“Melihat anak bomba  menangis, Sama Waktu Saya Kematian Ayah Dalam Tragedi Lombong Puchong.” Jimmy Shanley Kongsi Kisah 34 Tahun Lalu!

Share

Rabu lalu negara digemparkan dengan kematian 6 anggota bomba dalam satu operasi menyelamat mangsa terjatuh di lombong. Kejadian tersebut  nyata meninggallkan memori yang sukar dilupakan terutama kepada keluarga mangsa .

Peristiwa tersebut turut memberi kesan kepada pengacara, Jimmy Shaley yang pernah melalui situasi yang sama 34 tahun lalu.

Ketika itu, beliau baru berumur empat tahun apabila berlakunya runtuhan dilombong mengorbankan bapanya,  Norjahan Saleh.  Peristiwa tersebut sehingga kini masih segar diingatan kerana sering diceritakan oleh ibunya setiap kali tibanya tarikh 8 Ogos.

“Arwah bapa ketika itu bekerja sebagai jurutera kapal korek dan dia antara tujuh mangsa yang maut dalam tragedi kapal korek terbalik pada 8 Ogos 1984.

Menurut Jimmy lagi, kejadian tersebut mendapat perhatian pelbagai pihak sehingga dilaporkan pada muka depan akhbar-akhbar tempatan ketika itu.

Mengakui kejadian tersebut memberi impak yang cukup kuat, akui Jimmy sehingga kini masih terkenang apa yang berlaku 34 tahun lalu.

“Saya sangat sedih dengan berita mengenai enam anggota bomba dan seorang pelajar maut di lombong kerana tragedi itu lebih kurang sama dengan apa yang terjadi pada keluarga saya.

“Arwah ayah saya ketika itu bekerja sebagai jurutera kapal korek antara tujuh mangsa yang terkorban dalam tragedi kapal korek terbalik 34 tahun lalu.

“Jika ada kes lemas, saya pasti akan  terkenang kembali apa yang berlaku pada arwah ayah. Tetapi, tragedi anggota bomba ini membuatkan saya lebih sedih kerana kejadian tersebut berlaku di kawasan yang sama,” kata Jimmy lagi.

Pada 8 Ogos 1984, sebuah kapal korek milik Sungai Klang Dredging Sdn Bhd terbalik di sebuah lombong yang terletak di Batu 13 Puchong. Mangsa yang terperangkap dalam kapal korek berkenaan dan sukar dikeluarkan kerana mangsa tersepit. Bagaimanapun mayat Norjan berjaya ditarik keluar dalam keadaan terlungkup dengan bantuan penyelam anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Beliau dalam pada itu mengakui hanya yang pernah melalui situasi tersebut yang akan faham. Peritnya menerima hakikat kehilangan orang yang tersayang.

Jadi, beliau berharap supaya ahli keluarga mangsa lemas bertabah dan kuat mengharungi ujian Allah. Sehingga kini, beliau masih lagi menyimpan keratan akhbar berita yang melaporkan tragedi hitam melibatkan bapanya itu.

“Melihat anak-anak mangsa terkorban yang masih kecil itu menangis, ia sama seperti macam mana saya menangis ketika dimaklumkan berita kematian ayah dulu. Semoga ahli keluarga mangsa tragedi ini kuat dan tabah dengan ujian tersebut.

Sumber: Mstar Online & IG jimmyshanley