Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihann (PKPP) bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos ini.
Dalam tempoh PKPP dilaksanakan, lebih banyak kelonggaran akan diberikan untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi prosedur opearasi standard (SOP) secara berterusan.
Jadi saudara-saudari bolehlah membawa keluarga untuk melancong di dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu atau new normal setelah hampir 3 bulan tidak ke mana-mana.
Bagi yang berhasrat untuk melancong ke luar negara, tunggu dulu kerana sempadan negara kita masih ditutup.
Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan bahawa sambutan Hari Raya Aidiladha akan dibenarkan.
“Saya nak sampaikan berita baik. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban akan dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.
“Untuk solat berjemaah dan aktiviti keagamaan di masjid dan rumah-rumah ibadat pula, kelonggaran untuk membenarkan lebih ramai jemaah hadir mengikut ruang keluasan masjid atau rumah ibadat sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan diumumkan sedikit masa lagi.
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan PKPP 10/06/20 – 31/08/2020
1. Rentas negeri dibenarkan
2. Gunting rambut dibenarkan
3. Pasar pagi/petang/siang/malam dan gerai-gerai yang bukan restoran dibenarkan.
4. Dobi layan diri, kolam mancing dibenarkan.
5. Aktiviti sukan yang tak melibatkan sentuhan badan dibenarkan.
6. Berbasikal dan konvoi motorsikal dibenarkan.
7. Sukan yang ada sentuhan tidak dibenarkan lagi.
8. Pelancongan domestik dibenarkan.
9. Sempadan negara masih ditutup.
11. Solat berjemaah dilonggarkan dengan membenarkan lebih ramai. Akan diumumkan nanti.
12. Sekolah akan dibuka secara berperingkat. Pengumuman akan dibuat nanti.
13. Waktu operasi perniagaan seperti biasa dengan norma baru.
14. Pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat karaoke, taman tema, kenduri, rumah terbuka masih belum dibenarkan.
Sumber: Muhyiddin Yassin & Akhtar Syamir