Cara membuat:
1. Satukan magerin ( 1 cwn dulu) dan gula halus dan pukul dengan senduk kayu hingga berkrim.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3.Masukkan tepung gandum dan tepung jagung dan gaul rata.
4.Masukkan peanut butter dan gaul rata dengan tangan hingga adunan lembut ( Bila dipicit tak merekah. Kalau kurang lembut boleh tambah magerin atau peanut butter hingga lembut.Kalau lembik,tambah sedikit tepung gandum.
5. Bentukkan adunan kepada bebola kecil ikut saiz acuan.13 gm sebiji utk acuan saya.
6. Letakkan kismis ke dalam acuan dan tekan adunan ke dalam acuan.
7.Bakar pada 180 celcius selama lebih kurang 15-20 minit bergantung kpd oven.
Wanita yang memiliki bau badan biasanya akan berasa rendah diri dan tidak selesa pada badan berpeluh.
Biasanya situasi ini dialami oleh wanita yang berbadan berisi.
Walaupun sudah sembur pewangi banyak kali sampai separuh botol pun badan masih lagi berbau.
Tentu ada sebabnya. Nak tahu cara nak atasinya ikuti perkongsian wanita ini, puan Mastura Rashid
Jom lihat caranya.
Khas untuk wanita, terutama yang saiz badan dia comey-comey gitu.
Ada 4 tempat di badan wanita, yang paling mudah mengumpul daki dan bau masam tau.
1. Celah peha dan v-line. Kedua-dua tempat ini paling mudah mengumpul bau masam disebabkan seluar dalam yang sering lembab akibat aktiviti ke bilik air, ditambah pula dengan peluh dan keputihan yang ada. 2. Celah punggung. Sini pun peluh selalu terperangkap minta tolong okay. Baik kau lepaskan cepat-cepat. 3. Bawah payudara terutama yang berpayudara besar dan jatuh. Kawasan ini selalu ramai terlepas pandang! Sebab tu bra cepat masam okay. 4. Celah jari kaki. Haa sebab tulahh kasut dan stokin cepat busuk. Tapi kau pula salahkan kasut cap ayam, material cap ayam, sedangkan kaki tu dijaga alar kadar menggunakan sabun cap ayam.
Ini yang kena buat
1 Skrub/exfoliate kulit. Fiona suka skrub guna sarung tangan, kain panjang, berus panjang, kopi atau gula. Tengok mana yang rajin. Tapi hari-hari mesti akan skrub. Lepas dah skrub badan, dah habis mandi, kita sapu losyen atau body oil supaya kulit maintain muda dan lembab. Awww
2. Boleh elakkan pakai bra sama selama seminggu, dua minggu atau sebulan di rumah.
3. Always always alwaysss bawa sabun dan feminine wash sendiri (travel size) ke mana-mana, especially public toilet. Jangan biarkan punggung dan faraj tak bersabun okay.
4. Pakai losyen/body oil yang natural. V-oil insyaAllah sangat membantu bahagian faraj kekal wangi dan bersih. Oh please jangan minta V-oil. Dah habis.
5.Pakaian dalam pastikan bertukar setiap hari. Jika ada banyak keputihan, biasakan bawa panty extra, dan pakai pad liner. Kalau risau alergik dengan pad/panty liner, boleh pakai cloth pad. Sekarang pun jenis organik dah ada.
Nahh fiona kongsikan resipi skrub anti selulit. Ada dalam gambar. Jemput klik dan buat ya.
Skrub kopi yang dibuat dengan serbuk kopi arabica starbucks (mintak sisa kopi dengan diorang sebelum tutup kedai), oat, minyak, madu dan gula
Ni hand mitten untuk skrub badan waktu mandi
Lepas mandi sapu losyen bagi lembab dan lembut.
Ni loofah. Natural body scrub.
Berus panjang ni bagus sangat untuk sesi dry brush sebelum mandi. Banyak manfaat dia tau.
Okay itu saja. Semoga bermanfaat ya kawan-kawan! Love u gaisss!
Dah dapat kebenaran untuk merentas negeri, inilah masanya untuk balik kampung. Bagi yang nak melancong tu bolehlah lihat lokasi mana yang menarik yang sudah laman nak dituju, Maklumlah lama sudah kan terkurung di rumah, inilah masanya nak hilangkan stres.
Tetapi dalam bergembira jangan lupa untuk terus menjaga SOP dan kekalkan jarak anda. Kerana wabak Covid-19 masih lagi menghantui. Bagi yang nak bercuti tu, anda boleh dapatkan diskaun menarik apabila membuat tempahan di hotel. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian daripada Nur Hafiqah Shamsuri
Dah boleh rentas, i terus booked hotel dapat RM37 je geng include breakfast. Hotel 4/5 star off RM100, 3 Star below off RM50. Boleh guna sampai 31 dec! Tapi voucher adalah terhad tau korang😭 baik korang cepat!
10 tahun menanti bukanlah satu tempoh yang singkat. Nyata sabar itu indah bila apa yang dinantikan sudah ada di depan mata.
Bagi pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 50, tiada yang lebih bermakna bila cahaya mata yang dinantikan selama ini sudah ada di depan mata. Semalam, isterinya, Fazema Mohd Fuad, 40 selamat melahirkan bayi lelaki.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram miliknya kira-kira jam empat petang semalam, Adam Corrie memaklumkan isterinya bersalin di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang.
“Alhamdulillah, bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi. Jutaan terima kasih yang mendoakan kesejahteraan kami.
“Senyum selalu, selalu bersangka baik, Insya Allah hati tenang,” tulisnya.
Perkongsian tersebut mendapat respon dari pengikut instagramnya termasuklah rakan artis yang lain. Rata-rata menghulurkan ucapan tahniah dan turut meluahkan rasa terharu dengan kehadiran insan baru dalam hidup mereka.
Adam Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema pada 2008. Mac lalu, pelakon yang terkenal menerusi filem KL Gangster ini mengumumkan berita kehamilan isterinya juga menerusi akaun Instagram.
Baru-baru ini, isterinya dimasukkan ke hospital dek kerana kesihatan yang kurang memuaskan. Walaupun pada awalnya dikatakan dia bakal melahirkan anak secara pembedahan, namun tidak jadi dan hanya ditahan diwad untuk pemeriksaan lanjut. Namun, semalam Fazema selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka.
Tahniah dari kami team Majalah Keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.