Mudah, sedap dan simple je cara buatnya. Biskut Peanut Butter, resipi tradisional penuh nostalgia ni sememangnya cukup menjadi pilihan ramai.
Malah, biskut ini cukup digemari ramai. Admin selitkan resepi biskut peanut butter gebu sukatan cawan dari Aisyah My untuk ibu-ibu cuba sendiri.
Biskut peanut butter old school
Resepi biskut peanut butter opah
Bahan-bahan
1 magerin planta ( lebihkn sedikit)
1 cawan gula halus
3 biji kuning telur
1 sdt esen vanilla
2 cawan tepung gandum ( kalo rajin sangai)
2 cawan tepung jagung
1 1/2 botol kecil peanut butter lady choice (200 gm)
Kismis
Cara membuat:
1. Satukan magerin ( 1 cwn dulu) dan gula halus dan pukul dengan senduk kayu hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
4.Masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan hingga adunan lembut ( Bila dipicit tak merekah. Kalau kurang lembut boleh tambah magerin atau peanut butter hingga lembut.Kalau lembik,tambah sedikit tepung gandum.
5. Bentukkan adunan kepada bebola kecil ikut saiz acuan.13 gm sebiji utk acuan saya.
6. Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
7.Bakar pada 180 celcius selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kpd oven.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Susun Sejak PKP & Amalkan Sepanjang Rawatan.” Sembuh Dari Covid-19, Dr Zulkifli Hadiahkan Buku “Inilah Doaku”
Dalam masa yang sama, Datuk Dr Zulkifli turut berbesar hati menghulurkan sedikit sumbangan beserta buku yang dihasilkannya sendiri sebagai kenangan.
Saya tak ada apa-apa nak berikan sebagai buah tangan buat warga Hospital Tuanku Ja’far yang menguruskan saya sepanjang menerima rawatan di sini sehinggalah pulih sepenuhnya hari ini.
Saya doakan semua warga HTJ dimurahkan rezeki, dinaikkan pangkat, dikurniakan keluarga yang memahami, hati yang sabar dan jiwa yang kuat dalam perjuangan ini.
Yakinlah Allah SWT menilai setiap titisan peluh dan air mata anda yang tertumpah demi perjuangan ini.
Harap dengan sedikit sumbangan dari saya, beserta buku “Inilah Doaku” susunan saya, dapatlah ia menjadi kenangan berharga buat anda semua.
Buku “Inilah Doaku” adalah antara buku yang teristimewa di hati saya. Saya mula menyusunnya seawal PKP untuk berkongsi dengan umat Islam, doa-doa yang ma’thur dan sesuai dengan suasana pandemik ini.
Maha Suci Allah yang menggerakkan hati saya untuk menyusun doa ini; akhirnya turut saya amalkan sepanjang berada dalam rawatan COVID-19 di sini.
Boleh muat turun secara percuma mira.gov.my/buku/
Sebelum itu, Datuk Dr Zulkifli memuat naik berkongsi keadaan dirinya yang sembuh dari Covid-19.
Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga Hari Kebangkitan.
Saya telah dibenarkan untuk keluar dari wad pada petang ini kerana telah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات
“Segala puji bagi Allah yang mana dengan nikmatnya sempurna segala kebaikan.”
Pun begitu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan saya untuk mengutamakan rehat di rumah sehingga selesai Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Ahli-Ahli Jemaah Menteri, para ulama’ di seluruh dunia yang menghantar pesanan mesej kepada saya dan semua rakyat Malaysia yang mendoakan saya. Tidak lupa kepada Menteri Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan warga KKM khususnya di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban.
Buat masa ini, saya disarankan untuk tidak bertemu sesiapa. Justeru, sebarang pertemuan adalah melalui sidang video sahaja. Saya akan terus memantau semua gerak kerja dan laporan agensi-agensi agama di bawah tanggungjawab saya dari rumah. Apa-apa makluman umum akan disampaikan melalui media sosial saya.
Fokus utama saya buat masa ini adalah penyaluran bantuan kepada kelompok sasar terutamanya di WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Selangor. Ini kerana PKPB telah bermula dan bantuan-bantuan perlu disalurkan dengan sesegera mungkin.
Semoga Allah SWT melimpahkan kebaikan, keberkatan dan keharmonian kepada Malaysiaku yang tercinta.
Moga perpaduan kita rakyat Malaysia terus terpelihara. Sentiasa ingat pepatah lama, “Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.”
Saya doakan semoga rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19, segera sembuh dan dapat kembali meneruskan kehidupan bersama-sama keluarga tercinta.
Sumber: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Segelas Susu, Banyak Manfaat! Bila Perut Sihat, Tumbesaran Anak Lebih Baik!
Selamat datang ke dunia kesihatan perut yang mungkin tak pernah kita sangka betapa pentingnya untuk perkembangan anak-anak kita! Bukan sekadar nak elak sakit perut, ia adalah kunci utama untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan bijak.
Mari kita selami bagaimana menjaga perut mereka dapat mempengaruhi perkembangan keseluruhan mereka!
Makanan Sihat: Asas Pertumbuhan
Apa yang anak makan, akan menentukan bagaimana tubuh mereka berkembang. Makanan yang kaya dengan serat, vitamin, dan mineral bukan sahaja baik untuk pencernaan tetapi juga untuk pertumbuhan otot, tulang, dan fungsi otak.
Contoh makanan hebat termasuklah buah-buahan segar, sayur-sayuran, bijirin penuh, sumber protein dan SUSU! Dengan diet yang seimbang, anak-anak kita mendapat nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar dengan sihat.
Perut Bahagia, Otak Ceria
Pernah dengar pepatah “Perut kedua otak”? Ini kerana kesihatan perut dan otak saling berkaitan. Apabila perut anak sihat, mereka akan lebih cergas dan fokus dalam aktiviti pembelajaran mereka.
Makanan kaya dengan omega-3 seperti ikan salmon dan kekacang atau SUSU bukan sahaja baik untuk pencernaan tetapi juga untuk perkembangan otak yang optimum. Bayangkan anak-anak yang lebih pintar dan lebih mudah belajar; semuanya bermula dari usus!
Pilihlah Friso® Gold!
Buat apa nak susah-susah kalau anda boleh berikan semua khasiat dan kebaikan ini dengan hanya satu jenama susu? Pilihlah susu formula jenama Friso® Gold Tahukah anda, Friso® Gold adalah susu formula untuk kanak-kanak yang direka untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan keseluruhan mereka.
Ia diperbuat daripada susu lembu dan hanya melalui satu kali pemprosesan dengan Teknologi LocNutri™ untuk memelihara lebih daripada 90% nutrien di dalamnya.
Friso® Gold menggabungkan kebaikan semula jadi dengan sains untuk menghasilkan susu yang mudah dihadam dengan lebih daripada 50 nutrien penting yang membantu anak anda tumbuh lebih kuat dari dalam.
Friso® Gold mengandungi Susu NOVAS™ Signature yang mempunyai molekul kecil secara semula jadi dan struktur lembut serta bebas daripada perisa tambahan untuk memudahkan penghadaman. Selain itu, ia kini mengandungi 2’-FL untuk menyokong pertahanan semula jadi badan anak anda.
Kebaikan Friso® Gold Yang Perlu Anda Tahu!
- DHA, AA, Omega 3 & 6 – Untuk merangsang pertumbuhan pembelajaran. DHA penting untuk perkembangan visual dan kognitif yang optimum. AA diiktiraf kerana peranannya dalam kesihatan dan perkembangan kognitif. Asid lemak Omega 3 dan 6 penting untuk perkembangan normal otak, sistem saraf, organ deria, dan kecerdasan.
- Kalsium, Protein, Vitamin & Mineral – Untuk pertumbuhan otot dan tulang. Kalsium membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan tulang serta gigi. Protein penting untuk pertumbuhan, penyelenggaraan, dan pembaikan badan anak. Vitamin dan mineral penting untuk pertumbuhan dan metabolisme.
- 2′-FL, GOS, Nukleotida & Bifido Lactis – Membantu penyerapan nutrien penting & membina daya pertahanan badan yang kuat. GOS adalah prebiotik yang dapat membantu dengan sembelit dan lain-lain. Nukleotida dapat mempromosikan pertumbuhan gastrointestinal dan imunologi yang sihat pada anak.
Bifido Lactis penting untuk pencegahan cirit-birit serta pematangan imun dan usus. 2′-FL, juga dikenali sebagai 2′-fucosyllactose, bertindak sebagai prebiotik, membantu menggalakkan bakteria baik dalam mikrobioma usus anak yang sedang berkembang.
Nutrisi yang disasarkan ini penting untuk menyokong pematangan sistem imun dan sistem pencernaan anak semasa tahun-tahun awal pertumbuhan mereka.
Friso® Gold direka untuk memberikan nutrisi yang seimbang yang menyokong pertumbuhan kanak-kanak serta menjaga perlindungan usus perut mereka. Untung kalau anda belikan susu Friso® Gold sekarang! Sempena kempen “Berikan mereka kekuatan dari dalam untuk meneroka dunia luar”, Friso® Gold menawarkan promosi istimewa! Dengan setiap pembelian 2 unit Friso® Gold Langkah 3 atau 4 (900gm atau 1.2kg), anda akan dapat sebuah tumbler pintar secara percuma.
Yang bagusnya, ia didatangkan dengan paparan LED yang diperbuat daripada bahan anti-karat yang memastikan ketahanan dan keselamatan pengguna. Juga dapat mengekalkan suhu panas atau sejuk sehingga enam jam! *Cepat-cepat dapatkannya sementara stok masih ada.
Nak tahu maklumat lanjut tentang susu ini, boleh layari https://www.frisogold.com.my/
Sharifah Shahirah Hantar Anak Ke Tadika, Buat Caption Lucu Bikin Netizen Terhibur!
Caption yang lucu! Siapa yang tak kenal dengan pelakon, deejay dan pelawak, Sharifah Shahirah atau Shiera yang sering menghiburkan dengan gelagat bersahajanya.
Terbaru, menerusi muat naik video di Instgram miliknya dia berkongsi ucapan hari pertama menghantar anaknya ke tadika.
Percakapannya yang sempoi itu membuatkan peminat terhibur dengan mengatakan dirinya yang sudah tua masih menghantar anak ke tadika sedangkan ibu yang lain masih kelihatan muda.
Ehhh mak yang paling tua kat sekolah..mak ko boleh jadi pengetua. Ada lagi anak sekolah tadika.
Pastu awal January dah masuk. Ni Kita baru antar. For the first time dey Dey sekolah.
Dia tak pernah sekolah langsung. Mak dia terlupa.. Sibuk ig review. Pakai beg pun beli susu percuma beg.
“Comel ucapan 1st day hantar anak ke tadika.”
Namun, captionnya itu membuatkan ramai yang memberi kata-kata semangat mengatakan dirinya masih kelihatan awet muda.
Sumber: shieraijoy
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club