Tidak mudah menjadi seorang ibu apatah lagi kala diuji dengan bermacam-macam perasaan. Penyanyi, Nurul Wahab berkongsi rasa keibuan ketika mengimbas semula detik-detik cemasnya melahirkan cahaya mata pertamanya dahulu.
Menerusi Instagramnya, Nurul berkongsi rasa cemas dan kepayahan ketika bertarung nyawa melahirkan anak perempuannya, Ayu Nazirah yang kini sudah pun berusia 25 tahun.
Memilih untuk bersalin secara normal ketika itu, akui Nurul ia satu pengalaman yang penuh indah saatnya bergelar ibu.
“Jom emosi sat. 25 tahun yang lalu hari ini, dah di hospital. Pagi-pagi tak ada sakit tapi ada “tanda”. Rush ke #roopimedicalcenter tapi okay ja. Tak dak sakit melahirkan.
“Ya. Kami pernah melahirkan satu baby perempuan 25 tahun yang lalu. Tapi tanggal 11 sept jam 1:56 tengahari. Usai solat jumaat.
“Sakit melahirkan? Ya. Minta normal. Tak mahu dibedah kerana tak cukup wang. Waktu tu tak cukup segala.
Ads
“Tahan 2 hari menunggu. Tanggal 10 sept 1998, doktor bagitahu kita letak satu tablet jam 6 pagi 11 sept. Untuk dilate kan cervix. Supaya dapat bersalin normal,” ujar Nurul berkongsi cerita.
Malah kata Nurul lagi, diketika itu, dia mula rasa sakit dan mengalami kontraksi selama tujuh jam sebelum selamat melahirkan anak pertamanya yang merupakan seorang puteri.
Tambah Nurul lagi, dia juga pengsan dek kerana terlalu kepenatan untuk melahirkan zuriatnya ketika itu.
Ads
“7 jam sakit pagi 11 september tu. Menahan, untuk melahirkan satu lagi hamba Allah. Tepat 1:56pm, lahir seorang baby girl. Merah warna kulitnya. Kuat nangisnya. Keluar saja dia, kami pengsan kepenatan.
“Sehingga teman baik yang turut sama dalam labour room sebut allahuakbar, baru lah kami sedar dari pengsan. Dia tak tahu. Kerana melahirkan dia itu satu kegembiraan dan kebahagiaan. Sakit itu langsung hilang kerana happy.
“Sekarang baru kami tahu, menjadi ibu itu tak mudah. Happy, sedih, happy, diduga, disakiti. Semua perempuan akan merasai rasa ini. Jangan sesekali menyakiti hati mereka yang berikan kita kehidupan dan pengorbanan,” tulisnya lagi berkongsi.
Ads
Tidak hanya berkongsi pengalaman ketika detik melahirkan bahkan kenyataan Nurul turut menjadi tanda tanya kepada wargamaya namun mendoakan yang terbaik buat Nurul.
Terdahulu, Nurul mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Eric Daniel Depp pada tahun 2012. Hasil perkahwinan itu mereka berdua dikurniakan tiga orang cahaya mata.
“Sudah tentu saya kembali ke tempat yang kita telah pergi dulu, cuma kali ini saya datang tanpa awak.” Sungguh kagum kisah seorang lelaki, Kamal Effendi yang masih belum ada pengganti dan setia dengan momen kenangan arwah isterinya walaupun hampir tiga tahun pemergian arwah isterinya.
Lebih manis, baru-baru ini beliau telah pergi ke tempat yang sama ketika bersama arwah dulu. Malah, rata – rata masyarakat melahirkan rasa teruja cara lelaki itu melahirkan rasa setianya kepada arwah isterinya.
Beliau telah memuatnaik sebuah posting di instagram miliknya yang berupa dua buah foto yang memperlihat dirinya berada di tempat yang sama, namun satu daripadanya merupakan gambarnya bersama arwah isteri.
Sudah tentu saya kembali ke tempat yang kita telah pergi dulu, cuma kali ini saya datang tanpa awak. St Katharine Pier adalah salah satu daripada tempat itu. Keadaan berubah – ketika saya datang bersama awak dulu sini hujan. Mungkin matahari dan langit berkabung lebih awal awal dengan perpisahan awak dengan saya. Apabila kembali sendiri – matahari dan langit menyambut dengan indah seolah-olah bangga saya kembali. Pencapaian saya yang paling besar adalah sentiasa bersama awak. Hujan atau cahaya matahari, dengan awak atau tanpa awak – saya akan sentiasa datang. Saya menyimpan janji saya dengan baik agar saya tetap kuat dan saya tidak akan pernah berputus asa. Salam sayang dari jauh ♥ ️
Setahun bergelar suami isteri
Dahulu, dengan nama cinta, lelaki masih sanggup menikahi isterinya itu sedang bertarung nyawa dengan serangan kanser tahap empat. Namun itu bukan halangan buat Kamal Effendi membuktikan cinta dengan ikatan sah sebagai suami isteri.
Bagaimanapun saat bahagia mereka itu hanya seketika, hanya setahun apabila isteri, Nik Idzni Dalila Nik Mahmud dijemput pencipta.
Nyata, guru Bahasa Inggeris ini telah suami yang masih setia pada cintanya walaupun isteri telah pergi untuk selamanya.
Wanita bertubuh kerdil, Syakila Norazma yang tular sebelum ini di media sosial berkongsi berita gembira selamat melahirkan cahaya mata lelaki.
Berita tersebut dimuatnaik menerusi aplikasi TikTok. Mesra dipanggil wanita Yaya, dia meluahkan rasa syukur apabila proses kelahiran bayi sulung seberat 2.35 kilogram (kg) itu berjalan dengan lancar.
Video berdurasi 17 saat tersebut memaparkan kompilasi foto dan video ‘sweet’ Syakila bersama suaminya Muhammad serta bunyi tangisan anak mereka yang belum didedahkan wajahnya.
Sebelum ini, wanita berusia 28 tahun itu berkata dia terpaksa bersalin sebulan lebih awal secara pembedahan berikutan faktor fizikalnya berketinggian 119 sentimeter dan keadaan bayi yang besar.
Mengulas mengenai kelahiran bayi sulungnya melalui pembedahan, Menurut Yaya ini diisebabkan keadaan bayinya yang agak besar.
“Ramai tanya saya kenapa bedah, bukan normal? Sebab ketinggian tak cukup dan bayi besar berusia 34 minggu dan berat 2.2 kg dah. Nak bersalin normal pun memang tak boleh dengan keadaan fizikal saya,” ujarnya lagi.
kisah Yaya menjadi perhatian netizen apabila menyifatkan suaminya yang berusia 20 tahun itu dipuji kerana tidak memandang rupa paras atau keadaan fizikal wanita berkenaan.
Difahamkan, mereka berkenalan menerusi permainan secara dalam talian selepas beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing.
Betullah orang kata, apabila sudah bergelar ibu segala penat lelah hilang tatkala menatap wajah si kecil, demikian juga dengan usahawan terkenal Neelofa.
Usai 4 bulan melahirkan bayi sulungnya, dia mengakui segala masalah hilang dan hatinya rasa tenang sebaik sahaja melihat wajah anak kesayangannya, Muhammad Bilal.
Rasanya setiap ibu berhadapan dengan cabaran tersendiri dalam menguruskan anak kecil mereka. Apa lagi ketika tempoh berpantang dan keadaan diri dimana hormon masih belum stabil.
Bagaimanapun, betul kata orang semua persoalan akan terjawab selepas 40 hari berpantang. Semuanya menjadi lebih baik apabila seorang ibu itu selesai menjalani tempoh berpantang.
“Walau apa pun cabaran yang datang, saya akan sentiasa rasa tenang setiap kali melihat wajah anak,” katanya.
Walaupun baru bergelar ibu, namun Neelofa tidak kekok menguruskan anaknya. Sementelah dia rajin bertanyakan tip penjagaan anak kepada rakan-rakan serta sentiasa mengikut nasihat doktor.
“Ramai kawan-kawan sudah bergelar ibu, jadi setiap kali ada masalah saya akan hubungi mereka bertanyakan tip yang sesuai.
“Saya tidak ada amalan spesifik dalam menguruskan anak. Lebih banyak mengikut nasihat doktor dan ibu tentang apa yang terbaik,” katanya.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...