Melancong Dengan Tiket Kapal Terbang Termurah. Ketahui Apa Wanita Ini Lakukan!

Share

Bercuti dengan keluarga adalah suatu detik yang cukup menyeronokkan. Lebih-lebih lagi jika dapat melancong ke luar negara. Pengalaman yang akan dapat dikutip sepanjang berada di bumi asing cukup bernilai dan bermakna. Bukan sahaja kita sebagai orang tua merasainya malah anak-anak lebih teruja.

Pun begitu, tidak dinafikan bila bercakap mengenai kos  tiket yang perlu dibayar untuk menaiki kapal terbang, tidak semua antara kita mampu untuk merealisasikan impian. Malah harapan melancong ke luar negara bersama seisi keluarga terkadang terhalang. Lainlah jika melancong secara bujang, mungkin kosnya lebih terlihat tidak begitu membebankan!

Walau apa pun, pembelian tiket secara bijak itu sangat penting! Tidak kiralah anda ingin terbang bersama keluarga mahu pun secara solo, pastikan anda membeli pada tawaran harga terendah untuk memberi nilai pada wang anda. Nak tahu caranya, jom semak perkongsian Dengan Kamera Aku Mengembara, diharapkan dapat memberi manfaat dan info berguna!


Kadang-kadang kita terlepas pandang akan promosi oleh syarikat penerbangan tambang murah. Juga untuk mereka yang belum biasa dalam dunia kembara menaiki kapal terbang, biasanya akan survey harga tiket untuk syarikat penerbangan Malaysia sahaja, b

etul tak?

Sebenarnya, ada juga syarikat penerbangan dari negara lain yang harganya lebih murah serta menyediakan free check in luggage dan meal. Contohnya seorang rakan saya dari Kuala Lumpur ke Jakarta memilih Egypt Air kerana ketika itu harganya lebih murah berbanding Air Asia.

Zaman kini terdapat banyak applikasi android yang boleh kita install di smart phone. Ada backpackers yang menggunakan expedia, ada juga menggunakan apss Kayak.

Tapi saya lebih selesa menggunakan apss Skyscanner. Masukkan destinasi asal kita dan destinasi yang di tuju serta tarikh. Apss ini akan melakukan scanning untuk kesemua syarikat penerbangan di seluruh dunia yang mengunakan route ke destinasi itu. Dan ia akan sorting mengikut harga tiket.

Selain itu, Tip untuk mendapatkan harga murah, anda boleh search harga ketika tengah malam sehingga jam 9pagi. Sewaktu itu harga tiket kapal terbang agak rendah.

Selamat mencari tiket murah

P/s: Saya pernah dapat tiket return kL-Bali hanya RM145 dari Malindo air. Selalunya harga tiket ke Bali pasti RM400 dan ke atas.

Sumber : Dengan Kamera Aku Mengembara