Pelakon wanita yang juga ibu kepada enam orang cahayamata, Ozlyn sememangnya terkenal sering berkongsi pelbagai cerita rutin hariannya menguruskan rumah tangga dan anak-anak di laman Instagram miliknya.
Dalam perkongsiannya, isteri kepada pelawak dan DJ radio terkenal, Johan ini sering berkongsi menu masakan hariannya untuk hidangan keluarga kepada pengikut-pengikutnya sebagai salah satu cara memberi idea masakan kepada mereka.
Selain daripada itu Ozlyn juga sering menyelitkan perkongsian positif tentang tip bahagia rumah tangga dan mendidik anak.
Dengan gaya penulisan santai dan berunsurkan jenaka yang sering diselitkan ayat suka mengusik suaminya, para peminat sering menjadikan posting-posting Ozlyn sebagai salah satu rujukan untuk idea memasak dan tip keibubapaan serta kebahagiaan rumah tangga.
Ramai peminat yang mengagumi cara mendidik anak yang dipraktiskan oleh Ozlyn dan Johan yang sangat menitik beratkan soal didikan agama dan disiplin membantu ibu bapa membuat kerja rumah.
Selain daripada itu, dalam posting terkininya Ozlyn tidak lupa menitipkan pesanan buat semua para suami agar sentiasa menghargai pengorbanan para isteri. Katanya dalam hidup berumah tangga, suami sebagai ketua kena bertanggungjawab menguruskan segala kerja-kerja rumah dan tugas mendidik anak-anak.
Ini kerana pada pendapatnya, ramai para isteri sudah banyak membantu mengurangkan bebanan suami dari segi kewangan dan menguruskan rumah tangga.
Ozlyn turut mengingatkan kepada para suami agar tidak mengambil kesempatan pada isteri yang bergelar suri rumah tangga kerana tanpa sedar mereka
Bekal sekolah budak-budak. Letak telur, diaorang tak nak telur mata.
Papa sudah dua hari terlantar bila bangun haa dia ambil alih balik tanggungjawab!
Cuci bilik air, vacum bilik, kemas katil, ajar mengaji dan solat berjemaah sama…yes!
Memang aku ajar laki aku buat kerja rumah sama-sama. Tak buat memang aku naik hantu sebab itu bukan tanggungjawab seorang isteri pun.
Sebenarnya sudah banyak isteri tolong kurangkan beban suami kan. Kadang yang memang betul-betul suri rumah paling kesian. Duduk rumah sampai tak sempat tengok dunia luar. Buat kerja rumah, urus anak, urus suami.
Harap suami hargailah pengorbanan isteri-isteri kau orang. Ada rezeki lebih bawa la jalan-jalan. Kadang tak perlu shopping pun, bawa pergi pasar malam pun dah bersyukur.
Tapi tak dinafikan juga pengorbanan suami dalam mencari rezeki. Buat isteri, jangan putus doa untuk suami tau. Suami senangkan hati isteri, InsyaAllah lagi mudah segalanya.
“Apa-apa pun saya sayang Papa. Alhamdulillah Papa dah sihat. Harap papa boleh belanja mama makan roti canai favourite mama.” demikian tulis Ozlyn dalam Instagramnya.
Sumber: Jozlynnhanania