Menggantikan perabot yang rosak dengan membeli yang baharu memang mudah, tapi alangkah lebih baik dan menjimatkan andai dibaik pulih. Malah jika kreatif, dapat pula menghasilkan perabot dengan fungsi yang berbeza.
Ini seperti perkongsian daripada Norpadilah Binti Afandi ini, daripada meja yang sudah tertanggal kakinya di beri sentuhan dengan idea yang segar untuk dijadikan sebagai rak herba yang cukup bergaya di ruang dapur rumahnya.
Malah melihat langkah demi langkah yang dikongsikan cukup mudah dan yakinlah anda juga boleh hasilkannya.
Nak tahu detail, ikuti perkongsiannya di bawah ini. Semoga bermanfaat.
Baru-baru ni encik suami baik hati, bawak balik ole-ole untuk kita…budak side table ni cantik lagi, cuma kakinya patah…biasa la orang kita ni suka ambik penyelesaian mudah…campak sesaja kan.
Sebelum ni kita ada juga survey idea dari kawan-kawan nak buat apa dengan budak ni…ramai bagi idea untuk repair balik….tukar cat…buat kerusi. Bagus, sesekali dapat bertukar pandangan dan idea kan….dapat jugak exercise sikit otak yang dah naik tepu dek terkurung ni.
Macam biasa, bila kita nak buat satu-satu diy tu…kita akan pertimbangkan untuk lihat apa keperluan kita waktu tu…buat masa ni meja atau kerusi bukan pilihan yang tepat untuk kita, sebab dah banyak dalam rumah sampai tak tau nak letak mana dah…jadinya kita buat sesuatu yang dah lama kita bayangkan….cuma entah kenapa tak jugak buat-buat. Perangai bertangguh tu kan…ada jeeeee
Selamat dah budak tu kita bagi jawatan baru….dulu mantan side table, sekarang rak spices…jadi le nak…..dari dibaham api…..keje elok-elok ye
Langkah 1 : Baik pulih meja yang rosak dan pakukan dengan kayu pada bahagian bawah meja seperti di dalam gambar.
Ads
Langkah 2 : Tambahkan papan sebagai pembahagi ruang di tengah-tengah seperti ini untuk lebih ruang storage.
Langkah 3 : Cat keseluruhan kayu dengan menggunakan cat kayu Dulux Aura High Gloss warna putih. Kemudian pasangkan jaring besi di bahagian dua sisi (tepi dan belakang)
Hati mana tak sedih, jiwa mana tak pilu bila tak dapat peluang meraikan hari bahagia bersama orang yang tersayang. Saban tahun, kepulangan nak di hari raya adalah cukup dinantikan oleh ibu bapa di kampung.
Tahun ini merupakan tahun kedua semua umat Islam menyambut raya tanpa dapat pulang beraya di kampung.
Bagi yang tinggal bersama ibu bapa pasti tiada masalah, namun bagi anak-anak yang tinggal diperantauan, sekali lagi emosi cukup meruntun jiwa. Semuanya dek perintah pihak kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagi angkasawan negara, Dato Dr Sheikh Muszaphar, situasi ini turut dirasi. Namun dia dan keluarga mengambil langkah awal dengan pulang ke rumah ibunya lebih awal untuk bertemu dan bermaaf-maafan sempena raya yang bakal menjelang tak lama lagi.
Beraya tanpa Ibu. Malam terakhir bersama Ibu. Sebak di dada hanya Allah yang tahu. Tanpa Ibu tiada hala tuju. Walaupun rumah hanya berbatu, namun terasa sukar buat diriku.
Tabahlah wahai Ibu. Ia hanya untuk sementara waktu. Semoga Allah permudahkan dirimu. Ku panjat doa buatmu. InsyaAllah akan ketemu. Amiinn Ya Rabb.
Dalam perkongsiannya, beliau akui rasa sebak kerana tidak dapat beraya bersama ibu tercinta meskipun rumah mereka tidak jauh.
Sebagai anak, dia berharap semua ibu di luar sana tabah dengan apa yang berlaku.
Di samping itu, Dr Sheikh Muszaphar turut mengucapkan salam Ramadan buat keluarga mentuanya yang dipercayai menetap di Seremban.
Jelas Dr Sheikh Muszaphar dan isteri sudah setahun tidak pulang ke sana. Justeru, hanya doa dititipkan supaya keluarga di sana berada dalam keadaan sihat dan dipanjangkan usia.
Pengorbanan seorang ibu, terpaksa berjauhan dengan bayi yang masih kecil dek tuntutan tugas sebagai frontliner. Kisah wanita musa ini cukup berinspirasi buat ibu-ibu yang bekerjaya tetapi punya anak kecil.
Kisah ini dikongsikan oleh seorang wanita, Amirah Mohd Shakri melalui akaun TikToknya, di mana dia yang merupakan seorang jururawat berkongsi cabaran yang terpaksa ditempuhinya.
Dia terpaksa berjauhan dengan suami dan anak-anaknya yang masih kecil kerana komitmen kerja dan larangan untuk merentas negeri yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Amirah menceritakan bahawa dia terpaksa menghantar stok susu badan untuk anaknya. Dengan kemudahan yang ada, dia mengambil inisiatif menggunakan khidmat bas ekspres supaya bekalan tersebut cepat sampai ke destinasi.
“Buat masa sekarang, anak-anak dibawah jagaan suami. Sebelum ni saya memang balik tiap minggu bawak balik susu. Bila start lockdown dan susu dah surut kat sana. saya tanya kawan-kawan yang berpengalaman. Biasa hantar susu guna bas, tu yang saya usahakan jugak hantar dan kebetulan memang ade trip bas ke sana.
“Sebelum ini PJJ boleh balik tiap minggu wajib saye hantar, tapi bila tak boleh balik, saya hold dulu.. lepas 2 minggu baru hantar,” ujar Amirah lagi tatkala ditemubual penulis.
Walaupun sedih kerana terpaksa berjauhan dalam tempoh yang lama, Amirah menzahirkan rasa syukur kerana suaminya selalu menolong menguruskan kedua-dua anak yang sulung kini 3 tahun manakala yang bongsu baru 8 bulan.
Menyentuh mengenai penyusuan susu ibu, akui Amirah anak pertama , dia tidak berpeluang berbuat demikian.
“Waktu anak sulung, saya tak pandai nak jaga emosi. Pertama kali berjauhan dengan anak tambahan pula anak sulung kan. Jadi susu pun drop. Tapi bila masuk anak kedua, saya dah pasang niat nak menyusukan. Sebab itu saya cuba pastikan stok susu tak berkurang.
“Saya syukur kerana suami banyak main peranan. Video call dengan suami dan anak-anak boleh dikatakan hari-hari. Selain suami, mak juga banyak bantu jaga anak-anak. jadi saya kuat sebab adanya mereka yang banyak bagi sokongan.
“Kalau down ke atau sebagainya, saya akan teringatkan anak. Cepat- cepat positif balik. Saya tak nak jadi drop susu lagi.. so kekuatan saya sekarang memang nak menyusukan anak. Sebab saya fikir tu je yang boleh betulkan emosi saya balik,”ujar Amirah lagi.
Bila PKP ni, anak-anak kerjanya lapar je. Sekejap2 minta makan, mak pun letih nak melayan permintaan sorang-sorang! Tak payah risau, join je kelas buat roti bersama kami ni. Boleh buat stok untuk anak-anak makan! Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mendambakan bentuk badan yang ideal bukan lagi igauan semata-mata, bahkan jika rajin amalkan minum air ini akan dengan sendirinya merasai kesan yang diharapkan. Cara penyediaanya juga tidaklah rumit dan sesiapa pun boleh amalkannya. Jom semak perkongsian daripada Norafiza Mahmud.
KURUS DENGAN HALBA + LEMON
Semua perkara kalau kita buat secara konsistan akan menjadi. Sama juga dengan diet, sama juga dengan penjagaan kulit muka atau badan.
Bahan-bahan:
½ Halba sudu kecil
Air 3 mug
¼ Lemon
Cara:
Rebus halba dengan air selama 30minit. Perah lemon sewaktu minum.
Mudahnya, bila kau orang didik diri untuk suka benda yang tidak sedap. Makin senang untuk kau orang capai taget kurus dan sihat.
Halba untuk ibu menyusu membanyakkan susu ibu tetapi tidak di galakkan untuk diambil dengan kerap, cukup sekadar seminggu 2 kali sahaja.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...