti ini juga akan menyebabkan kadar metabolisme akan perlahan, akhirnya ia disimpan sebagai lemak dalam tubuh. Malah ia hanya memberikan rasa kenyang sebentar saja, dan kita kan berasa lapar semula dalam jangka masa yang pendek dan mahu makan semula.
.
Jika teringin sangat mahu makan burger sesekali, ia mungkin elok diambil dengan air kosong atau minuman lain seperti teh dan kopi tanpa gula. Namun begitu saya tidak mengrekomendasi pengambilan sebarang makanan segera.
.
Ada juga beberapa minuman dan makanan yang tidak sesuai digabungkan dengan minuman bersoda. Ia boleh menyebabkan masalah penghadaman.
.
1. SUSU DAN MAKANAN/MINUMAN YANG MENGANDUNGI SUSU
Ia menyebabkan tahap asid dalam perut akan bertambah. Ini akan menyebabkan abdomen kembung, rasa mual, muntah dan rasa pedih ulu hati.
.
2. MAKANAN PEDAS
Ramai yang cuba mengurangkan rasa pedas dengan segera minum air bersoda yang sejuk. Secara tidak sedar kita telah mengabungkan dua makanan dan minuman yang bakal mengganggu penghadaman.
.
3. MEE SEGERA
Ia bersifat asid. Gabungan keduanya akan menyebabkan lebih banyak penghasilan gas karbon dioksida dengan berlebihan di dalam perut. Ini menyebabkan abdomen menjadi tidak selesa dan kembung.
.
4. KOPI
Kopi pun bersifat asid. Gabungan kopi dan air bersoda membuatkan perut kita tak selesa kerana penghasilan karbon dioksida (dari air soda) yang sangat banyak. Jika dihidangkan kopi jarakkan dua jam jika mahu ambil kopi selepas minuma air bersoda.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad