Melalui amalan kejiranan yang baik, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibina. Malah hubungan tersebut terlalu istimewa seakan sebuah keluarga. Saling mengambil berat di antara satu sama lain.
Bahkan jika ada kenduri atau majlis keramaian, pasti beramai-ramai akan hadir dan bukan sahaja sebagai tetamu malah turut sama-sama bergotong royong menjayakan majlis tersebut.
Pun begitu, apa yang lebih menarik lagi menerusi perkongsian video di Tiktok, hal sama juga turut dilakukan oleh sebuah keluarga Melayu ini kepada jirannya yang berbangsa India.
Melalui video tersebut, dilihat seorang wanita India yang cantik mengenakan sari persis pengantin berbual dengan seorang lelaki Melayu bertanyakan pendapat mengenai bakal suaminya apabila meninjau di tingkap sebuah rumah. Lelaki tersebut adalah merupakan jirannya namun apa yang lebih mengujakan netizen, adalah betapa akrabnya mereka seperti adik beradik. Berbual cukup mesra!
Memetik perkongsian penuh gadis tersebut yang dikenali sebagai Darsenee Raja bersama mStar, menurutnya rakaman video itu dibuat ketika majlis pertunangannya yang diadakan di kediamannya di Linggi Port Dickson pada 27 Mei yang lalu.
Darsenee memaklumkan, kehadiran ramai saudara maranya yang datang berkumpul bagi menghadiri majlis tersebut menyebabkan dia memilih untuk bersiap di rumah jirannya itu.
“Bukan saya saja, saudara mara pun sibuk bersiap. Jiran Melayu di sebelah rumah offer untuk bersiap di kediaman mereka.
“Saya tak kisah sebab kami ibarat satu keluarga. Hubungan kami sangat rapat sejak saya dibesarkan di sini, kami sudah kenal 17 tahun,” terangnya.
Darsenee yang juga merupakan guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) akui tidak kekok malah selesa tinggal di kawasan kejiranan Melayu dan akui hubungan mereka sangat akrab.
“Jiran-jiran di sini banyak bantu keluarga saya menguruskan majlis pertunangan ini. Mereka juga tolong susun segala barang-barang termasuk meja dan kerusi di khemah.
“Malah pelamin pun tempah yang majlis kahwin orang Melayu selalu guna, sebab cantik,” ujarnya lagi.
Ads
Menurut Darsenee, dia bersyukur kerana kehidupan bersama jiran-jiran sangat baik seperti sebuah keluarga.
“Kekuatan hubungan kami sesama jiran adalah saling bantu membantu, hormat-menghormati dan berkerjasama.
“Kami hidup bersatu-padu walaupun berlainan agama dan bangsa”, jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira malah teruja dengan keakraban dua bangsa berbeza yang dikongsikan di dalam video tersebut.
Ads
“Kalau di kg ini biasa. Bila jiran sebelah nk kahwin, jiran pon busy macam tuan rumah 😂. tapi memng best berjiran mcm ni. Kalau di bandar memang masing-masing hal sendiri,” tulis netizen.
“Love this type of jiran. Very rare to get. Those have so lucky and blessed,” komen yang lain.
“When he said ranjakani…adoiiii tergelak…😂”, tulis yang lain pula.
“Love this. When we was small, rumah jiran sebelah kanan Malay, kiri Cina depan kristian and im Indian. had an awesome neighborhood 🥰,” kongsi yang lain pula.
Jika aircond tiba-tiba rasa tak sejuk mesti kita rasa tidak puas hati bukan? Lazimnya keadaan ini berlaku selain berpunca daripada kehabisan gas, ia jua disebabkan oleh kotoran atau habuk yang sudah menebal pada bahagian penyaring (filter) atau kipas outdoor unit.
Kebiasaannya, bila terjadi seperti ini kita akan mencari pakar untuk menyelenggarakan aircond tersebut. Maklumlah selalu kita anggap bila bab berkaitan aircond kena ada ilmu dan skil untuk membaikinya.
Pun begitu, tahukah anda sebenarnya membersihkan aircond boleh anda lakukan sendiri dan kerja ini tidaklah terlalu susah hatta sesiapa pun boleh melakukannya.
Ini sebagaimana yang telah dikongsikan oleh Ima Shanisma hasil kerajinan suaminya melakukan tugasan tersebut. Jom perhati satu persatu agar lebih mudah difahami untuk dipraktiskan!
“Hai semua hari ni sis saja nak share sikit projek cuti hubby. Dia memang tak reti duk diam kat rumah . Bila sel-sel otak dia mula berhubung mulala nak buat sesuatu.
Hari ni dia terlebih rajin nak cuci aircond bilik. Dah 3 tahun guna aircond ni tapi tak pernah lagila bersihkan segalanya. Selalunya cuci penapis habuk itu sahaja.
Tapi dua tiga hari ni rasa aircond macam kurang sejuk dan slow je angin dia. Terus hubby kata kena service aircond ni kalau tak nanti lama-lama rosak pulak.
Berbekalkan sedikit ilmu dan kemahiran, pagi tadi terus dia mulakan kerja-kerja pembersihan. Kalau panggil orang servis aircond, silap-silap habis Rm200! Jadi jimatla sikit belanja.”-Ima Shanisma
Ini perkongsian puan Ima Shanisma Via Kelab Kaki Deko bagaimana caranya suaminya melakukan pembersihan aircond dan bolehlah dijadikan panduan untuk kita bersama. Selamat mencuba!
KEADAAN AIRCOND YANG PENUH HABUK.
SEGERALA LAKUKAN INI!
Buka penapis habuk dan tanggalkan. Cuci dengan air. Kalau nak memberus pun boleh sebaiknya guna berus sabut.
2. Blower yang kotor sangat ni hubby berus guna penyapu kecil yang orang selalu guna di masjid untuk buang taik cicak tu, sebab itu je yang ada tadi. Penuh habuk kan? Maklumla tak pernah buka semuanya.
3. Tebal sgt habuk kat situ. mcm mana tak lambat nak sejuk kan..erm berbekalkan berus gigi anak yang dah tak guna. Hubby guna untuk berus cooling coil. Baru tau je benda apa tu colling coil haha. Masa sebelum nak memberus tu seeloknya spray dulu air bagi habuk tersebut mudah tanggal dan tak berterbangan. Berus hati-hati ye sebab plat besi tu lembut sangat mudah bengkok.
4. Sudah bersih. Biar kering dulu.
5. Outdoor panel pulak hubby tanggal penutup kipas tu terus. Boleh cuci kipas dan penutup depan tu sekali. Dan semua benda yang ditanggalkan cuci dan keringkan.
6. Dah siap dipasang semula. Abaikan paip hitam tu sebab paip tu guna sebagai penahan pintu grill dari menghentam aircond tusetelah hampir siap dipasang sepenuhnya. Dah nampak bersih dan macam baru.
7. Dah siap…sejuk, angin pun laju dan lebih senyap dari sebelumnya.
Sumber : Ima Shanisma via kelab kaki deko
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Nak suami sayang, kenalah ‘ikat perutnya’. Begitulah yang selalu orang tua-tua pesan, dengan memasak ia mampu mengikat kasih sayang daripada seorang suami.
Itulah juga kelaziman, sebagai isteri dan ibu kita akan memasak dengan penuh kasih sayang untuk keluarga tercinta.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Begitu juga buat Faziera yang menyediakan setiap hari hidangan untuk keluarganya. Namun baru-baru ini, kesihatannya diuji dan disahkan mengalami masalah Myasthenia Gravis yang mengakibatkan otot tubuh lemah serta gangguan pada saraf.
Apa yang lebih sedih lagi, difahamkan Faziera masih lagi di dalam tempuh berpantang setelah melahirkan anak kedua.
Hal ini menyebabkan dia terpaksa di tahan di wad untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Setelah hampir sebulan dan kini masih lagi dalam proses penyembuhan, baru-baru ini Faziera terdetik untuk measuk ke dapur untuk menyediakan hidangan dari air tangannya sendiri setelah merasakan ada sedikit kekuatan untuk memasak.
Berkongsi momen istimewa tersebut di akaun tiktok, dilihat ketika memasak hidangan nasi goreng dia turut dibantu oleh suami tercinta.
“Hari ini rasa macam kuat sikit tangan. Pergi dapur tengok nasi ada sikit. Kasihan husband lama sangat tak makan masakan aku. Buat sikit nasi goreng yang mduah je. Sebab tak larat sangat. Gaul-gaul pun dia yang tolong. Gigil sikit tangan.”
Hal ini dilihat cukup menyentuh perasaan, apatah lagi bertukar sebak apabila suaminya terus mengalirkan air mata dek kerana terlalu rindu menikmati hidangan dari air tangan isterinya.
“Ketika makan tunduk sahaja. Ingatkan kenapa. Menalir air mata dia rupanya. Sedih sebab sudah lama sangat tak makan masakan aku”
Meninjau di rungan komen, rata-rata netizen turut tersentuh hati melihat pasangan suami isteri ini. Dalam pada itu ramai juga yang mengakui rekasi suaminya itu dapat dilihat betapa ikhlas dan setia cintanya kepada isteri. Tidak dengan itu, ramai juga mendoakan agar si isteri segera sembuh seperti sedia kala.
“Suami yg sgt menghargai..seronok dlm sedih tgk”
“Tiba2 air mata saya pun mengalir. Rindu juga masakan wife. Ya Allah, Engkau berikan kesembuhan buat isteri saya yang tercinta. Aamiin”
“Sedihnya saya tengok video ni. Hiduplah kamu dgn penuh kasih sayang. Dah 4 bulan lebih saya tak masak untuk suami saya sbb Allah dah jemput dia”
“bukan senang nk dpt suami yg betul² menghargai isterinya
Mungkin bagi follower figura kewangan Syafieqah A’lya ini sudah cukup sebati dengan setiap posting fbnya. Penuh dengan perkongsian tip kewangan yang cukup bermanfaat dan mengujakan.
Postingnya sering menjadi viral, dan salah satunya adalah bila mana beliau dapat membeli rumah 5 bilik dan 5 bilik air, serta mempunyai kereta Subaru dalam usia yang muda! Kisahnya cukup memberi inspirasi dan pastinya wanita ini cukup hebat merancang perbelanjaan wang gajinya.
Untuk itu, jom kita ketahui antara tip kewangan yang dipraktikkan oleh icon kewangan ini.
Semoga perkongsian ini dapat dijadikan ‘bekal’ untuk kita mengurus kewangan dengan lebih bijak di tahun 2018 yang dikatakan lebih mencabar!
TIP KEWANGAN CARA SYAFIEQAH A’LYA
1. Hari pertama dapat gaji, mula buat kira-kira. Tolak Komitmen yang wajib dibayar dan lebihkan bayaran sekiranya mempunyai lebihan.
2. Selepas menolak komitmen, saya akan tolak duit gaji saya untuk simpanan. Dan akan segera ke bank untuk masuk kan duit ke dalam ASB/ TH/ Sijil SSP/dll
3. Sekiranya masih mempunyai lebihan sedikit, baru saya reward diri saya seperti shopping sehelai baju kerja/ makan sedap-sedap.
4. Saya hanya tinggalkan duit cukup-cukup untuk belanja harian saya + duit minyak + toll untuk tempoh satu bulan.
5. Jarang pegang cash jumlah yang banyak dalam satu masa. Cara ini mampu tahan nafsu kalau ternampak/ teringin beli pakaian baru atau membeli sesuatu bukan untuk keperluan. Tengok wallet tinggal banyak duit color biru, jangan mimpi nak shopping lagi. Cukuplah sekali.
6. Saya terhadkan perbelanjaan barang dapur contohnya RM100. Saya akan masuk kan barang-barang yang ingin dibeli Dan termasuk lah makanan yang teringin nak makan. Saya Akan buat Kira-kira sebelum ke kaunter bayaran. Sekiranya berlebihan. Saya akan keluar kan yang mana tidak perlu. Cukup kan semula jadi RM100 atau kurang.
7. Saya bukan kedekut, Inilah Cara saya berjimat. Sampai pernah over budget sebelum gaji. Saya makan biskut tiap-tiap malam.
sumber :Syafieqah A’lya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Diganggu ketika solat, tiga wanita terima pampasan RM331,000. Tiga mahasiswi beragama Islam di Amerika Syarikat menerima bayaran pampasan sebanyak AS$75,000 (kira-kira RM331,000) selepas menjadi mangsa gangguan semasa menunaikan solat, menurut laporan Fox News baru-baru ini.