“Memang Dari Dulu Nak Kahwin Awal.. Sebab Tu Saya Yang Melamar Masa Tu!” – Elyana

Share

Penyanyi Elyana mengakui dia sejak awal berhasrat untuk membina masjid ada usia muda, apabila menjalinkan hubungan dengan suaminya, sebelum ini.

Elyana berkongsi cerita berkenaan sebegai mengenang ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 bersama Khairul Anuar Husin.

Menerusi lnstagram, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 35, menambah dia yang ‘melamar’ suami ketika itu.

“Saya kahwin umur 23 tahun. Memang dari dulu nak kahwin awal. Siap pasang niat, siapa je jadi boyfriend saya, saya nak kahwin. Sebab tu saya yang melamar masa tu!

“Lantak la orang kata perigi cari timba ke. Janji nak kahwin! Hidup kita,kita la yang mencorak kan..” tulisnya di ruangan kapsyen.

Malah, dalam perkongsian sebelum ini juga Elyana memuat naik satu video kejutan yang dibuat untuk suaminya beserta kertas yang ditulisnya ketika melamar suaminya dahulu.

Terdahulu, Elyana turut memberikan kejutan istimewa buatnya suami, bersempena dengan hari jadi Khairul yang ke-47.

Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada 19 November 2010.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayyah, 11, selain menjaga seorang anak angkat, Ramadhani yang berumur tiga tahun.

Sumber : Instagram elyanaofficial1