Melompat Anak-anak Kalau Lori Aiskrim Berhenti Depan Rumah. Begini Cara Nak Order, Nanti ‘Abang Lori’ Akan Hantar!

Share

Selalunya bila musim-musim panas begini seperti suatu kepuasan jika dapat menikmati aiskrim. Bukan sahaja anak-anak malah kita orang dewasa juga pasti tidak menolak untuk menikmati aiskrim yang enak.

Namun disebabkan musim PKP ini, untuk kita keluar rumah atas alasan untuk membeli aiskrim semata-mata terasa tidak berbaloi pula. Jadi bolehlah dibuatkan stok untuk dijadikan pilihan untuk anak-anak menikmati aiskrim bila perlu.

Berita baiknya lagi, Nestle Ice Cream Malaysia ada menyediakan perkhidmatan penghantaran aiskrim terus ke pintu rumah dengan teknik bayaran Cash On Delivery. Tentunya anak-anak akan melompat keriangan bila lihat lori aiskrim berhenti depan rumah dan membawa aiskrim yang dipesan. Terbaiklah!

Berkongsi cara untuk membuat pesanan aiskrim ini, Jalan-jalan Cuti Santai berkongsi infonya.

Bagaimana nak dapatkan Penghantaran aiskrim Nestle?
1- Isi Borang
2- Pilih Lokasi ikut kawasan
3- Pilih aiskrim yang kome nak
4- Agent akan call sebelum penghantaran
5- Lori dah sampai baru bayar
6- Dah dapat Aiskrim, so boleh lah Makan Aiskrim puas puas.

Ini link untuk order :bit.ly/NIChomedelivery

Senang bukan? Kalau ada peti ais besar lagi banyaklah boleh simpan aiskrim ini. Memang puas hatilah!

Jika peti ais tidak muat sebab banyak sangat stok makanan, mungkin ada yang ingin membeli peti ais dengan tawaran istimewa secara online. Klik di sini.

Sumber : Jalan-Jalan Cuti Santai 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club