Ketabahan dan kesabaran penyanyi ‘Kalis Rindu’ Erneelya Elyana Emrizal atau lebih dikenali sebagai Elyana dalam melawan kanser limfoma cukup dikagumi ramai. Andai dilihat dari luaran, seakan dia menjalani kehidupan biasa tanpa masalah kesihatan yang kronik. Sering tersenyum, gembira, ceria dan bahagia bersama keluarga tercinta.
Terkini Elyana telah berkongsikan perkembangan terbarunya di mana dia sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.
Dalam entri tersebut, Elyana memberitahu dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari dan juga perlu menjalani proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya yang kini hanya seberat 35 kilogram.
Begitu tabahnya Elyana, dilihat tetap positif dalam mendepani setiap ujian kesihatan yang ditanggungnya walau sedia maklum kanser itu telah merebak ke bahagian lain iaitu rahim, hati dan pada pangkal pahanya.
Hal ini telah mendapat perhatian Neelofa baru-baru ini dimana beliau sebak melihat keadaan terkini Elyana yang berada di hospital untuk menjalani rawatan radioterapi dan Elyana menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram meluahkan rasa teruja apabila menerima hadiah istimewa iaitu koleksi tudung jenama Naelofar milik Neelofa.
Ads
“Saya sangat gembira hari ini. Saya dekat hospital, ceritanya saya bawa satu tudung saja hari itu, tiba-tiba Neelofa bagi saya banyak tudung”
Ads
“Memang rezeki dan sangat bermakna. Terima kasih Neelofa. Saya tak sabar nak lihat koleksi dalam bungkusan ini sambil proses memasukkan susu ke dalam badan,” katanya.
Menerusi video yang dikongsikan, Elyana turut memakai koleksi tudung Naelofar dan mengakui selesa memakainya. Walaupun wajahnya kelihatan sedikit pucat, namun wajahnya tetap ceria menggayakan tudung pemberian Neelofa dan sempat memberikan ucapan doa agar dimurahkan rezeki buat Neelofa.
Hujung minggu ni pasti ibu-ibu mempunyai masa menyediakan hidangan enak untuk makan tengah hari bersama keluarga. Jika bosan dengan gulai, kari atau sambal, boleh cuba pula hidangan yang sedikit istimewa iaitu kerapu kukus asam boi.
Ditambah dengan hirisan tomato dan mangga muda pasti anak dan suami tak sabar untuk menikmatinya.
Bahan-bahan:
1 ekor ikan kerapu (saiz sederhana atau besar) – bersihkan
3 biji asam boi (tanpa warna)
1 sudu makan sos soya cair
1 sudu teh sos ikan
Sedikit minyak bijan (jika suka)
2 inci halia muda – mayang halus
2 batang serai muda – mayang halus
4 ulas bawang putih – cencang halus
4-5 biji cili padi – diketuk
2 biji limau nipis – perah jusnya
Garam secukup rasa (jika perlu)
Daun ketumbar/ daun bawang
Cara membuat:
Bersihkan ikan. Kelar 3 di setiap bahagian.
Di dalam mangkuk, satukan sos soya cair, sos ikan dan sedikit minyak bijan. Gaul sebati dan lumurkan pada ikan.
Kukus ikan sehingga separuh masak.
Tambahkan hirisan halia, serai dan asam boi. Kukus lagi ikan hingga masak.
Tuang jus limau nipis dan sesuaikan rasanya. Jika perlu, tambah sedikit garam. Tambah cili padi.
Tabur daun ketumbar atau daun bawang yang telah dihiris.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Penggemar kopi memang tak boleh nak ‘lari’ dari kebiasaan minum minuman ini. lebih-lebih lagi awal pagi kan, aromanya menusuk ke hidung membuatkan hati rasa tak sabar nak menikmatinya.
Bukan sahaja buat kita jadi segar bertenaga awal hari, bahkan mood pun bertambah baik kan.
Jenis kopi latte antara yang digemari ramai. Kalau asyik membeli je tak syok juga kan. Belajar buat sendiri nak tak. Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Madihah Hamid.
Mengopi jom 🤩🤩Kopi latte ala kampung ketagih.. Air kopi ni jadi ketagihan seisi keluarga saya..hihi
Resepi kopi ketagih :
1- Serbuk kopi (apa2 jenama kopi kampung)
2- Susu kotak @ susu segar apa2 jenama
(Pling sedap meadow, farm fresh, ducthlady)
3- gula melaka
4- air
Cara – caranya:
Masakan kopi.Tunggu sehingga berbuih (gelegak).Biarkan dlm seminit ( dlm keadaan gelegak)Tutup api, tuang dlm jug sambil tapis serbuk kopi, masukkan gula.Panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk.Saya guna jug ini anggaran 1 literCampurkan air kopi (perlu ditapis serbuk kopi) dan susu..sedia untuk di minum.Tuang kan secawan untuk di minum. Selebihnya simpan dalam peti. Lagi lama dalam peti lagi sedap.. saya panggil peram kopi. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar.
Saat mengandung dan bakal melahirkan adalah momen yang paling indah buat seorang wanita. Bukan sahaja bakal bergelar ibu, malah kelahiran si kecil ini dinanti-nantikan bagi setiap wanita yang mendirikan rumah tangga.
Di sebalik keterujaan tersebut pasti terselit rasa gementar, takut dan sebagainya. Apatah lagi, pelbagai kes yang berlaku membabitkan ibu yang bersalin.
Dalam satu perkongsian istimewa dari puan Ika ini, dia menceritakan detik cemas apabila tidak sempat ke hospital dan terpaksa melahirkan anak keempatnya ini di rumah.
Ikuti kisah yang dikongsikannya di laman facebook nya E-car Nazrin.
Kronilogi kelahiran yang rare
7 Ogos 2019 yang lalu Ariz Arshan genap 10 bulan. Alhamdulillah kuat dan sihat, gigi dah 4 batang. Sekarang dah pandai berdiri dan berjalan tolak kerusi.
Yang kelakarnya, dia skip duduk. Dari merangkak terus berdiri.
Sempena Arshan 10 bulan ni, saya terasa nak kongsikan kronologi kelahiran dia yang rare ni.
Nama: ARIZ ARSHAN NAZRIN BIN MOHD NAZRIN
Tarikh: 7 Oktober 2018 (39 minggu)
Masa: 7.28 pagi
Tempat: Ruang tamu rumah
Berat: 2.78kg
Panjang: 47cm
0530am ********** Terjaga tidur sebab anak ke-3, Nia Naqisha menangis nak susu. Saya pun pergi buat susu Nia. Masa ni perut tak ada rasa sakit pun lagi.
0600am ********** Mandi dan solat Subuh
0640am ********** Turun bawah sidai kain. Ada turun dan naik tangga (rumah jenis town house).
0700am ********** Buat air untuk breakfast dan duduk kat meja makan. Mr. Hubby tengah mandi masa ni.
0715am ********** Tengah minum rasa macam ada benda mengeras dan nak terkeluar kat miss V tu. Masa ni saya terfikir contraction baru nak mula kot. Terus rasa kepala baby dah kat bawah sangat dah.
0725am ********** Masa ni tak tahu nak buat apa sangat. Macam blur pun ada. Suruh anak ke-2, Riyfhann panggil Papa dia dalam bilik air.
Saya terus bangun dari kerusi dan duduk bersandar kat dinding dalam posisi mencangkung. Punggung cecah kat lantai. Dua-dua kaki macam posisi mengangkang tu. Pastu tangan dua-dua dok pegang buku lali.
Saat ni memang dah rasa baby dah tak boleh tunggu lagi dah. Kepala baby dah rasa keluar tapi sangkut dekat seluar dalam. Terus jerit kat Mr. Hubby,
“Tarik spender bang!!”
Bila Mr. Hubby tarik seluar dalam dengar dia sebut,
“Allah.. kepala dah……”
(Lepas kejadian Mr. Hubby bagitahu masa ni dia nampak kepala baby dalam kantung ketuban.)
Mr. Hubby bergegas nak ambil kain. Dan tiba-tiba baby terus meluncur keluar dalam kantung ketubannya.
Saya tak teran apa pun dia terus keluar macam tu je tepat jam 0728pagi.
Kelahiran baby disaksikan Papanya, Abang Eiymann dan abang Riyfhann.
Huhu, memang tak sempat nak tutup apa benda sebab berlaku spontan dan cepat sangat.
Kak Naqisha masih tidur masa ni.
Abang-abangnya masing-masing menjerit. Teruja, takut, panik semua ada.
Abang Eiymann tengok kejap dia tutup mata dengan tangan, kejap buka mata. Abang Riyfhann pulak terkaku tengok je. Speechless kot. Haha. Selalu dia lah paling suka tanya itu ini.
Tak tau macam mana mereka berdua ni rasa. Yalah, budak 11tahun dan 6tahun jadi saksi kelahiran adik.
0728am ********** Dalam berapa saat saja kantung ketuban tu pecah sendiri dekat lantai. Saya sempat letak baby dalam penapis besar (macam dalam gambar tu).
Mr. Hubby pegang baby yang bertali pusat dan balut dengan kain lampin. Kemudian dia bagi baby dekat saya pastu terus call ambulans.
Anak sulung, Eiymann terus call maktok dia.
“Maktok..ibu dah keluar baby kat rumah!!”
(Melompat la maktok dia dengar terus bergegas datang rumah).
Pertama kali pegang baby ni tiba-tiba rasa macam panic attack datang. Sambil cium baby meleleh air mata sambil dekat mulut tu sebut “Allah.. Allah.. Nak buat macam mana ni bang”
Dengar Mr. Hubby dok cakap kat handphone (call ambulans),
“Baby nangis..”
“Tak biru..”
“Wife sedar..”
“Darah tak banyak sangat..”
“Uri belum keluar lagi..”
Terus suruh Mr. Hubby tanya boleh susukan baby tak? Takut nak susukan baby sebab risau dalam mulut dia ada apa-apa ke. Tapi nasib baik dia cakap boleh susukan.
So buat pertama kalinya dapat susukan baby dengan keadaan uri masih dalam perut.
Masa ni rasa syahdu sebak semua ada. Subhanallah tak tahu nak explain perasaan tu macam mana. Susukan baby dengan air mata bercucuran mengalir keluar.
Baby keluar bersih, putih kemerahan kulit dia dan tak ada darah melekat pun. Rasa macam mimpi je terberanak dekat rumah.
0745am ********** Mak, Kak Yong sampai kat rumah.. Terkejut mereka berdua tengok tengah terkangkang lagi kat lantai tu sambil susukan baby. Lepas tu jiran sebelah rumah datang tengok.
Masing-masing sebenarnya cemas dan blur tak tahu nak buat apa. Mr. Hubby cari tali rafia untuk ikat tali pusat baby (masa call tadi dia suruh ikat tali pusat).
0750am ********** Tiba-tiba perut rasa sakit. Rasa macam contraction. Terasa nak meneran pulak kali ni (tapi keluar baby tak meneran pun).
Sambil pegang tangan Kak Yong dengan Kak Long (jiran), saya terannnnnn…
Selambak uri keluar dengan darah semua. Kakyong yang sambut uri.
Lepas uri dah keluar baru rasa lega sangat. Mr. Hubby call lagi ambulans tanya bila nak sampai. Dan bagitahu uri dah keluar.
Person yang assist dalam phone tu bagitahu kutip uri letak dalam beg plastik.
Kak Yong ikat tali pusat ngan tali rafia. Kemudian Kak Yong tarik uri slowly masuk dalam beg plastik.
#0800am ********** Masa ni baru teringat baby belum diazankan.. Panggil Mr. Hubby,
“Abang..azan baby”
Punyalah kelam-kabut sampai lupa nak azan baby. Haha.
Dan buat pertama kalinya dapat tengok dan dengar Mr. Hubby azan dan iqamat dekat sangat depan mata. Betul-betul berhadapan kat muka ni. Masa ni masih lagi duduk kat lantai bersandar kat dinding.
0820am ********** Mr. Hubby call lagi ambulans tanya bila nak sampai. Dah 40minit kami semua tunggu.
Mak buat air kopi Radix bagi minum. Dengan biskut sekali. Lega betul dapat minum air panas. Teringat pukul 7am tadi buat air pun tak habis minum sebab dah terberanak dulu.
0840am ********** Ambulans sampai depan rumah dengan 2 nurse. Rupanya ambulans dan nurses dari klinik kesihatan dekat rumah ni je. Dekat je 5minit dari rumah. Tak taulah kenapa datang lambat.
Seorang nurse cek dan pegang baby. Lepas tu seorang lagi nurse cek saya. Nurse tengok uri,
“Eh..tak cukup uri ni.. ada lagi kat dalam.. kena pi hospital sekarang!!”
Nurse punyalah panik takut apa-apa yang buruk berlaku. Bahaya kalau uri lekat kat dalam. Boleh bawa maut.
Nurse cek tekanan darah low pulak (BP: 80/50). Haa..sudah.. rendah sangat lak (memang low BP dari dulu). Bergegas nurse pasang line branula masa dalam ambulans untuk drip air (saline).. Time tu jugak kena drip air sebotol..
Maka berneno-neno-nenolah saya dan baby dalam ambulans ditemani 2 nurses dan driver ambulans je.
Mr. Hubby ikut belakang dengan kereta. Ambulans bawa kami ke Hospital Kajang sebab tu hospital terdekat (plan asal nak beranak kat Hospital Serdang).
Setibanya di hospital, doktor tengok uri dan beritahu dah lengkap semua uri keluar dan tak ada tertinggal pun. Jadi tak perlu nak seluk lagi dah, Alhamdulillah.
*************************************** ALHAMDULILLAH.. Syukur semuanya berjalan lancar. Syukur mudah sangat lahirkan baby Ariz Arshan.
Dulu Mr. Hubby selalu cakap,
“Sayang kalau beranak hari Sabtu/Ahad kan senang abang cuti” (Dalam hati cakap ingat boleh main order suka-suka ke).
Tapi kuasa Allah, baby ikut cakap papa dia. Dia keluar pagi Ahad di saat papa dia ada kat rumah. Tak dapat bayang macam mana la keadaan kalau terberanak hari biasa (Isnin-Jumaat). Ibu dengan kak Naqisha je ada kat rumah, abang-abang sekolah (kak Naqisha dah la special dan istimewa)
Baby ni pun macam tahu je ibu dok susah hati nak beranak kat Hospital Serdang. Dengan parking yang ‘azab’, dengan wad dan labour room yang selalu penuh.
Dengan doktor bagi 8jam je dalam labour room kalau nak #VBAC (Vaginal Birth After Cesarean).
Punyalah susah hati sampai selalu cakap dengan husband / kawan / group,
“Beranak dalam keretalah gini senang..”
Minta beranak dalam kereta, Allah bagi beranak kat rumah terus. Ambikk!
Baby pun tahu dia ada kakak special sorang. Tu nak beranak dia mudah je. Ibu tak sempat nak merasa sakit pun. Tanda pun tak ada, tahu-tahu dah keluar kepala.
Allah memang permudahkan sangat beranak kali ni. Syukur sangat.
Ni saya nak share la tips / amalan sepanjang mengandung ni, kalau-kalau boleh jadi rujukan.
Tu saja… Alhamdulillah semuanya selamat.
Dalam gambar yang paling atas tu fresh ARIZ ARSHAN baru keluar. Tapi gambar dia dalam sarung ketuban tak sempat ambik sebab panik masa mula-mula dia keluar tu.
Dengan tali pusat masih ada dan uri kat dalam perut lagi.
Terima kasih yang tak terhingga pada semua yang terlibat masa hari kejadian terutamanya Mr. Hubby, Mak, Kak Yong, anak-anak, Kak Long, nurses, driverambulans, doktor dan lain-lain.
Semoga ARIZ ARSHAN membesar kuat dan sihat. Semoga jadi anak yang soleh, bijak dan berguna.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di