“Memang Rasa Bimbang, Tetapi Jujurnya Ia Merapatkan Hubungan Kami.” Catriona Ross Tidur Di Sofa bed Demi Jaga Suami Sakit. Sweetnya!

Share

Beberapa hari yang lalu, Pelakon Catriona Ross, 38 memuat naik satu perkongsian mengenai suaminya yang dimasukkan ke hospital dua minggu yang lepas.

Perkongsian tersebut mendapat pujian netizen apabila pelakon tersebut  bersusah-payah menjaga suaminya sepanjang ditahan untuk pemantauan kesihatan akibat demam.

“Sudah dua minggu suami saya dibenarkan pulang dan sihat Alhamdulillah. Kembali bekerja dan menjalani rutin hariannya seperti biasa.

“Saya tidur di sofa bed setiap malam kalaula tiba-tiba dia memerlukan bantuan atau apa-apa dan semestinya jika sakit, kita mahukan orang teman kita kan…

“Ketika dimasukkan ke wad, memang rasa bimbang tetapi jujurnya ia merapatkan hubungan kami dan kami berpeluang untuk berbicara tentang banyak dan macam-macam perkara,” tulisnya di kapsyen.

 

Selain perkongsian tersebut, Catriona turut memuat naik beberapa keping foto sepanjang suaminya, Shaharuddin Mokhtaruddin berada di hospital berkenaan.

Perkongsian tersebut turut mendapat respond  dari pengikutnya yang memuji  dan memberi kata semangat selain mendoakan kesejahteraan pasangan berkenaan.

teemakhul i lost 4kg masa hubs admit 10 hari. tdo di kerusi malas sebelah dia, hari2 i bercakap mcm2, bercerita supaya dia gelak dan respond sbb risau effect accident kalau2 ada jd benda tak elok. 4 hari sebelum discharge i dah kena kerja, ulang alik hospital. masa tu mmg penat, tp skrg almost a year rasa benda tu manis sgt sbb buat kita makin rapat n need each other more

noradiorz Semoga segalanya dipermudahkan utk sis sekeluarga dan diberi kesihatan.

bill_azali_ally Semoga kak cat ,abg shaha,dan anak2 kak sentiasa Allah bgi kesihatan yg baik ,dipermudahkan segala dan sentiasa dlm rahmat Allah aamin

anis.wahidati Alhamdulillah.. Catt teman bole buat teman sembang

normalaman Alhamdulillah …semoga @catrionabrianross n family d beri kesihatan yg baik Dan bahagia slalu

anuraaini Alhamdhlillah. Those special moments….eventough it is odd but it means a lot when it is jusy the two of “us” talking about even the simplest thing bumping into our head. Allah has magical ways in bonding his slaves for more love every day. ❤️

najihah_gayah Moga suami dan @catrionabrianross sihat sentiasa. Sapa tak risau kalau orang yang kita sayang sakit kan.

Sumber: IG catrionabrianross