Malang tidak berbau. Seorang kanak-kanak perempuan warga Myanmar maut selepas terkena kipas siling ketika bermain bersama bapa saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Tasik Tambahan Ampang.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam Ahad itu, bapa saudara mangsa dipercayai telah melambung kanak-kanak berusia dua tahun berkenaan menyebabkan kepalanya terkena kipas siling dan cedera.
Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Noor Azmi Yusof memberitahu pemberita, perintah reman bermula hari ini sehingga 25 Jun ini bagi meneruskan siasatan ke atas lelaki berusia 25 tahun itu yang ditahan semalam.
Ads
Menurutnya kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas bapa mangsa membuat laporan polis susulan insiden yang juga warga Myanmar berhubung kejadian menimpa anaknya.
“Pengadu berada di Butterworth atas urusan kerja sejak tiga bulan lalu manakala kejadian berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan, di sini, kelmarin,” ujarnya.
Noor Azmi berkata hasil temubual polis bersama isteri pengadu memaklumkan anak saudara lelakinya yang juga warganegara Myanmar bermain dengan mangsa telah melambung mangsa yang sedang menangis.
Ads
“Mangsa terkena kipas siling menyebabkan kecederaan di bahagian kepala mangsa.
Ads
Ibu mangsa bersama abangnya telah membawa mangsa ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan namun keesokannya pihak hospital mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan bedah siasat,” jelasnya.
Tambah beliau hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati mangsa mengalami ‘severe head injury due to blunt trauma.
Noor Azmi berkata siasatan telah dijalankan oleh pihak polis di tempat kejadian iaitu bahagian dapur sebuah rumah teres dua tingkat di Tasik Tambahan Ampang, Ampang, Selangor.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika sebelum ini kita sering terlihat kelibat peniaga yang menjual jeruk mangga di laluan simpang lampu isyarat. Namun sejak kebelakangan ini, beralih pula dengan menjual baby nanas.
Melihat senario itu terpanggil Sazly Tulis berkongsi info di akaun facebooknya dan perkongsian daripadanya menarik perhatian warganet tentang bahayabya jika terbeli baby nanas daripada jenama Dragon King yang mempunyai rasa manis yang sangat ketara.
Ikuti perkongsian penuh daripadanya semoga bermanfaat.
Baby Nenas (Baby Pineapple)
Dua tiga minggu lepas, saya ada ternampak peniaga-peniaga di tepi jalan yang sebelum ini menjual jeruk mangga telah beralih kepada baby nenas. Saya berharap sangat, produk ini bukanlah jenama “Dragon King” yang menggandungi siklamat iaitu pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis pada buah sehingga 30-50 kali ganda.
Ingatkan Musang King Malaysia je yang femes kan… Dragon King pun femes. Untuk pengetahuan semua, Siklamat ni tidak dibenarkan penggunaannya di dalam buah-buahan segar termasuk dikupas atau sedia dimakan dibawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Tak silap saya, pada tahun 2019 DG Kesihatan pernah membuat kenyataan akhbar berkenaan hal ini. Menurut kenyataan akhbar tersebut, baby nenas jenama Dragon King ini tidak dieksport ke Malaysia. Jangan ada penyeludupan buah ini ke Malaysia sudah lah.
Kepada pengguna, jika pernah terlihat atau terbeli produk baby nenas yang rasa manisnya lain macam tu, berhati-hatilah. Jika ada kemusykilan, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri yang berdekatan atau boleh buat aduan di http://moh.spab.gov.my.
Kepada penjual pula, saya nak maklumkan jika tuan puan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13(B) Akta Makanan 1983 yang mana memperuntukkan, tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan dengan mengandungi apa-apa bahan penambahannya tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983 atau peraturan-peraturan di bawahnya. Sesiapa yang didapati melanggar peruntukan ini adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Semua makanan yang dieksport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak yang terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Bercuti bersama keluarga serta anak-anak adalah momen manis untuk dikenang. Begitu juga dengan pelakon Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan turut berkongsi momen menerusi akaun Instagram miliknya.
Adik kepada pelakon Rozita Che Wan, walaupun sibuk bergelar sebagai seorang pelakon dan ibu, Ayu berkongsi perkembangan terkini di instagram
Ayu yang mendirikan rumah tangga bersama Zaquan Adha Abdul Radzak,pemain bola sepak pada 21 Januari 2011, berkongsi gambar percutiannya bersama keluarga.
Dalam pada itu, peminatnya turut memuji Ayu dan suami kelihatan ‘sweet’ dan romatik kala bercuti.
Semua orang inginkan sebuah keluarga bahagia dan hidup sempurna. Namun dalam kehidupan ini pasti ada cabarannya.
Begitulah keperitan hidup yang dilalui oleh seorang bapa tunggal yang menghidap kanser paru-paru tahap empat yang tinggal bersama lima anak dan ibunya yang sudah tua.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, bapa ini hidup serba kekurangan sejak tidak berkerja dan memerlukan sejumlah RM7,000 untuk kos pembelian katil khas dan keperluan keluarganya.
Menerusi facebook sukarelawan, Natipah Abu, kongsi kisah duka keluarga ini dan sempena hari Jumaat penghulu segala hari, beliau berharap dapat meringankan beban keluarga ini menerusi sumbangan orang ramai.
Ikuti perkongsian menyentuh hati ini.
Encik Zabidi seorang ayah tunggal. Jodohnya dengan bekas isteri berakhir 7 tahun yang lalu. Kini tinggallah Encik Zabidi dan lima orang anak bersama ibunya yang sudah tua. Takdir Allah sememangnya tidak mampu kita duga sama sekali.
Asal sihat walafiat. Tiba-tiba nikmat yang kadang-kadang lupa disyukuri itu hilang dalam sekelip mata. Namun apa pun, percayalah. Allah tidak akan menguji kita di luar kemampuan.
Sebelum ini, Encik Zabidi selalu saja sakit di bahagian paha. Sangkanya sakit urat saja. Beliau hanya mengambil ubat tahan sakit yang dibeli di farmasi. Redalah sakit untuk dua tiga hari namun kian hari ternyata .. kesakitan itu tidak menunjukkan tanda-tanda semakin berkurang pun.
Akibat sakit yang tidak mampu ditahan lagi 27 April bersamaan 4 Ramadhan yang lalu, Encik Zabidi jatuh di bilik air. Dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan pemeriksaan doktor mendapati kaki kanannya patah. Encik Zabidi menjalani pembedahan memasang besi di kakinya. Dua minggu lamanya dia berada di wad.
Bagaimanapun, ketika diminta untuk berlatih berjalan. Encik Zabidi tidak dapat berjalan seperti biasa kerana selalu pening dan pernah pitam secara tiba-tiba.
Di situlah, doktor mula mengesyaki sesuatu dan telah membuat pemeriksaan lanjut. Hasilnya .. telah menemukan jawapan yang sangat menduka-citakan.
KANSER PARU-PARU TAHAP EMPAT YANG MEREBAK KE TULANG.
Encik Zabidi didapati mengidap kanser paru-paru dan sudah pun ditahap empat. Kanser itu juga telah merebak ke tulang.
Sejak itu, keadaan Encik Zabidi kian lemah. Pernafasannya mula terganggu. Pembedahan di kakinya masih belum pulih sepenuhnya ada jangkitan kuman dan Encik Zabidi masih perlu ke hospital utk kakinya.
SEJAK SAKIT TIDAK MAMPU BEKERJA
Encik Zabidi yang dulunya bekerja sebagai tukang rumah itu, sememangnya tidak mempunyai pendapatan tetap.
Sejak jatuh sakit .. keadaan kewangannya sangat genting. Anak-anak pula semuanya masih dibangku sekolah. Mujurlah Encik Zabidi dan ibu ada menerima bantuan dari Zakat. Ibunya sudah tua ( 78 tahun ) dan tinggal bersama di rumah pusaka tinggalan arwah ayah itu, sememangnya tidak mampu menguruskan Encik Zabidi setara mana lagi.
Tetapi ibu itulah salah satu semangat dan sumber kekuatannya selain anak-anak yang lima orang yang berusia 20 tahun ( IKBN ) 15 tahun, 14 tahun, 12 tahun dan 7 tahun.
Kebelakangan ini, Encik Zabidi sudah hilang selera makan. Bergenang air matanya menahan sebak mengkisahkan riwayat hidupnya kepada kita.
Dia tidak dapat lari dari memikirkan masa depan anak-anak seandainya sesuatu terjadi kepada dia kelak.
Kita sangat faham tentang itu. Sedekah Jumaat kita mensasarkan RM7K untuk Encik Zabidi. RM2K utk membeli katil khas buat beliau manakala baki akan diserahkan kepada Encik Zabidi untuk menguruskan keperluan perubatan, harian dan persekolahan anak-anaknya. Jumaat yang barakah .. kita doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Encik Zabidi dan keluarganya.
Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank Natipah Abu, 552107617521.
Kepada semua penyumbang di luar sana, kita dahului dengan ucapan jazakumullahu khairan katsira … اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.