Selama 9 hari menghabiskan masa bersama keluarga mentuanya di Perancis, Penyanyi Nourul Depp dan keluarga berlepas pulang ke Malaysia semalam.
Biarpun masa begitu singkat namun ikatan kekeluargaan mereka cukup erat. Bahkan, kelihatan wajah sayu dan sugul di wajah kedua mentua Nourul bila mana terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada anak, menantu dan cucu-cucunya.
Nourul memuat naik satu video yang menunjukkan ibu dan bapa mentuanya berlari-lari anak sambil melambaikan tangan kepada mereka sekeluarga. Aksi tersebut membuatkan Nourul dan keluarga menjadi sebak dan sayu.
Nah saja kupas bawang lagi hari ni…. rindu pulak kat ibu dan Bapak mertua ku….
Part last tu kami dah terdiam sebba nangis dah ?,” tulis Nourul di ruangan kapsyennya.
Sebelum itu, mereka juga turut bergambar bersama-sama dan momen itu dimuat naik oleh Nouru ke laman instagramnya.
Nourul Depp mendirikan rumah tangga dengan Eric Daniel Depp pada Jun 2012. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata dan kini sedang menantikan anak keempat.
Bukan sahaja mereka yang merasa sayu, bahkan perasaan itu turut dirasai oleh pengikut yang menonton video tersebut.
Sumber: ig nouruldepp