
Penyanyi Elyana mengakui dia sejak awal berhasrat untuk membina masjid ada usia muda, apabila menjalinkan hubungan dengan suaminya, sebelum ini.
Elyana berkongsi cerita berkenaan sebegai mengenang ulang tahun perkahwinannya yang ke-12 bersama Khairul Anuar Husin.
Menerusi lnstagram, Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 35, menambah dia yang ‘melamar’ suami ketika itu.
“Saya kahwin umur 23 tahun. Memang dari dulu nak kahwin awal. Siap pasang niat, siapa je jadi boyfriend saya, saya nak kahwin. Sebab tu saya yang melamar masa tu!
“Lantak la orang kata perigi cari timba ke. Janji nak kahwin! Hidup kita,kita la yang mencorak kan..” tulisnya di ruangan kapsyen.
Malah, dalam perkongsian sebelum ini juga Elyana memuat naik satu video kejutan yang dibuat untuk suaminya beserta kertas yang ditulisnya ketika melamar suaminya dahulu.
Terdahulu, Elyana turut memberikan kejutan istimewa buatnya suami, bersempena dengan hari jadi Khairul yang ke-47.
Elyana berkahwin dengan Khairul Anuar pada 19 November 2010.
Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Cinta Sumayyah, 11, selain menjaga seorang anak angkat, Ramadhani yang berumur tiga tahun.
Sumber : Instagram elyanaofficial1
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
Anak Sulung Bila Kuat Sentap Ibu Bapa Jangan Mudah Melatah, Ini Fakta Kena Ambil Tahu

Isi Kandungan
ToggleBiarpun anak sulung jenis mudah disuruh dan menurut perintah tapi mereka pantang di rendah-rendahkan kebolehannya depan adik-adik mahupun orang lain. Pantang tersilap sedikit, merajuknya boleh berpanjangan. Sentap! Kata orang sekarang. Sebenarnya ada sebab kenapa anak sulung berperangai seperti itu.
Anak Sulung Bila Kuat Sentap Ibu Bapa Jangan Mudah Melatah
Lahirnya anak kedua di dalam suatu keluarga, kadang kala membuatkan anak sulung terasa seperti dipinggirkan. Padanya adik itu seakan-akan mengambil tempat dirinya. Anak sulung biasanya dilihat menjadi subjek eksperimen ibu bapa yang pertama kali membesarkan anak selain menjadi fokus memahami peranan penting dan kaedah terbaik dalam proses itu.
Berikut dikongsikan penyebabnya:
1. Terlebih Dulu Dimanja Mak Ayah
Sebelum lahirnya adik-adik yang lain, dialah intan payung mak ayah. Bila adik-adik lahir dia terpaksa terima hakikat yang dirinya sudah jadi abang atau kakak.
Walhal dia masih lagi kecil dan mahukan perhatian sebagaimana diperoleh sebelum kelahiran adik-adik.
Mak ayah pula terlupa dan beralih kasih pada yang bongsu. Tanpa sedar ada jiwa kecil yang tercalar emosi. Yang sedang merindui belaian manja yang diterima sebelum ini.
Bukan mudah dia nak terima hakikat itu. Sepatutnya mak ayah maklumkan dengan lembut dan kasih sayang.
2. Ia Satu Tanggungjawab Yang Berat
Setelah berusaha keras terima hakikat dirinya seorang abang/kakak, dia perlu pikul tanggung jawab.
Bila adik menangis ibu kata, ‘Abang tolong tengok adik’ ‘Kakak ambilkan lampin adik’. Kalau perasaan cemburu tak berjaya dibendung, abang atau kakak akan melakukan dengan terpaksa. Tanpa sedar dia akan jadi seorang yang memberontak.
3. Jatuhkan Standard Dalam Diam
Anak sulung mula memberontak dalam diam. Bila mak tak pandang, dia pulas telinga adik yang masih merah. Dia cium pipi adik dengan geram.
Katakan mak tiba-tiba terpandang, cepat-cepat mak beri amaran. Kalau masih kecil mak tak sampai hati nak tegur dan bawa adik menjauh pergi.
Tapi satu hal yang mak kena faham, anak sulung cukup pantang bila dijatuhkan standardnya depan adik-adik mahupun orang lain.
Ini Fakta Kena Ambil Tahu
Ada cara mahu menegurnya. Bukan mengherdik atau memarahi. Tapi dengan sentuhan emosi. Tegurlah ketika tiada sesiapapun di sekelilingnya. Ia cuma ada mak dan anak sulung sahaja. Biarkan sesi itu jadi cukup privasi.
Biarpun anak sulung anda kuat merajuk dan berjiwa sensitif, percayalah apabila anda mendidiknya dengan cara yang betul dan belaian kasih sayang yang selayaknya, dia akan membesar dengan sifat tanggungjawab yang sebenar-benarnya.
Jangan sampai anda terlalu fokus dengan kedegilan anak kedua, memberi perhatian pada anak ketiga dan seterusnya membuatkan anda lupa mahu mendakap, memeluk dan mencium mesra anak yang sulung.
Usah terlalu mendesaknya memikul tanggungjawab seorang abang mahupun kakak. Berikannya masa dan peranan selayak usianya. Kasih sayang anda akan mencorak bahagia anak-anak yang membesar di hadapan mata.
Sumber/Foto: via Mingguan Wanita
Hafidz Roshdi & Isteri Sambut Kelahiran Anak Pertama “Alhamdulillah”

Tahniah diucapkan buat pelakon Hafidz Roshdi yang menyambut kelahiran anak pertamanya bersama isteri, Athira Yuhada.
Hafidz membuat kejutan apabila mengumumkan menimang cahaya mata menerusi perkongsian dalam Instagram (IG), semalam.
Tidak mendedahkan butiran lanjut termasuk jantina bayi, Hafidz sebaliknya hanya memberi tahu tarikh kelahiran berserta foto yang memaparkannya bersama isteri, sedang menggendong zuriat mereka.
“Alhamdulillah. Lahir pada 13 Februari 2025, jam 7.35pm,” tulisnya ringkas menerusi Instagramnya.
Difahamkan Athira melahirkan bayi sulung mereka di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.
Perkongsian berkenaan mencuri perhatian kerana pasangan tersebut tidak pernah berkongsi berita kehamilan tersebut.
Terdahulu, Hafidz dan Athira mendirikan rumah tangga pada 15 Disember 2023. Hafidz turut dikurniakan dengan dua orang cahaya matanya, Humairah, 8 dan Umar, 5 menerusi perkahwinannya yang terdahulu.
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
“Ayah Susah Menangis Tapi Kali Ini Menitis Juga Air Mata”. Terharu Gara-Gara Anak Dan Menantu ‘Tong Tong ‘ Duit Beli Kereta Baru Untuknya.

Anda boleh jadi sebak malah menitiskan air mata sebaik selesai menonton video adik-beradik yang membelikan ayahnya, Samsudin Bin Zainuddin, 62 sebuah kereta Axia baru dan menghadiahkan kenderaan itu pada tarikh pilihanraya PRU14 yang lepas. Lagi-lagi bila dalam hujan lebat itu, ayah memandu sambil mengelap cermin depan yang dah mulai kabur.
Beruntung anak-anak ini kerana dapat berbakti kepada kedua orang tuanya, ibu, Nor Hayati Abd Talib, 55 dan ayah yang masih sihat itu. Inilah yang dikongsikan dalam facebook, Nor Haliza Samsudin Jrm. Katanya, mereka adik beradik tidak sampai hati tengok ayah bawa kereta lama. Aircond tak ada, banyak yang rosak dan tak selesa. Sedangkan anak-anak semua naik kereta yang selesa.”
Dari situlah, persepakatan dan perkongsian 8 orang anak dan 5 orang menantu ini menjayakan misi untuk membelikan ayah sebuah kereta.
“Mula-mula kami berangan saja. Rasa tak mampu. Bila ayah cerita kereta dia banyak rosak, kena tolak bila nak jalan, aircond dah tak ada, tingkap tak boleh tutup dan banyak lagi. Maka kami mula berbincang. Berkongsi adik beradik untuk bayar ansuran dan downpayment. Perancangan demi perancangan untuk membuat surprise pun dimulakan.
“Ada cabaran sebenarnya nak dapatkan kereta ini. Sebabnya kami nak sebelum pilihanraya. Nak bagi masa itu. Syukur sales advisor dari Perodua ( FB : Ridzuan Perodua ) dan Bank Muamalat bagi komitmen yang sangat-sangat baik. Memang diaorang bagi tepat pada masa seperti yang dijanjikan.”
Kereta Baru Buat Ayah
Dan akhirnya pada 9 Mei 2018, sempena Hari Mengundi dapat juga kami semua berkumpul untuk serahkan kereta pada ibu dan ayah.
“Bukan kereta mewah kami dapat belikan, hanya kereta kecil ikhlas dari jiwa kami yang besar untuk ibu ayah tersayang.”
“Maaflah ibu ayah, banyak sangat kami terpaksa ‘menipu’ untuk buat surprise untuk ibu ayah. Biar satu dunia membenci, kami tetap disisi. Ayat ayah semalam, “Ayah tengah mandi pun terasa nak nangis, tersenyum sendiri.” Ujar Nor Haliza lagi.
Kata Nor Haliza, ayahnya ini seorang peneroka. Manakala ibunya suri rumah yang membesarkan 8 orang anak. Di kawasan kediamannya, dekat Felda Nitar 1, Mersing Johor, ayahnya itu terkenal sebagai peniaga aiskrim kon
“Ibu kadang-kadang meniaga laksa, mi rebus. kuih-kuih untuk di jaja. Kitaorang bayar yuran sekolah biasanya hasil kutipan duit raya atau hasil jualan laksa/mi rebus.”
Masjid Jadi Tempat Pertama Ayah Bawa Kereta Baru
“Mahalnya air mata insan bernama ayah. Orang yang paling susah nak tunjuk dia sedih, dia susah, dia gembira. Tak pernah kami tengok ayah menitiskan air mata.
“Tapi sempena semalam 9 Mei 2018 bersamaan Hari Undi, kami dapat buat ayah menangis.” Inilah pula kata-kata Hafiz N Noi Page, salah seorang anak Samsudin.
“Terima kasih menjaga kami. Sesungguhnya jasa kalian tak ternilai. Betapa sedihnya bila tengok ayah menangis. Kami sayang ayah. Tempat pertama ayah bawa kereta tu di masjid bersama anak-anak dan menantu. Semoga Allah memberkati keluarga kami.”